SELAMAT BERINFORMASI

Monday, August 27, 2012

Wanita Tua Masuk Islam Kerana Budak Kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, di sini ada satu kisah menarik di mana seorang makcik tua yang dikatakan hendak membunuh diri memeluk Islam hanya kerana dengan seorang budak kecil yang datang kerumahnya, nak tahu lebih lanjut mari kita hayati kisah ini, semoga dapat dijadikan teladan kepada kita semua.. insyaAllah

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah.”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. -Wallahua’lam

Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita teladan.Terima kasih daripada Blog Kangkung.

Wednesday, August 22, 2012

15 seksaan dunia, akhirat jika tinggal solat

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata." Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat .Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"Jawab Baginda:* Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).* Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).* Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.* Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).* Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.* Doanya ditolak Allah.Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya."Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"Jawab Baginda:* Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.* Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.* Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat.Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap."Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Tuesday, August 21, 2012

Berhari Raya di Johor Bahru

Setelah bersiap di pagi itu,kain baju telah diampaikan,segala suiz telah di offkan,kami pun memulakan perjalanan ke JB.Jam ketika itu menunjukkan pukul 10.45 pagi.Aku singgah sebentar di stesen petronas untuk isi minyak kereta dan keluarkan wang di ATM.
Kami pun meneruskan perjalanan.Kereta memang banyak.Aku memandu berhati-hati agar segalanya selamat.Kami berhenti sebentar di R & R Machap.Buang air dan minum air.Makanlah nasi goreng kerana dah tengah hari.
Setelah siap kami terus bergerak menuju ke Tanah Perkuburan Bukit Aliff.Di sini pusara ibu mertuaku di semadikan.Kami bertahlil dan berdoa agar rohnya dirahmati.Kemudian kami bergerak menuju ke Tanah Perkuburan Mahmudiah,hampir dengan Hospital Sultanah Aminah.Begitulah pelaksanaannya.Seterusnya kami menuju ke Taman Engku Tun Aminah di rumah Kak Long Siah.Setelah solat zohor bersama Asar secara Jamak Qasar,kami pun makanlah juadah yang disediakan.Makan nasi dan pelbagai lauk serta kuih-muih.
Kemudian,kami bergerak menuju ke Taman Aman di Senai.Kami ziarah pula kak Munah dan keluarga.Terlihat pula jemput-jemput pisang,makanan kegemaran aku.Wahuh selera juga aku.Nak makan nasi dah larat,dah kenyang.Jam pulak dah pukul 5.30 petang.Cuaca pulak hujan dan langit mendung.Kali ini kami nak pergi pulak ke Pasir Gudang,rumah Dolah.Aku memandu menuju ke Senai,lalu lebuhraya Desaru dan keluar di Masai/Kong Kong.Pertama kali lalu jalan ini.Masuk ke Kampung Kong Kong.Tengok laut pulak.Hari dah hampir senja.Pusing balik menghala ke Masai.Akhirnya jumpa juga perumahan Desa Rahmat. Terus menuju ke rumah Dolah tingkat 4.Kami di jamu mee hon sup.Sedap juga makan kali ini.Berbuallah sepanjang pertemuan itu.Anaknya Fatihah rajin pulak bertanya.Maklumlah nak ambil periksan UPSR tahun ni,samalah dengan anakkua Hadi.Tapi Hadi ni tak banyak tanya.Buat dek aje.Setelah segalanya selesai,solat dah ditunaikan,kami pun bertolak pulang ke Labis.Walaupun banyak kenderaan,alhamdulillh perjalanan kami bergerak lancar.Kami singgah di R & R Machap.Minum air teh panas.Anak-anak makan kuih pau dan kebab.Akhirnya kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah di Labis.Jam dah pukul 11.45 malam.Setelah bersihkan badan aku pun tidurlah hingga ke jam 5.00 pagi untuk bersahur dan tunaikan puasa sunat syawal yang pertama.Wassalam.

