Alkisah seorang jutawan…
Seorang jutawan, Hijaz yang kini tua pulang ke kampung untuk mengenangkan nostalgia zaman mudanya.
Hijaz balik menjenguk kampungnya di tepi laut dengan kereta mewah yang tidak mungkin dibeli oleh sesiapa di kampungnya.
Beliau singgah di sebuah gerai tepi laut kepunyaan Ustaz Azdi yang juga
nelayan yang terkenal dengan sifat riang dan tenangnya di kampungnya.
“Apa khabar ustaz? Lama tak jumpa,” kata Hijaz.
“Anta dah balik… baguslah, ingat dah lupo kampung ini,” kata Ustaz Azdi.
“Ya, dah balik… akhirnya,” kata Hijaz dengan nada sedih.
“Mengapa? Ada masalah ke?” tanya Ustaz Azdi.
“Bagaimana ustaz dah tua ini pun masih riang dan tenang seperti dulu?
Ustaz dah capai semua yang ingin dihasratkan? Umur kita doh tak panjang
dah…” kata Hijaz.
“Anta ada apa lagi yang tak selesai? Kereta, rumah, bini, anak semua dah ada, apa yang anta keluh lagi?” tanya Ustaz Azdi.
“Banyak perkara. Ada dendam sikit, ada marah sikit sana sini, bimbang
pasal perniagaan, bimbang siapa ganti ana… macam-macam… Ana tak macam
ustaz… tak ada cita-cita, ana cita-cita besar,” kata Hijaz.
“Cita-cita ana ada juga. Tapi taklah mengacau sampai tak tenang dan tak senyum macam enta,” kata Ustaz Azdi.
“Yalah. Itu yang ana tak dapat belajar daripada enta. Senyum dan tenang
sentiasa. Ana sikit-sikit marah, kena fikir itu ini… apa petua ustaz
ya?” tanya Hijaz.
“Betul nak tahu? Tak susah petua ana…,” kata Ustaz Azdi.
“Anta nak cerita, ana sudi dengar…” kata Hijaz.
Ustaz Azdi membawa Hijaz berjalan di tepi pantai.
“Ajal kita tak tahu bila tapi kita kena sentiasa bersedia dengan
kunjungannya. Anta cuba bayang besok anta akan meninggalkan dunia ini…
Tiada lagi matahari terbenam, terbit, tiada lagi masa. Hari ini sajalah yang anta ada.
Segala yang anta kumpul, kereta cantik anta semuanya akan menjadi milik orang lain besok.
Kekayaan, kuasa dan populariti anta pun akan hilang dan tidak lagi relevan di dunia ini.
Bagaimana pula dengan dendam, kemarahan, tergusir hati dan cemburu? Semuanya akan melesap besok juga.
Demikian juga dengan harapan, cita-cita, rancangan anta semuanya akan luput.
Perkara yang anta pentingkan selama ini, menang dan kalah juga tidak lagi bermakna.
Jika ajal tiba, ia tidak kisah di mana anta berada, siapa anta atau
betapa cantiknya rumah anta. Jantina dan warna kulit anta pun tak
dikisahkan,” kata Ustaz Azdi…
“Jadi ustaz, apa yang dikisahkan? Apa yang penting jika ana mati besok?” tanya Hijaz yang khusyuk mendengar.
“Apa yang bermakna – bukan pada apa yang anta beli, tapi apa yang anta
bina, bukan apa yang anta ada, tapi apa yang anta beri. Yang bermakna
bukan kejayaan anta tapi makna perkara yang anta buat selama ini.
Yang bermakna bukan apa yang anta belajar tapi apa yang anta mengajar.
Yang bermakna ialah setiap tindak-tanduk yang penuh berintegriti,
bersemangat, berani dan pengorbanan anta yang menjadi sumber inspirasi
pada orang lain untuk dijadikan contoh.
Yang bermakna bukan
kehebatan anta, tapi watak anta. Yang bermakna bukan berapa orang yang
kenal anta, tapi berapa yang akan rasa kehilangan anta selepas anta
tiada.
Yang bermakna bukan ingatan anta, tapi memori yang
berada pada mereka yang menyayangi anta. Yang bermakna ialah berapa lama
ana akan diingatkan, oleh siapa dan untuk apa.
Kehidupan yang
bermakna bukan berlaku secara spontan. Ia adalah satu pilihan. Hargai
masa, pilihlah kehidupan yang bermakna untuk anta,” kata Ustaz Azdi.
Hijaz terdiam… termenung jauh setelah mendengar kata-kata Ustaz Azdi.
“Anta ok?” tanya Ustaz Azdi sambil menepuk belakang Hijaz.
Hijaz terus memeluk Ustaz Azdi.
“Terima kasih. Setelah segalanya, dan kata-kata ustaz, ana rasa kampung
dan kehidupan di kampung yang sederhana ini adalah terbaik untuk hidup
ana.”
Wahai anakku,
Aku berharap engkau dapat memahami isi
tersirat yang terkandung dalam cerita yang aku ceritakan ini.
Sesungguhnya ingatlah wahai anakku, hiduplah dengan bermakna dan
diredhai Allah. Buatlah syurga itu sebagai matlamatmu. Aku sebenarnya
amat bimbang bilamana engkau memilih kehidupan agong di dunia ini
sehingga mengabaikan segala perintah Allah dan akhirnya kamu dihumban ke
neraka kerana dosa-dosa kamu. Jangan sesekali memilih jalan yang
memusnahkan dirimu itu, wahai anakku.
