Banyak juga aktiviti dan program masa cuti sekolah ni sama ada dirancang mahupun tidak dirancang.Kalau ke sekolah tu macam biasalah hendak pergi bila-bila masa aje.Kerja-kerja pengurusan sekolah perlu disiapkan lebih awal.Takwim persekolahan perlu diatur dengan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Perbincangan perlu dilakukan antara kami pentadbir sekolah agar program disusun dengan teratur dan kemaskini.Walaubagaimanapun cantik kita susun program namun,ada sahaja yang akan menghalang.Hal ini demikian kerana adanya program yang diarahkan oleh pihak-pihak atasan.Kenalah akur dengan apa sahaja arahan yang diberikan walaupun kita telah merancang program dengan tersusun sekali.
Kami juga telah mengatur rancangan untuk memulakan mesyuarat awal tahun seperti mana yang diarahkan. Jika sekiranya pada tarikh berkenaan diganggu apa nak buat,jalankan ajelah mengikut kesesuaian.Aku juga telah menyiapkan tugasan dalam bidang kurikulum,apa yang perlu aku sampaikan pada mesyuarat itu nanti. Kini sibuk pula menyusun jadual waktu persekolahan.Memang sibuk sedikit kerja ni.
Walaupun sibuk dengan urusan sekolah,namun program keluarga juga terus berjalan seperti yang dirancangkan.Kami juga dapat menghadirkan diri dalam majlis Hari Konvokesyen anak sulung kami di UiTM Shah Alam.Tapi sebelum tu,kami dapat berkunjung ke MAHA 2012 di Serdang.Penat juga ye berjalan di expo tersebut.Nak beli barang pun bajet tak ada.Belilah apa yang perlu sahaja.Selain tu,dapat juga berjalan dan menginap kat Hotel Sri Malaysia di Kuantan.Kebetulan ada majlis resepsi rakan sekerja di sana.Malamnya pula ada makan malam di rumah seorang lagi rakan sekerja.Jamuan makan nasi lauk ketam goreng.Memang sedap rasanya.Ramai juga rakan sekerja yang dapat datang ke rumahnya di Peramu. Sukanya hati keluarganya atas kehadiran kami beramai-ramai warga sekolah yang bersama keluarga datang ke rumahnya.
Jemputan kahwin memang banyak juga.Tapi aku dan isteri sahaja yang hadir.Anak-anak tak nak ikut.Anak yang ada kat rumah dua orang aje.Sebelum tu kami juga bawalah anakku yang lepas UPSR tu ke temuduga SMKA Segamat.Tak taulah lulus ke tidak.Sampai saat rencana ni ditulis tak ada jawapan lagi.Tapi kami juga telah merancang pendaftaran anak ini ke Madrasah Arabiah Kluang.Kami bawalah anak ini ke ujian kelayakan di sana.Alhamdulillah berkat doa kami anak lulus dan layak mendapat tempat di MAK.Dia juga setuju untuk belajar di situ.Kami membayarlah wang membeli peralatan persekolahan berupa kain seluar dan baju outing.Balik nanti kenalah tempah kat kedai cina Labis.Bukan tak percaya orang Melayu.Tapi tulah feel orang Melayu ni.Janji tak ditepati.Bagus juga orang cina ni walaupun bukan Islam tapi cara hidup tu mirip ke arah Islam.Orang Melayu ni perasaan aje Islam,tapi Islam baka atau keturunan.Suruh ngaji tak hendak,baca apa lagi.Memang pemalas agaknya.Tau nak cepat kaya,nak untung lebih.
Kami juga merancang untuk berbelanja membeli peralatan sekolah anak selepas dapat gaji nanti.Maklumlah sumber pendapatan hanya gaji bulanan tu aje.Sumber lain tak ada.Nak harap hasil kebun getah jauh sekali kerana sekarang kan musim hujan.Tak toreh le getah aku kat kebun tu.Dapat tukan toreh pulak tak ada integriti.Nak buat macam mana.Nak jengok kebun pun tak kesempatan.Tapi tak taulah akan dirancangkan juga jengok kebun tu.