Dairi Hari Raya 2012

Assalamualaikum,kali ini nak cerita sikit pasal dairi hari raya aku dan famili tahun ni.Pagi raya aku bersama anak-anak lelaki,akmal,saiful dan hadi,bersiap berpakaian melayu untuk ke masjid.Kami ke Surau Al Islah di Taman Mewah.Sampai di surau,beberapa orang jemaah sudah ada.Suasan sepi,masing-masing hanya duduk berzikir sahaja.Setelah solat sunat,aku membuka pintu bilik audio.Aku on kan pembesar suara.Aku memulakan takbir hari raya.Imam dan bilal belum sampai lagi.Dua kali aku takbir,nak hulur kat orang lain masing-masing menolak.Lebih kurang jam 8.20 pagi barulah bilal tiba.Imam pula sibuk melayan jemaah yang nak bayar zakat fitrah.Hinggalah jam 8.35 pagi barulah bilal memberikan taklimat dan peringatan kaedah solat hari raya.Selepas itu barulah solat hari raya dilaksanakan.Setelah selesai kami para jemaah bersalaman dan mohon ampun maaf.
Kami pun pulanglah ke rumah.Aku hanya menjamah sedikit kuih kerana sebelum ke masjid aku sudah sarapan pagi.Sementara menunggu isteri dan anak perempuan bersiap aku duduklah berehat sambil merasa biskut raya yang terhidang di meja.Tak banyak kuihnya.Ala kadar aje.Kemudian,isteri menyiapkan juadah untuk diberikan kepada jiran sebelah rumah aku.Juadah ketupat,sayur dan ayam masak kari diberikan kepada jiran berbangsa cina di sebelah rumahku.Jiran India tak ada.Mungkin dia orang pergi menoreh getah. Setelah semua bersiap kami pun memulakan perjalanan ke Segamat.
Rumah pertama kami singgah rumah abang Mad di Bukit Siput.Tiba di sana kami bersalaman dan kakak Wit pun ada di situ bersama anak dan menantunya.Kami dijamu makan ketupat dan lemang.Aku makanlah lemang tiga potong bersama sayur lodeh dan rendang ayam.Beringat juga ketika makan.Takut terlebih pulak. Maklumlah banyak lagi rumah yang hendak di ziarahi.Lebih kurang jam 11.30 pagi kami pun geraklah menghala ke kampung Sepinang.Kali ni kami ziarah tanah pusara ke dua orang tua aku.Kami bertahlil dan berdoa semoga roh ibu dan ayah di rahmati dan berbahagia di alam barzakh.
Setelah segalanya selesai,kami bertolak ke Kampung Kuala Paya.Kali ke rumah akakku yang sulong.Kami tiba lebih kurang jam 12.15 tgh.Adalah anak-anak saudara anak akak yang ada di situ.Aku terus ke dapur kerana buang air kecil.Selepas itu kami menjamu selera makan ketupat yang ada disediakan.Makanlah sedikit untuk rasa masakan akak ku tu.Setelah siap aku ke terus solat zohor.Adikku Fatimah bersama keluarga sampai dari Kuala Lumpur.Kami semua bersalaman dan bertanya khabar.Kemudian,kami bergerak menuju ke Pekan Buloh Kasap,singgah lalu di rumah abang Majid.Tapi dia tiada di rumah.Mungkin balik kampung atau sudah bergerak ke tempat lain.Kami terus menuju ke kampung Tonjos,Pekan Jabi ke rumah akak Ngah.Bersalamanlah aku bersama abang ipar(abang Jalil).Kami menjamu selera makan ketupat palas. Aku makan sebungkus aje.Nak jaga perut ni.Setelah semua siap kami bergerak pula menghala ke Bandar Segamat menuju Jalan Pemuda,rumah abang Li.Di rumahnya beliau menjemput kami makan nasi minyak.Waduh,makanlah sedikit walau perut dah mula penuh.Panjang juga kami berbual.Kisah adikku Zakaria yang nak tunangkan anaknya.Aku serba salah nak pergi ke tidak.Abang Mad dah cakap dia takkan pergi kerana Zakaria tak datang rumah mengajak secara beradat.Fikir-fikirkan ada betul dan ada salahnya. Dengan kemudahan yang sekarangni apa salahnya jemput guna telefon aje.Tapi apabila bersandarkan adat begitulah tidak akan menyelesaikan masalah.
Jam hampir 4.25 petang.Kami bertolak ke Kampung Jawa menuju ke masjid Jame' Kampung Jawa.Kami solat Asar di sana.Kemudian,kami bergerak ke rumah mertua adikku yang bungsu Muzaimi.Mertuanya tiada di rumah kerana bergerak ke Mersing.Tinggallah beliau bersama isteri dan anak kecil yang masih dalam hari.Kami menziarahi beliau kerana isterinya masih dalam pantang.
Seterusnya hari hampir petang,kami pun bertolak pulang ke rumah.Ikut rancangannya kami akan ke Johor Bharu esoknya.Tetapi orang JB pulak nak datang ke Segamat.Maka tertangguhlah perjalanan kami ke sana.
Apabila orang JB nak datang rumah,isteri pulak sibuk fikirkan apa nak di masak.Malamnya kami hanya berehat saja di rumah.Tiada orang yang berkunjung ke rumah.
Esok paginya,isteri dah mula buat persiapan memasak.Menjelang jam 10.45 masakan dah siap dimasak.Dapat mesej,diorang masih lagi kat JB.Tunggulah sampai ketiduran.Jam 3.30 petang barulah orang JB tiba.Kak Long Asiah bersama anaknya Rahim,Azimah bersama suaminya Syam.Dollah bersama isteri dan anak-anaknya.Sambil bersalaman dan bertanya khabar,makanan disajikan.Makanlah kami bersama-sama.Lauk yang ada ayam masak kari,sayur campuran,ikan siakap tiga rasa dan ayam goreng.
Maka berbual panjanglah kami semua hingga hampir jam 6.00 petang.Adikku Idah pulak sampai bersama keluarganya.Juga dijamu dengan nasi yang ada.Keluarga JB berangkat pulang begitu juga adikku bergerak ke Pontian.
Malamnya selepas solat Isyak,tiba pulak anak saudarku Angah anak abang Mad bersama isteri.Selepas nikah dia belum sampai ke rumahku.Alhamdulillah tiba juga anak saudaraku ini.Dah 4 bulan isterinya mengandung.Berbuallah kami secara anak beranak.Aku berikan beberapa pengalaman hidup kepada pasangan ini agar sentiasa bertoleransi dalam hal bersuami isteri.Setelah anak saudaraku ini balik,jiran aku pulak datang ke rumah.Encik Maidin bersama isteri dan anaknya.Katanya ada perkara yang hendak dibincang.Dia minta aku jadi wakil pemerhati,kerana anaknya Atikah hendak dirisik oleh orang Batu Pahat. Malangnya aku dah ada pelan lain.Esoknya aku hendak ke JB.Aku cadangkan imam surau untuk wakil jurucakap.Aku ni mana ada pengalaman bab-bab seperti ni.Aku minta maaf kepadanya kerana tak dapat tunaikan hajat hatinya.Aku juga perlu tunaikan hajat isteriku yang meraya untuk pulang ke JB nak ziarah pusara ibu bapanya.
Setelah jiranku pulang,kami pun berehatlah sepanjang malam tersebut kerana esok pagi nak balik ke JB.

