SELAMAT BERINFORMASI

Tuesday, September 8, 2015

ISLAM ITU INDAH: KHASIAT AYAT LAQOD JA’AKUM

ISLAM ITU INDAH: KHASIAT AYAT LAQOD JA’AKUM: Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golon...

Monday, June 29, 2015

Tarawih ikut-ikut

Ramadhan menjelma lagi.Bagi yang beriman memang menanti-nanti ketibaannya.Saat beginilah segala amalan yang baik digandakan pahalanya.Amalan yang wajib menjadi tujuh puluh kali ganda pahalanya manakala amalan yang sunat seperti menjadi amalan wajib dan besar pahalanya.Tapi tak semua yang sedar akan perkara ini.Hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam.Semangatnya apabila bermula Ramadhan.Menjelang hari ke 10 mulalah surau dan masjid jemaahnya berkurangan.Yang tinggal hanya orang-orang lama yang masih menjadi amalan bertarawih sebagai rutin di bulan Ramadhan.
Sejak dahulu tiada apa-apa perbezaan amalan ini.Solatnya berterusan tanpa diselangi dengan peringatan demi mempertingkat ilmu dan iman.Rasa penat dan panas ketika solat hanya keluhan dan kipas-kipas diperbanyakkan.Bagi surau atau masjid yang mampu menyediakan pendingin hawa alangkah nyamannya ketika bersolat.
Keselesaan beribadat tidak diusahakan.Wang surau atau masjid yang didermakan oleh jemaah tidak diimpakkan untuk kemaslahatan jemaah.Lebih bersungguh untuk dimasukkan ke dalam akaun untuk dibanggakan jumlah banyaknya simpanan.Apalah idea mereka seperti ini.Beriya-iya takut untuk membelanjakan wang tersebut.Bukankah sumbangan derma itu untuk digunakan bagi kemudahan dan keselesaan jemaah juga..
Bagaimana pula dengan pembesar suara.Alangkah elok dibugarkan pendawaiannya.Belilah yang mahal dan canggih agar dapat digunakan sepenuhnya untuk melaungkan azan dan ketika bersolat jemaah.
Ada juga dikalangan jemaah yang menjadikan solat tarawih sekadar mengisi masa.Orang buat lapan rakaat dia pun buat lapan rakaat.Selepas itu tidak diakhirkan dengan solat witir.Kalau dah balik rumah entah buat atau tidak.Bersangka baik juga lah nak buat macam mana.Jika kita ni orang awam seeloknya perlu kita isi masa dengan menadah kitab dan berguru.Agar setiap perkara berkaitan dengan agama Islam dapat dipertingkatkan dan difahami sepenuhnya.Bukan hanya sekadar menjadi adat dalam pengamalan.
Namun begitu,agak sukar juga untuk mencari tenaga pengajar yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu.Setiap apa yang hendak diprogramkan perlukan sumber kewangan.Tenaga pengajar perlu diberikan upah dan adakalanya mengikut gred untuk membayar.Tiada yang sekadar sukarela dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu agama.

Saturday, May 30, 2015

The Sniper: SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN ...

The Sniper: SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN ...: SURAT TERBUKA KEPADA YAB DATO SERI ABDUL HADI BIN AWANG, Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) merangkap Timbalan Ketua Ulama Dunia. Sa...

Monday, March 23, 2015

Wirid Menghilangkan Keletihan dan Melipat Bumi

Wirid Menghilangkan Keletihan dan Melipat Bumi....



Mari kita berkongsi wirid untuk menghilangkan rasa keletihan dan melipat bumi. Wirid ini adalah salah satu daripada khazanah ilmu peninggalan Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang ingin untuk mengamalkannya.....

Monday, February 23, 2015

Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
 .
Masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui sirah dan peristiwa di sebalik kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan jika tahu pun masih ada yang sanggup memperkecilkan kerahmatan dan kemuliaan  Baginda  Sallallahu Alaihi Wasallam. Oleh kerana itu Shafiqolbuterpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qusaiy telah dilahirkan pada 9 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571M di rumah datuknya, Abdul Muthalib bin Hasyim  berhampiran kaabah, Mekah al-Mukarramah. Baginda  Sallallahu Alaihi Wasallam dianggap sebagai pembuka rahmat seluruh alam semesta dan menjadi seribu satu tanda bahawa Baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam dan ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
.
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam pada sebelum kelahirannya tetapi dalam semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai ‘Irhas’.
Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
  1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
  2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.
  3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
.
.
.

