RASULULLAH
SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan
sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini,
sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah
seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah
mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan
individu berkenaan.Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta
meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan
melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima
seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."Enam daripada seksaan itu
diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di
dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat
.Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"Jawab
Baginda:* Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika
hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).* Hilang keberkatan
rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan
itu menjadi laknat ke atasnya).* Dihilangkan Allah tanda salih pada
mukanya.* Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi
batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).* Segala amal
baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.* Doanya ditolak
Allah.Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW
bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada
golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada
faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."Kemudian bertanya lagi sahabat:
"Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika
hampir ajalnya?"Jawab Baginda:* Adalah matinya dalam kehinaan iaitu,
rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.* Matinya juga
dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi,
perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh
akan keluar.* Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air
dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada
dahaganya ketika sakaratul maut.Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah
SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"Rasulullah SAW bersabda:
"Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan
diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat
tanpa henti."Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan
Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang
matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa
alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan
suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab
meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar,
dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."Lalu
Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan
setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus
hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya
lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.Sahabat bertanya lagi: "Ya
Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat
ketika di depan Allah?"Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari
kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai
itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke
mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik
dan disentap."Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi
orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik
serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."Kedua, ketika berjumpa Allah,
orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan
Allah.Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah
tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.Firman Allah bermaksud;
"Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada
kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka."
(Surah Maryam, ayat 59).
No comments:
Post a Comment