Monday, August 20, 2012

MIMPI SENJA: Proses Kejadian Nabi Adam A.S.

MIMPI SENJA: Proses Kejadian Nabi Adam A.S.: Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita ...

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidul Fitri

Setelah sebulan berpuasa,kini syawal menjelma,umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya aidul fitri.Tidak ketinggalan juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri utk semua umat Islam.Kali saya sekeluarga sambut raya dengan serba sederhana.Hanya beraya di rumah sendiri.Ramai tanya tak balik kampung ke?.Hanya senyuman yang diberi.Penjelasannya kami tidak beraya ke mana-mana.Ibu bapa kami kedua belah pihak telah tiada.Hanya yang adik beradik dan saudara-mara serta kawan-kawan.Kami akan bersolat hari raya di Surau Al Islah Labis.Selepas tunaikan solat akan bergerak ke kampung ziarah adik-beradik dan pusara ibu dan ayahku.Hanya doa kan kukirimkan utk kedua-dua ibu bapaku semoga rohnya dicucurih rahmat dari Allah.
Diharapkan selepas hari raya pertama,esoknya aku akan berpuasa semula untuk puasa enam syawal.Semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran dalam menunaikannya.Kalau nak ziarah atau berhari raya jalanlah pada sebelah malamnya.Utk anak-anak nak beraya sendiri bergeraklah tak perlu tunggu ibu dan ayah.Masing-masing dah muda belia.Pandai-pandailah jaga diri dan beradab mengikut syariah nabi.Selamat Hari Raya sekali lagi.Ampun maaf dari saya yang dhaif lagi banyak kekurangan ini.