Selamat datang Ramadhan.Bersyukur kepada Mu ya Allah kerana aku masih lagi diberikan peluang untuk bertemu bulan ramadhan.Usia kian meningkat.Namun amalan terasa masih berkurangan.Apakah ramadhan kali ini akan lebih baik daripada ramadhan yang lalu.Peringkat awal ramadhan,masjid dan surau mula dipenuhi.Solat tarawikh begitu ramai sekali jemaahnya.Dari peringkat dewasa hingga kanak-kanak.Tak pernah barisan saf hingga ke belakang masjid.Solat 5 waktu boleh dikira jemaahnya.Tapi yang jadi masalahnya ada yang solat hanya 8 rakaat sahaja.Selepas itu jemaahnya hilang dan pulang ke rumah.Apakah solat tarawikh hanya jadi adat dan budaya sahaja.Apakah tiada usaha untuk pertingkatkan ilmu dan iman di jiwa untuk mendekati Allah di bulan ramadhan ini.Walaupun telah banyak disampaikan para ustaz dan bacaan buku dikeluarkan,namun masyarakat melayu masih lagi tiada perubahan.Tapi biasalah seoalah-olah bulan ramadhan ini merupakan festival sahaja.Disambut tanpa rasa taqwa dan syukur.Itu baru solat tarawikh. Lihatlah pada waktu petang pula akan berduyun-duyun pula orang ramai ke bazar ramadhan.Akan wujud pula festival kuih-muih,air dan lauk-pauk.Berbungkus-bungkus pula akan dibeli dan dibawa pulang ke rumah masing-masing untuk jamu berbuka puasa.Akan penuhlah meja makan dengan makanan dan minuman.Pinggan mangkuk,cawan dan gelas memenuhi ruang meja.Maka akan mengeluh kaum wanita kerana sehusai makan akan mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan.Kesibukan ini pula akan menyebabkan solat maghrib dilewatkan.Apabila dah penat,solat Isyak dan tarawikh tak sempat dilaksanakan,kerana sibuk fikir apa nak makan waktu sahur nanti.Begitulah putaran kehidupan di bulan puasa ini.
SELAMAT BERINFORMASI
Friday, July 20, 2012
Wednesday, July 18, 2012
Hari Rabu,18 Julai aku bercuti kerana doktor nasihatkan berehat.Aku ke klinik kesihatan Labis untuk dapat rawatan dan surat cuti sakit.Aku diberikan ubat sakit darah tinggi dan meminta datang semula pada 16 Ogos. Pada hari yang sama sebenarnya aku kena hadir ke majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM peringkat Daerah Segamat.Aku di anugerahkan APC bagi perkhidmatan 2011.Dalam sejarah perkhidmatan aku selama hampir 24 tahun APC ini adalah kali yang ke 2.Kali pertama pada tahun 1995.Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mendapat anugerah ini.Bukan diminta dan bukan meminta.
Kalau kali pertama dahulu,aku ke JB untuk ambil anugerah ini.Tapi kali ini diadakan di daerah masing-masing.Kali ini diadakan di SMK Gemereh.Semasa raptai aku hadir dan diminta membayar RM30 untuk gambar.Tapi terpaksa batalkan kehadiran atas sebab kesihatan.Mungkin ada hikmah disebalik peristiwa ini. Hanya Allah sahaja yang tahu.Kita merancang,sesungguhnya perancangan Allah itu lebih daripada apa yang kita tahu.
Susupan petang Selasa
Pengalaman pertama aku menaiki ambulans.Di suatu petang selepas pulang dari sekolah,aku bersama isteri dan anakku Hadi,pergi ke klinik kesihatan Labis.Aku ke sana untuk dapatkan rawatan pemeriksaan susulan selepas aku mendapat laporan kesihatan.
Setibanya di klinik aku mendaftarlah dan menunggu giliran.Ketika di peringkat saringan aku di periksa tekanan darah.Alangkah terkejutnya BP aku begitu tinggi sekali mencapai +200/+100.Aku diminta berjumpa doktor.Begitu juga hasil BP yang aku dapati.Doktor minta aku berehat sejam untuk diambil BP semula.Aku diberikan sebiji pil tekanan darah.Setelah hampir sejam terasa kepala aku mula terasa pening.Kemudian ketika berjumpa doktor bacaan BP aku turun sedikit sahaja dan aku dinasihatkan ke hospital.
Jam hampir 5.30 petang aku dihantar ke hospital menaiki ambulans.Itulah pertama kali aku menaiki ambulans.Punya le laju dipandu.Bergoyang-goyang aku dibuatnya.Agaknya kalau wanita mengandunglah agaknya nak terberanak dibuatnya.
Sampai di hospital aku diminta duduk di kerusi roda dan di bawa untuk pendaftaran lalu masuk ke wad kecemasan. Tekanan darah aku diperiksa lagi dan diberikan ubat tekanan darah.Doktor menghampiri aku lalu bertanya pelbagai soalan.Ada sakit kencing manis tak?Mata ada kabur tak?Badan sakit-sakit tak?Waduh,jawapan aku tak ada aje.Dia uji aku dengan menarik otot-otot tangan dan kaki adakah normal. Alhamdulillah masih normal.
Setiap 10 minit tekanan darah diambil.Kemudian darah aku diambil.Puhhh sakitnya tangan apabila pembantu perubatan cucuk untuk ambil darah.Berdenyut-denyut urat tangan aku menahan sakit.Tapi tak apalah.Kemudian beberapa jururawat datang membawa peralatan.Mereka kata nak uji denyutan jantung.Beberapa kabel wayar dipasang.Aku diam ajelah.Buat bodoh aje.Dah kerja mereka.
Setelah itu,datang lagi jururawat membawa peralatan lain.Dia memasukkan satu saluran cecair ke dalam saluran darahku.Terasa ubat itu masuk melalui saluran darah.Tekanan darah diambil lagi.Alhamdulillah,tekanan darah dah turun.Beberapa kali mereka mengambil tekanan darah.untuk pastikan benar-benar aku kembali pulih.Akhirnya jururawat berkata pakcik punya tekanan darah dah ok jadi tak lah masuk wad.Punyalah suka hatiku.Tapi kepala terasa sakit lagi.Perut pulak dah keroncong.Punya le lapar.Aku telefon orang rumah.Syukur dia dah sampai bersama 3 anakku.Aku minta sedikit makanan dan air.Isteriku seorang yang memahami aku.Dia membawa sebungkus roti dan sebotol air mineral.Dapatlah aku makan dua buku roti kerana perut terasa sangat lapar.Tapi kepala ni masih lagi sakit.Ketika doktor membawa sepucuk surat aku mengadu kepadanya kepala aku masih sakit.Doktor menyatakan dia akan memberikan satu suntikan di punggung.Aduh,kena cucuk lagi.Nak buat macam mana terima ajelah.Seorang pembantu perubatan lelaki melakukan suntikan.Aku dinasihatkan untuk ke klinik kesihatan terdekat untuk dapatkan rawatan susulan dan surat cuti sakit.Akhirnya aku pun keluarlah dari wad kecemasan untuk pulang ke rumah.Syukur aku kepada Mu Ya Allah kerana aku tak di masukkan ke wad.
Subscribe to:
Posts (Atom)