Assalamualaikum,kali ini nak cerita sikit pasal dairi hari raya aku dan famili tahun ni.Pagi raya aku bersama anak-anak lelaki,akmal,saiful dan hadi,bersiap berpakaian melayu untuk ke masjid.Kami ke Surau Al Islah di Taman Mewah.Sampai di surau,beberapa orang jemaah sudah ada.Suasan sepi,masing-masing hanya duduk berzikir sahaja.Setelah solat sunat,aku membuka pintu bilik audio.Aku on kan pembesar suara.Aku memulakan takbir hari raya.Imam dan bilal belum sampai lagi.Dua kali aku takbir,nak hulur kat orang lain masing-masing menolak.Lebih kurang jam 8.20 pagi barulah bilal tiba.Imam pula sibuk melayan jemaah yang nak bayar zakat fitrah.Hinggalah jam 8.35 pagi barulah bilal memberikan taklimat dan peringatan kaedah solat hari raya.Selepas itu barulah solat hari raya dilaksanakan.Setelah selesai kami para jemaah bersalaman dan mohon ampun maaf.
Kami pun pulanglah ke rumah.Aku hanya menjamah sedikit kuih kerana sebelum ke masjid aku sudah sarapan pagi.Sementara menunggu isteri dan anak perempuan bersiap aku duduklah berehat sambil merasa biskut raya yang terhidang di meja.Tak banyak kuihnya.Ala kadar aje.Kemudian,isteri menyiapkan juadah untuk diberikan kepada jiran sebelah rumah aku.Juadah ketupat,sayur dan ayam masak kari diberikan kepada jiran berbangsa cina di sebelah rumahku.Jiran India tak ada.Mungkin dia orang pergi menoreh getah. Setelah semua bersiap kami pun memulakan perjalanan ke Segamat.
Rumah pertama kami singgah rumah abang Mad di Bukit Siput.Tiba di sana kami bersalaman dan kakak Wit pun ada di situ bersama anak dan menantunya.Kami dijamu makan ketupat dan lemang.Aku makanlah lemang tiga potong bersama sayur lodeh dan rendang ayam.Beringat juga ketika makan.Takut terlebih pulak. Maklumlah banyak lagi rumah yang hendak di ziarahi.Lebih kurang jam 11.30 pagi kami pun geraklah menghala ke kampung Sepinang.Kali ni kami ziarah tanah pusara ke dua orang tua aku.Kami bertahlil dan berdoa semoga roh ibu dan ayah di rahmati dan berbahagia di alam barzakh.
Setelah segalanya selesai,kami bertolak ke Kampung Kuala Paya.Kali ke rumah akakku yang sulong.Kami tiba lebih kurang jam 12.15 tgh.Adalah anak-anak saudara anak akak yang ada di situ.Aku terus ke dapur kerana buang air kecil.Selepas itu kami menjamu selera makan ketupat yang ada disediakan.Makanlah sedikit untuk rasa masakan akak ku tu.Setelah siap aku ke terus solat zohor.Adikku Fatimah bersama keluarga sampai dari Kuala Lumpur.Kami semua bersalaman dan bertanya khabar.Kemudian,kami bergerak menuju ke Pekan Buloh Kasap,singgah lalu di rumah abang Majid.Tapi dia tiada di rumah.Mungkin balik kampung atau sudah bergerak ke tempat lain.Kami terus menuju ke kampung Tonjos,Pekan Jabi ke rumah akak Ngah.Bersalamanlah aku bersama abang ipar(abang Jalil).Kami menjamu selera makan ketupat palas. Aku makan sebungkus aje.Nak jaga perut ni.Setelah semua siap kami bergerak pula menghala ke Bandar Segamat menuju Jalan Pemuda,rumah abang Li.Di rumahnya beliau menjemput kami makan nasi minyak.Waduh,makanlah sedikit walau perut dah mula penuh.Panjang juga kami berbual.Kisah adikku Zakaria yang nak tunangkan anaknya.Aku serba salah nak pergi ke tidak.Abang Mad dah cakap dia takkan pergi kerana Zakaria tak datang rumah mengajak secara beradat.Fikir-fikirkan ada betul dan ada salahnya. Dengan kemudahan yang sekarangni apa salahnya jemput guna telefon aje.Tapi apabila bersandarkan adat begitulah tidak akan menyelesaikan masalah.
Jam hampir 4.25 petang.Kami bertolak ke Kampung Jawa menuju ke masjid Jame' Kampung Jawa.Kami solat Asar di sana.Kemudian,kami bergerak ke rumah mertua adikku yang bungsu Muzaimi.Mertuanya tiada di rumah kerana bergerak ke Mersing.Tinggallah beliau bersama isteri dan anak kecil yang masih dalam hari.Kami menziarahi beliau kerana isterinya masih dalam pantang.
Seterusnya hari hampir petang,kami pun bertolak pulang ke rumah.Ikut rancangannya kami akan ke Johor Bharu esoknya.Tetapi orang JB pulak nak datang ke Segamat.Maka tertangguhlah perjalanan kami ke sana.
Apabila orang JB nak datang rumah,isteri pulak sibuk fikirkan apa nak di masak.Malamnya kami hanya berehat saja di rumah.Tiada orang yang berkunjung ke rumah.
Esok paginya,isteri dah mula buat persiapan memasak.Menjelang jam 10.45 masakan dah siap dimasak.Dapat mesej,diorang masih lagi kat JB.Tunggulah sampai ketiduran.Jam 3.30 petang barulah orang JB tiba.Kak Long Asiah bersama anaknya Rahim,Azimah bersama suaminya Syam.Dollah bersama isteri dan anak-anaknya.Sambil bersalaman dan bertanya khabar,makanan disajikan.Makanlah kami bersama-sama.Lauk yang ada ayam masak kari,sayur campuran,ikan siakap tiga rasa dan ayam goreng.
Maka berbual panjanglah kami semua hingga hampir jam 6.00 petang.Adikku Idah pulak sampai bersama keluarganya.Juga dijamu dengan nasi yang ada.Keluarga JB berangkat pulang begitu juga adikku bergerak ke Pontian.
Malamnya selepas solat Isyak,tiba pulak anak saudarku Angah anak abang Mad bersama isteri.Selepas nikah dia belum sampai ke rumahku.Alhamdulillah tiba juga anak saudaraku ini.Dah 4 bulan isterinya mengandung.Berbuallah kami secara anak beranak.Aku berikan beberapa pengalaman hidup kepada pasangan ini agar sentiasa bertoleransi dalam hal bersuami isteri.Setelah anak saudaraku ini balik,jiran aku pulak datang ke rumah.Encik Maidin bersama isteri dan anaknya.Katanya ada perkara yang hendak dibincang.Dia minta aku jadi wakil pemerhati,kerana anaknya Atikah hendak dirisik oleh orang Batu Pahat. Malangnya aku dah ada pelan lain.Esoknya aku hendak ke JB.Aku cadangkan imam surau untuk wakil jurucakap.Aku ni mana ada pengalaman bab-bab seperti ni.Aku minta maaf kepadanya kerana tak dapat tunaikan hajat hatinya.Aku juga perlu tunaikan hajat isteriku yang meraya untuk pulang ke JB nak ziarah pusara ibu bapanya.
Setelah jiranku pulang,kami pun berehatlah sepanjang malam tersebut kerana esok pagi nak balik ke JB.
No comments:
Post a Comment