SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, January 24, 2015

Pengalaman Baru 2015

Semasa mesyuarat JK Surau Al Islah yang pertama bagi tahun 2015 yang lalu,aku selaku setiausaha surau rasa terkedu kerana dengan tiba-tiba saudara Haji Masri menyatakan beliau ingin berpindah ke kampungnya di Sawah Bahru.Hasratnya untuk membuka perniagaannya di sana.Selama ini beliau berniaga di Pasar Labis.Justeru,apabila beliau mula berniaga di kampungnya,kekerapan beliau berada di Taman Mewah ini akan berkurangan.Jadi beliau menarik diri untuk memegang jawatan imam. Hal yang demikian pihak jawatankuasa memutuskan untuk melantik aku menggantikan beliau.Aku rasa terharu dan tak terkata dengan pelantikan tersebut.Apabila aku menyatakannya kepada isteriku,beliau hanya berkata itu sudah ditentukan Allah.
Maka pada hari ini,23 Januari 2015 bermulalah pengalaman pertama aku untuk membaca khutbah Jumaat.Rasa debaran di dada sungguh terasa.Aku berdoa agar Allah berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk menjalankan tugas ini.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancarnya dan pertama kali aku menjadi imam solat Jumaat pada hari ini.

No comments:

Post a Comment