SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, April 18, 2010

Sekadar sembang

Setiap hari dan masa ada saja idea-idea baru diperkenalkan oleh pihak kementerian dan jabatan untuk dilaksanakan oleh guru-guru di sekolah.Ada yang memudahkan dan ada yang menyusahkan. Kalau yang memudahkan maka ramailah kalangan guru yang menyokongnya.Tapi kalau menyusahkan maka ramailah kalangan guru yang melenting,merungut dan macam-macam lagi akan terkeluar dari mulut mereka.
Tujuan utama guru di sekolah untuk mengajar dan mendidik anak-anak murid agar menjadi manusia yang berguna.Namun,dengan adanya pelbagai kerenah dan kerja-kerja yang bertambah menjadikan tugas guru banyak yang terabai.Pihak atasan mahukan agar sistem fail di sekolah sentiasa kemaskini.Manalah cikgu terbuat itu semua.Nak tanda buku kerja murid pun tak sempat. Kalau buku kerja tu sampai 4 atau 5 buah pulak tu.Nak bawa balik rumah entahlah bawa pergi bawa balik ajelah.Itu pun kalau sikap cikgu tu betul-betul nak berkhidmat sebagai guru.Kalau tidak hampehlah jawabnya.Sebab tulah ada buku kerja budak tak bertanda.Bila guru besar nak buat pemantauan buku kerja,barulah berposah cikgu sibuk menanda buku anak muridnya.
Beginilah jika cara bekerja tak sistematik.Kalau jadi ketua panitia lagilah haru.Fail nak sampai sepuluh.Nak isi macam-macam dalam fail.Dahlah tu nak letak kat mana pulak.Nak letak kat meja guru dalam bilik guru dah penuh dengan buku budak-budak.Masuk dalam laci nanti lupa pulak nak kemaskini.Haru-haru kalau tak tempat nak letak fail.Kalau tak siap kena bawa balik nak siapkan.Tup-tup lupa pulak nak bawa balik ke sekolah.Bila ada orang jabatan ke ppd ke datang punyalah haru jadinya.Bawah kipas pun berpeluh bila dah buat kesalahan.Guru besar apa lagi naik muka masam mencuka melihat anak buahnya yang cuai.
Kadang-kadang guru dibebankan pula dengan tugasan di luar sekolah.Ada yang dilantik jadi pengadil,hakim dan ada juga yang terlibat dengan parti politik.Maka tinggallah anak-anak muridnya yang tak belajar.Kalau ada guru ganti pun takkan sama.Maka ketinggalanlah murid-murid tersebut dalam pelajaran hari tu.Sebab itulah kadang-kadang guru besar naik hangin bila anak buahnya terlalu aktif di luar.Tambahan pula kalau yang keluar tu terlibat dengan politik.Kalau dihalang karang guru besar kena marah pulak.Maklumlah kalau dah menteri nak jumpa nak buat macam mana.Sampai bilalah masalah ni nak selesai.

No comments:

Post a Comment