SELAMAT BERINFORMASI

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Guru

16 Mei menjelang lagi.Tarikh keramat bagi mereka yang berjawatan guru.Hampir setengah juta rakyat Malaysia yang menjadi guru.Bermula dari Pra sekolah,sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah.Peringkat IPTA dan IPTS guru dipanggil pensyarah.

Pelbagai tugas dan tanggungjawab diberikan kepada warga guru.Kalau di sekolah rendah, bermulalah murid mengenal abjad dan nombor.Bermulalah merangkak membaca.Bermulalah memegang pensel untuk memulakan menulis.Pelbagai kaedah dan cara digunakan untuk memahirkan setiap murid.Pelbagai ragam dan karenah yang perlu dihadapi oleh warga guru. Kesabaran dan ketekunan,dedikasi dan semangat jitu tanpa rasa penat dan jemu.Siang dan malam berfikir apa cara dan apa kaedah yang hendak digunakan untuk mengatasi sebarang masalah.

Kalau garang dan selalu marah-marah,nescaya ada murid yang menangis dan merajuk.Kalau dilayan dengan lemah lembut nescaya naik tocang pulak murid tu.Begitulah kalau jadi guru.Semua perkara perlu dilakukan.Di sekolah ada tekanannnya.Di rumah pun ada tekanannya.Diharapkan agar semua guru bersabar.Kuatkan tekad dan semangat.Sentiasa mendampingi Allah supaya jiwa kita tenang.Banyak bebanan tugas dipikulkan kepada kita semua.jadikanlah ia suatu ibadah.Selamat Hari Guru untuk semua rakan-rakan guruku khasnya di sekolah tempat aku bertugas kini.Wassalam.

No comments:

Post a Comment