Dalam pada itu aku dan isteri dapat juga berita abang iparku masuk wad kerana sakit.Yang sampai berita abang aku.Mana-mana gi anak-anak akak aku tu.Sepatutnya anak-anak merekalah yang sampaikan berita ayah mereka masuk wad.Ni pak sedara pulak yang bagi tau.Apalah anak sedara ni.Agaknya tak nak nyusahkan.Tapi tak apalah pergi juga kami jengok kat wad di hospital Segamat.Tika sampai ramai juga yang telah ada berkerumun kat abang ipar aku tu.Senyum lebarlah mukanya atas kehadiran kaum keluarga menziarahinya.Dengar kata abang ipar aku ni tak pernah masuk wad.Sepanjang hidupnya yang kini berusia 75 tahun inilah kali pertama bermalam di wad.Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepadanya.Aku sendiripun pernah duduk di wad.Itu pun masa bujang dulu ketika berumur 23 tahun.Masa tu aku belajar di Pusat Latihan Belia Bukit Senyum.Aku terkena penyakit kulit.Aku pergi ke Hospital Sultanah Aminah JB.Aku dimasukkan ke wad.Tak ada siapa pun yang datang ziarah aku.Keluarga aku pun aku tak beritahu.Memang aku ni jenis tak nak nyusahkan orang.Aku diberikan rawatan dan alhamdulillah penyakit tersebut sembuh dan kemudian aku mendapatkan ubatan herba daun untuk menghilangkan kesan parut pada kulit.Sampai kini alhamdulillah kalau ada sakit pun sakit biasa aje seperti sakit badan,batuk selsema,pening-pening kepala.Orang kata yang ringan-ringan aje.Tapi adalah suatu hari tu aku gi kat klinik kesihatan Labis.Doktor periksalah tekanan darah aku.Rasa terkejut aku kerana tekanan BP aku 208.Kata doktor aku kena gi hospital.Aku taklah rasa apa-apa perbezaan pun.Jalan macam biasa aje. Cuma bahagian tengkok aku ni rasa kurang selesa sikit.Aku diberikan sebiji pil untuk ditelah dan berehat untuk menurunkan tekanan darah.Lebih kurang 50 minit selepas makan pil kepala mula sakit.Ni macam mana ni.Tadi kepala aku tak sakit sekarang dah sakit pulak.Tekanan darah diperiksa sekali lagi oleh doktor. Turun juga sedikit tapi masih tinggi.Aku diminta tunggu untuk dibawa ke hospital oleh ambulans.Aku nak balik nak solat asar,tapi kata misi jangan nak jatuh rebah bahaya.Aduh,orang ni.Aku suruh isteri balik ke rumah dulu.Aku kenalah tunggu driver ambulans bersiap-siap dan menghantar aku ke hospital Segamat.
Inilah pertama kali aku naik ambulans.Memang laju,melambung-lambung badan aku.Kalau tak pegang kuat-kuat tergolek anjing jatuh.Agaknya kalau wanita mengandung dah terberanak gamaknya.
Tiba di hospital aku dimasukkan ke ICU untuk dapatkan rawatan.Tekanan BP diambil berulangkali. Diberikan pil lagi kena telan,kepala masih berdenyut-denyut.Kemudian darah juga diambil untuk ujian.Sakit juga ya kena tebuk ambil darah ni.Lepas tu satu cecair dimasukkan melalui saluran darah.Terasa sejuk dalam badan.Apabila diambil BP lagi tekanan darah turun dengan cepat sekali.Lega rasanya apabila tekanan darah telah normal.Perut pulak dah berkeroncong.Lapar sungguh.Handphone pulak dah nak habis bateri.Sebelum tu aku maklumkan pada guru besar aku akan keadaan aku.Aku juga maklumkan kepada rakan PPD aku bahawa aku tak dapat hadri ke majlis Anugerah Cemerlang esoknya di SMK Gemereh.Nak buat macam mana dah nasib badan.Aku maklumkan kepada isteri agar datang lewat sedikit.Lepas isyak barulah isteri bersama anak-anak tiba di hospital.Syukur aku apabila doktor mengatakan aku boleh balik,tak perlu masuk wad.Esoknya aku bercuti atas kebenaran doktor.
Cuti sekolah masih panjang lagi.Tak taulah nak buat apa lagi.Tapi kerja sekolah telah sedia menunggu.SKPM dan NKRA online sedang setia menanti untuk diisi data.Semoga Allah memberikan kemudahan kepada aku dan aku mohon segala apa yang aku lakukan adalah untuk mencari keredhaan Mu ya Allah.Wassalam.
No comments:
Post a Comment