Hari ini aku dan isteri ke pasar awam Labis.Ramai orang yang berkunjung ke sana.Masing-masing sibuk mencari bahan masakan dapur.Keadaan pasar yang kotor akibat banjir berlumpur tidak dihiraukan oleh pengunjungnya.Apa yang penting mereka dapat membeli apa saja keperluan dapur untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga.
Ada juga gerai yang ditutup.Penjualnya ada tapi bahan jualan tiada.Katanya hanya untuk membersihkan gerai sahaja.Namun,bahan yang ada diminta juga oleh pembelinya.Maka dilayankan sahajalah.Masing-masing dah tak mengira apakah bahan itu wajar dibeli,tetapi lantaran kekurangan bekalan apa yang ada dibelikan sahaja.
Aku dapatlah membeli sebahagian ekor ikan tenggiri.Harganya bolehlah tahan.Kemudian ke gerai ayam.Belilah seekor.Beratnya hampir 2 kg.Dibayarlah dengan harga RM15.00.Balik nanti kata isteri nak masak sup ayam ajelah buat makan tengah hari.Konon nak cari daun kesum untuk masak asam pedas ikan tenggiri.Mana ada daun kesum kalau dalam keadaan musim banjir ni. Setelah membeli keperluan kami ke kedai makan untuk sarapan pagi.Memang ramai orang yang berada di situ.Nak pesan roti canai tapi dah habis.Makan ajelah mee goreng bersama telur goreng.Memang berselera sekali kerana perut dah keroncong.Minum pulak air tea panas. Wah begitu menyegarkan sekali. Kemudian setelah makan kami pun baliklah ke rumah.Duduk berehat sambil membaca akhbar di internet.Lihat keadaan banjir yang berlaku melalui blog-blog di internet.Memang dahsyat sekali keadaannya.Berat mata memandang,berat lagi mangsa yang menghadapi banjir ini.Inilah dikatakan suratan dan takdir.Sebagai manusia kita harus bermuhasabah diri mengapa kejadian ini berlaku.Apakah manusia sudah lupa dengan peringatan-peringatan Allah melalui Al Quran dan Al Hadis.Adakah mereka membaca dan mengamalkannya.Apabila manusia mula menghina agama Allah maka sudah tentulah Allah murka akan makhluknya.Balasan Allah tidak menunggu masa.Di dunia pun sudah diberikan peringatannya.Namun,manusia yang jahil sahaja yang masih memperkatakan keadaan yang berlaku adalah bencana semata-mata.Tapi hakikatnya cubalah fikir-fikirkan.