Wahai anakku,
Kongsilah coretan aku pada mereka yang memerlukannya. Ingatlah
sesungguhnya yang bermakna bukan pada apa yang engkau belajar tapi apa
yang kamu mengajar dan kongsikan. Sekiranya engkau tidak mampu jadi
penulis yang memberi manfaat, kamu jadilah pembaca yang memberi manfaat
kepada diri sendiri dan orang lain.
Senyum.
SELAMAT BERINFORMASI
Monday, July 29, 2013
Sesuatu yang menarik untuk dikongsi dan dibaca:
Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..
Pemuda : Anda siapa Dan apakah dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…
Wallahualam…..
Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar
Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..
Pemuda : Anda siapa Dan apakah dapat menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.
Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.
Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)
Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.
Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya!
Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
Pemuda : Saya tidak boleh.
Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.
Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda : Tidak.
Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak.
Imam : Itulah yang dinamakan takdir.
Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Terbuat dari apa pipi anda?
Pemuda : Kulit.
Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit.
Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan…
Wallahualam…..
Friday, July 19, 2013
Selamat berpuasa dan selamat beramal
Hari ini isteri pergi ke sekolah kerana ganti cuti Deepavali.Aku duk rumah ajelah.Lepas subuh,ngaji le kejap habiskan juzuk 20 tu.Lepas tu jengoklah fb intai-intai kok-kok ada benda yang nak dibaca.Wah,ngantuk pulak.Tidur le kejap.Jam 8.30 tersedar,ambil wudhu' solat dhuha le pulak.Duk termenung nak buat apa ye.Oh pakaian yang dah dibasuh tak disidai lagi.Kena le sidai kalau tunggu anak bangun sampai tengah hari le tak bersidai.Kemudian,terfikir le pulak nak hantar motor ke kedai.Dah lama motor ni tak bergerak sejak 4 bulan yang lalu.Menuntun le motor yang tak boleh start tu ke kedai.Ada le pulak anak jiran yang baik hati nak tolong tolakkan.Dia panggil kawan dia bantu aku tolak motor sampai ke kedai motor. Alhamdulillah, syukur pada Mu ya Allah atas rahmat yang diberi.Ucapan terima kasih pada budak yang tolong tadi.
Kat kedai motor tauke cina tanya sudah berapa tak start.Aku senyum aje le cakap dah lama.Motor pun dah berhabuk dan berdebu.Lebih kurang setengah jam jugak lah cina tu repair.Kena le bayar RM65.00 ganti coil dan bateri.
Balik rumah aku basuhle motor yang tak pernah mandi ni.Lebih kurang halal le basuhnya.Nak juga hantar kereta kancil ke kedai,tapi nanti tak cukup duit pula kosnya.Gear kereta tu keras sangat nak tekan.Tak selesa nak dipandu.Agaknya anakku bawa macam mana le tu.Nantilah kalau dah dapat gaji bolehlah direpair,ya.
Masuk rumah,tengok ada kain lagi dalam mesin basuh.Basuh pakaian lagi jawabnya.Sambil tu terlihat pulak buah nangka pemberian jiran semalam.Belum disiang lagi.Kalau tak disiang sapa le nak buat nanti.Buat ajele kerja siang nangka.Kena bubuh minyak kelapa ni,kalau tak bergetah tangan aku nanti.Lepas siap siang masukkan ke dalam mangkuk.Nanti petang pandaile isteri aku nak buat apa.Kain yang dah dibasuh disidai kan pula diampaian.Sampah kulit nangka dibuang ke dalam tong sampah.Kalau tak buang nanti berbau satu rumah.
Setelah segalanya beres,berehatlah pulak.Terasa pulak nak buat catatan dalam blog.Dah lama tak bukak blog.Agaknya cerita lama ni dah basi agaknya.Dah hampir berbulan tak berblog.Kalau fb hari2 tengok. Begitulah rutin hidup.Tambah pulak di bulan puasa ni.Jangan asyik nak tidor aje.Banyak perkara boleh kita lakukan untuk kebaikan diri dan keluarga serta masyarakat.
Tahun ni tambah lagi satu bidang tugas aku.Aku dilantik jadi setiausaha Surau Al Islah.Kalau dulu jadi penolong aje maka setiausaha le yang buat kerja.Kini,aku kena le bergerak untuk memakmurkan surau dan dibantu jawatankuasa yang lain.
Banyak masa dalam bulan puasa ni aku berjemaah dan bertarawih di surau.Kalau dulu aku lari-lari ke masjid.Nak ubah rasa.Tapi kali ni lain pulak.Kadang-kadang aku ditugaskan jadi imam solat, dan bilal. Terasa diri ini banyak kekurangannya.Banyak lagi ilmu agama yang perlu aku pelajari.Tak boleh nak main-main.Kalau orang dah percayakan kita terasa berat tanggungjawabnya.
Aku akan pencen cikgu empat tahun lagi.Aku belum terfikir nak buat apa lepas pencen.Tapi dalam hati tergerak nak pergi memondok.Menambahkan ilmu akhirat di sana.Tapi tak tahu di mana tempatnya.Hanya Allah sahaja yang akan menggerakkannya.Insya Allah.Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)