Peristiwa Di Sebalik Kelahiran Baginda Junjungan Besar

Banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, antaranya:
.
1.  Malaikat Memberitahu
Aminah tidak perasan kehamilannya hinggalah ke 9 bulan, sebab tidak ada tanda atau kesan. Kehamilan Aminah hanya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Setiap malam mimpinya jumpa perempuan-perempuan mulia seperti Siti Asyiah, Masyitah dan lain lain yang memberitahu dia, Hai Aminah bertuahlah engkau, engkau akan melahirkan anak yang menjadi Nabi akhir zaman.” 
“Iya ke? Aku tidak mengandung!” kata Aminah. Hampir setiap malam, beliau bermimpi dan kata-kata itu kerap diulangi, “Hai Aminah bertuahnya engkau, kerana akan melahirkan Nabi akhir zaman.” Aminah hairan, sebab mimpi dan realiti tidak sama, kerana dia berikiran dia tidak mengandung.
.
.
2.  Wajah Ibu Bapa Bercahaya
Abdullah bin Abdul Muthalib yang bakal  mewariskan zuriat Nabi akhir zaman telah Allah berikan tanda di dahinya cahaya dari usia kecil lagi. Terutama waktu malam, apabila dia pergi ke mana-mana orang akan nampak cahaya di dahi, mereka berkata, ini Abdullah datang, sebab mana ada orang bercahaya di dahi. Kemudian setelah kehamilan Aminah, cahaya tersebut berpindah daripada wajahnya Abdullah ke wajah isterinya.
.
.
3.  Semua Makhluk Berkata
Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah SWT memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
.
.
4.  Mimpi Menakjubkan
Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Aminah ketika itu ia seperti mendapat isyarat bahawa anaknya, Muhammad akan mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman dan ia memiliki kekuasaan yang lebih besar dan membawa ajaran yang telah disempurnakan.
.
.
5.  Cahaya Terpancar
Semasa Baginda dilahirkan, bondanya Siti Aminah menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti meluncurnya anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
.
.
6.  Diselimuti Awan
Aminah sendiri melihat Baginda dalam keadaan berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar suatu seruan, “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik.”
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit kemudian meletakkan tangannya ke tanah lalu bersujud ke arah kiblat sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
.
.
7.  Bersih Tanpa Darah
Aminah semasa mengandungkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dia tidak pernah merasa sakit dan susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu hamil yang lain. Waktu lahir, Baginda tidak macam anak-anak lain lahir, jika anak-anak lain emaknya akan rasa sakit dan keluar darah. Ini bersih, elok  dan bagus. Anak-anak lain bila keluar menangis, dia tidak menangis malahan tersenyum.
.
.
8.  Telah Terputus
Aminah juga menyedari kelahiran bayinya tidak seperti anak-anak baru lahir yang lain. Dengan kehendak Allah SWT, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan (bersunat) dan tali pusatnya juga telah siap diputuskan.
.
.
9. Kehancuran Tentera Bergajah
Kedatangan tentera bergajah hendak menyerang kota Mekah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil. Ia diketuai oleh Abrahah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah SWT.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
.
.
10.  Musnahnya Berhala
Dikatakan juga pada malam kelahiran Sallallahu Alaihi Wasallam, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
.
.
11.  Runtuhnya Istana Kisra 
Di tempat yang lain pula satu gempa dan goncangan telah berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak seribu, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan penyebab kemusnahan keegoan kekuasaan dan  tanda-tanda kejatuhan serta runtuhnya kerajaan tersebut.
.
.
12.  Padamnya Api Sembahan
Api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah terpadam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
.
.
13.   Semua Gereja Sanrah Roboh
Berbagai keajaiban di luar jangka telah terjadi pada hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, termasuk gereja-gereja batu di sekitar Wadi Sanrah roboh ranap setelah di landa gempa bumi.
.
.
14.  Lenyapnya Tasik Sava
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalla, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah ditelan bumi. Maka telah lenyap satu lagi pusat sembahan yang dibanggakan.
.
.
15.  Berakhirnya Pengetahuan Ghaib
Setelah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.
.
.
16.  Rahmat Seluruh Alam
Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
.
.
17.  Malaikat Membelah Dada 
Ketika berusia empat tahun, sedang Baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.
Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.
Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 :
94:1
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?”
.
.
.

Kesimpulan

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah ‘khatamun nubuwwah’, penutup segala nabi. Di samping itu, bukti-bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
.
Perkara-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di sisi Allah SWT, sekali gus sebagai bukti Kerasulan Baginda. Maka Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam adalah teristimewa dan tidaklah boleh disamakan dengan mana-mana anak kecil dan manusia lain di dunia ini sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah pihak yang hanya bertujuan memesongkan pemikiran umat dan menidakkan kerasulan Baginda dan keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
.
.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Saturday, January 24, 2015

Pengalaman Baru 2015

Semasa mesyuarat JK Surau Al Islah yang pertama bagi tahun 2015 yang lalu,aku selaku setiausaha surau rasa terkedu kerana dengan tiba-tiba saudara Haji Masri menyatakan beliau ingin berpindah ke kampungnya di Sawah Bahru.Hasratnya untuk membuka perniagaannya di sana.Selama ini beliau berniaga di Pasar Labis.Justeru,apabila beliau mula berniaga di kampungnya,kekerapan beliau berada di Taman Mewah ini akan berkurangan.Jadi beliau menarik diri untuk memegang jawatan imam. Hal yang demikian pihak jawatankuasa memutuskan untuk melantik aku menggantikan beliau.Aku rasa terharu dan tak terkata dengan pelantikan tersebut.Apabila aku menyatakannya kepada isteriku,beliau hanya berkata itu sudah ditentukan Allah.
Maka pada hari ini,23 Januari 2015 bermulalah pengalaman pertama aku untuk membaca khutbah Jumaat.Rasa debaran di dada sungguh terasa.Aku berdoa agar Allah berikan aku kekuatan dan keyakinan untuk menjalankan tugas ini.Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancarnya dan pertama kali aku menjadi imam solat Jumaat pada hari ini.

Video Persaraan Tn PPD Daerah Segamat