SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, January 29, 2011

Hari Mengundi N05 Tenang

Hari ini 30 Januari 2011 Pengundi DUN Tenang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Hari ini hujan turun mencurah-curah sejak malam lagi.Aku bersama isteri keluar awal walaupun hujan turun lalu menuju terus ke pusat mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah. Tiba di sana aku mengeluarkan kad pengenalan lalu menuju ke kaunter SPR untuk menyemak di Saluran mana aku akan mengundi.Aku dan isteri mengundi melalui saluran 2.Kelihatan ramai peraih-peraih undi dari pihak Parti BN dan PAS memberikan isyarat dan kata-kata manis kepada setiap pengundi yang memasuki dewan.Para wartawan begitu sibuk sekali merakam peristiwa sejarah untuk disiarkan melalui akhbar-akhbar mereka maupun melalui media elektronik. Kelihatan wartawan Kamarudin Mape dari TV3 melilau kawasan untuk mencari lokasi bagi merakankan peristiwa.Di saluran 2 aku berbaris mengikut giliran.Di sebelah saluran 1 tiada pulak pengundinya.Agaknya mereka belum hadir kerana hujan begitu lebat dan menjejaskan semangat untuk datang mengundi.Setelah selesai mengundi aku dan isteri keluar menuju ke kereta yang aku letakkan di rumah orang.Kebetulan aku kenal tuan punya rumah tu.Aku letakkan aje kereta kat situ.Kami pun bertolak keluar dari kampung Paya Merah menuju ke kedai makan Airina.Kelihatan telah ramai orang sedang bersarapan pagi.Mujurlah ketika aku sampai sebuah kereta ingin keluar dan dapatlah aku meletakkan kereta di situ.Kami terus masuk ke dalam kedai lalu mengambil makanan untuk bersarapan pagi.
Setelah selesai makan kami pun baliklah ke rumah.Apa yang penting aku dan isteri telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.Soal siapa yang aku pilih itu adalah rahsia.Undikan rahsia.Kalau diberitahu dah tentu tak rahsia lagi.

No comments:

Post a Comment