Kali ni kat Johor pulak ada pilihanraya kecil,kerana pulangnya ke rahmatullah Dato' Sulaiman Taha.Sejak pengumuman tentang tarikh penamaan calon oleh SPR bermula wajah pekan Labis mula sibuk.Di kiri kanan jalan di penuhi bendera walaupun tarikh penamaan calon masih lagi jauh. Bila ada pilihanraya barulah mula keluar segala janji-janji untuk pembangunan. Ketua2 parti yang bertanding dah mula berkempen.Ceramah sana ceramah sini.
Pihak pembangkang terpaksa menggunakan altenatif yang sesuai untuk berkempen dan berceramah. Pihak kerajaan menggunakan pelbagai kemudahan prasarana awam sepenuhnya untuk mendodoi lagu pembangunan dan peruntukan.Masing-masing begitu sibuk berpolitik. Apa salahnya kalau disediakan satu tempat khas untuk berdebat.Katakan SPR adakan majlis perdebatan antara parti yang bertanding.Perdebatan pastilah antara calon2 yang bertanding. Masing-masing kemukakan hujah dan arah mana mereka nak bawa rakyat Labis ni.
Sejak dahulu pekan Labis ni macam pekan mati.Kat sekolah muridnya bukan bertambah tapi makin kurang pulak.Apabila ni berlaku dah tentulah ke mana perginya orang Labis ni.Kawasan industri atau sekolah berasrama tak ada.Kalau gerai makan tu sejak 20 tahun dulu macam tu lah.Macam balai orang kahwin kat kampung aku dulu.Buatlah perubahan.Binalah bangunan tetap dan kekal.Ada lah standard orang berniaga.Macam dalam cafe.Gerai tak dipenuhi lalat.
Apabila diadakan tempat berdebat,rakyat Labis dapat menilai mana pemimpin yang layak untuk di pilih sebagai wakil rakyat.Tak perlulah polis berkawal sepanjang jalan.Ada saja sekatan jalanraya.Kan menyusahkan tu.Orang nak balik dari masjid pun risau tengok ada roadblok.Dah buat roadblock kat masjid.Polis yang jaga tu semua melayu agama Islam pulak.Takkan tak terdetik dalam hati bahawa seruan Allah itu lebih agung.Apa salahnya berhenti kita bersolat jemaah bersama-sama dan berdoa semoga semuanya selamat dan sejahtera.
Bagi parti pembangkang pulak amat sukar nak adakan ceramah.Perlu permitlah.Apabila dipohon tak diluluskan.Dah tu ceramah ajelah mana tempat kosong depan kedai.Pulak tu ramai yang datang menghadirinya.Memang hebat kerana penceramahnya adalah pemimpin2 agung tiga parti.Kebanyakan ceramah berkisar isu semasa.Isu felda,isu Isa Samad yang memang dah terkenal dengan isu rasuah dah jadi pengrusi felda.Isu buku jingga yang dijanjikan oleh PR. Siapa yang tak terima konvensyen mereka.Kalau guru dah memang banyak yang kecewa.Terutama guru2 lama.Mereka telah hilang seniority.Bayangkanlah kalau dari segi gaji guru yang telah berkhidmat lebih 20 tahun sama dengan gaji guru yang baru berkhidmat 15 tahun.Tak ke gila namanya.Mana nilai nya guru lama ni.Harap servis aje lama,gajinya hampeh.Kenapa bila ada pilihanraya baru nak janji akan perbetulkan.Sampai bila asyik berjanji.Sampai cikgu tu pencen.Ada yang tak naik pangkat langsung sampai pencen.Kecewa sungguh kecewa.Sebab tulah bila cikgu dah pencen sokong pembangkang.Dulu masa dalam servis dipaksa sokong kerajaan.Kalau bantah kena tukar,tak naik pangkat.Guru sekarang bukan guru tahun 50 an atau 60 an yang berjuang untuk bangsa dan kemajuan anak-anak.Tapi kini mereka perlu hidup dengan kos yang semakin meningkat.
Jalanraya2 mulalah diturap dengan tar yang baru.Nanti kalau menteri datang,Labis ni tak lah mundur sangat.Apa yang pelik kenapa bila menteri nak datang begitu bersungguh nak sediakan tempat dengan balai2 yang hebat serta jamuan yang lazat.Yang tu duit mana pulak dikeluarkan. Adakah menteri keluarkan duit dia dulu untuk majlis tersebut.Kalau nak singgah mestilah tempat yang ada kelas.Tak main pergi kat rumah sewa.Tempat mesti kat hotel.Macam mana nak menjiwai hati nurani rakyat.Kalau nak datang tak perlu diberitahu.Sebagai pemimpin anda datanglah bila2 masa dan lihat realiti hidup rakyat labis.Kalau datang dengan keadaan yang telah siap siaga mana nak tahu hal keadaan rakyat yang susah.Pemimpin tempatan kebanyakannya nak mengampu aje.Didendangkan dengan cerita rakyat labis ok.Hidup mereka mewah dan tiada apa2 masalah.Begitulah hipokritnya manusia ni.Fikir-fikirkanlah.Sesungguhnya kita akan dipersoalkan tentang apa yang kita lakukan semasa di dunia setelah kita berada di padang mahsyar nanti.Renung2kan lah.

No comments:
Post a Comment