SELAMAT BERINFORMASI

Friday, October 26, 2012

Aidul Adha 2012

Raya Haji tahun ini aku bersolat di masjid Jame' Labis.Aku bersama 3 anak lelakiku bertolak jam 8.00 pagi.Pada asalnya nak pergi ke surau Taman Mewah,entah macam mana terus saja perjalanan menuju ke masjid.Memang seronok kalau bersolat di masjid kerana jemaahnya ramai.Imamnya kalau baca khutbah jelas dan boleh dihayati.
Selepas solat hari raya,aku pulang ke rumah.Isteri sediakan masakan nasi beringin berlaukkan ayam sambal dan juga ayam goreng berempah.Wah,memang berselera sekali aku makan.Kata pujian untuk isteri tersayang.Tapi sedap macam mana sekalipun aku tetap makan hanya sepinggan sahaja tanpa bertambah. Memang dah jadi kebiasaan aku kalau makan tak menambah walaupun terasa berselera.Isteriku memang memahami sikap aku tu.Sebab tulah badanku ni maintain aje.
Setelah itu aku bersiap berpakaian untuk pergi membantu jawatankuasa masjid melakukan korban.Kali ini 10 ekor lembu dikorbankan.Aku tak menumpang kali ini.Mungkin kalau ada rezeki tahun depan aku akan tumpang sekali melakukan korban.Sebab dalam khutbah hari raya tadi ada menerangkan bahawa korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut bagi mereka yang berkemampuan.
Aku hanya membantu sahaja dengan memegang tali untuk menumbangkan lembu.Orang kata tolong ikut kemampuan dan kebolehan.Nak berkuat badan dah tak larat.Kalau lebih karang sakit-sakit badan pulak.Maklumlah usia dah separuh abad.Kalau dulu masa muda-muda memang lasak.Selepas lembu disembelih,kerja-kerja melapah kulit dilakukan.Aku hanya bantu pegang kaki lembu aje supaya tukang lapah mudah untuk buat kerjanya.Aku tak bawa pisau pun sebenarnya.Nak lapah apa.Segan bawa pisau sebab tak pernah berasah.Kalau nak melapah lembu perlukan pisau yang tajam.
Lembu yang telah dilapah dibahagi beberapa bahagian dan diangkat ke dalam lori untuk dihantar ke masjid. Nanti selepas solat Jumaat barulah dipotong-potong dan ditimbang untuk diagihkan kepada tuan punya korban.Untuk para pekerja pula akan diagihkan oleh ketua-ketua yang telah dilantik.
Aku diberikan sekilo daging mentah dan beberapa ketul tulang untuk aku bawa balik.Aku simpan sahaja ke dalam peti sejuk dahulu.Mungkin esok atau lusa barulah dimasak oleh isteriku.Katanya nak cuba masak daging masak asam pedas.Kenalah cari daun limau purut.Kalau masuk daun kesum tak berapa sedap kerana ianya sesuai untuk masak ikan.
Raya kali ini kami sekeluarga tak pergi ke mana-mana.Balik kampung pun tak,balik bandar pun tidak.Hanya duduk di rumah aje.Anak-anak pulak duduk tercongok depan tv.Maklumlah aku dah beli tv baru yang besar skrinnya.40cm aje.Boleh pulak dimasukkan USB dan main filem kat tv tu.Asyik-asyik cerita drama korea aje.
Cadangnya lepas solat asar nak jugak pergi jalan rumah adik-beradik.Tapi isteri pulak kata penatlah.Aku pun rasa sakit-sakit badan pulak.Berehat ajelah kami anak-anak beranak di rumah.Kak Munah ada telefon nak tahu kami ke JB ke tidak.Aku jawab tak pergi.Kami berhari rayalah di rumah sahaja.

No comments:

Post a Comment