SELAMAT BERINFORMASI

Monday, March 15, 2010

Kecemerlangan Sukan

Tajuknya sungguh gah didengar.Begitu bersungguh pihak tertentu menguar-uarkannya.Baik peringkat kementerian,jabatan mau pun ppd.Pihak sekolah juga begitu teruja untuk melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang sukan.Terdapat dua ungkapan iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.

Di peringkat sekolah sudah tentu peranan utamanya adalah GPK Kokurikulum dan Setiausaha Sukan.Mereka inilah yang akan dipertanggungjawabkan untuk kecemerlangan sukan sekolah. Bagai nak ghak memikir,merancang dan menjadi pelaksana dalam menjayakan aktiviti sukan dan permainan di sekolah.

Perancangan yang teliti dan jadual yang diatur akan hanya menjadi dokumentasi di atas kertas saja kalau tak dipraktikkan.Bagaimana nak dilaksanakan kalau orang nombor satu di sekolah pun tak berapa minat nak melahirkan murid yang cemerlang dalam sukan.Hal ini berlaku kerana kalau peringkat PPD dan JPN pun dua kali lima aje.Mereka lebih berfokus kepada kecemerlangan akademik.

Kalau memantau sekolah aspek itu sahaja yang akan diberikan tumpuan.Mana headcount,mana fail2 akademik,mana program kecemerlangan akademik,mana kajian tindakan.Tapi jarang dipertanyakan mana murid yang berpotensi dalam sukan,yang berbakat sebagai atlit untuk diketengahkan.Apa kemudahan yang kurang dan mana peruntukan untuk meningkatkan mutu sukan.Aspek itulah yang akan ditanyakan.Perlu kemaskini dan terkini.

Bagaimana nak lahir murid yang cemerlang dalam sukan.Sukan permainan hanya sekadar nak memenuhkan aktiviti dan program sekolah.Pihak JPN dan PPD melalui unit Sukan dan Kokurikulum merancang dan mengatur jadual untuk diturunkan ke sekolah dan dilaksanakan. Tapi apa pihak sekolah boleh lakukan.Hanya sekadar ikut arahan dan buat apa yang patut dibuat.Bila ada sesuatu pertandingan barulah muridnya dilatih.Itu pun seminggu sekali iaitu hari Sabtu.Mana cukup latihan.Kalau ada inisiatif jurulatih(cikgu juga) buatlah latihan pada hari Ahad. Nak berehat pun tak dapat.Mana ada intensif.Keluar duit sendiri adalah.Dahlah tenaga dan masa dikorbankan,sampai duit kocek pun kena keluar nak beri minum murid yang buat latihan.

Ada juga yang buat semua ni bukan kerana ingin dipuji atau nak dapat cemerlang, tapi mereka buat kerana minat dan sanggup berkorban demi menaikkan imej sukan sekolah tersebut.Nak buat latihan waktu pagi pada hari sekolah dah tentu guru besar tak benarkan.Nanti ganggu p & P katanya.Tapi suruh buat latihan petang.Tak terfikirke ganggu P & P sekolah agama pulak. Sukankan bermusim.Kalau nak cemerlang perlukan latihan yang sistematik dan berterusan.Kalau sekadar nak menyertai aje lebih baik tak payah terlibat.Duduk aje kat sekolah belajarlah sepanjang masa.Cukup waktu belajar balik rumah relax puas.Kita tak payah susah2 berpanas,berpeluh2 melatih budak2.Tak payah turun padang buat garisan ke, buat gelanggang ke.

Begitulah dilema yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah.Orang atas pandai pulak cadang itu dan ini.Kata mereka bukan semua murid cemerlang dalam akademik.Masalahnya nak lahirkan murid cemerlang dalam sukan bukannya mudah.Perlukan masa yang panjang nak mahirkan mereka dalam sukan.Sepertimana dalam UPSR kita ada program klinik jawab soalan.Tapi dalam sukan tak ada pulak klinik nak mahirkan tendang bola.Sebab tulah bila budak2 ni main kat padang terjerit2lah jurulatih mereka nak ajar itu dan ini.Suruh sepak le,kejarle,tangkap le dan macam2 lagi.

Apa boleh buat kita hanya ikut perintah.Kalau tak ikut nanti banyak masalah akan timbul. Oleh itu fikir2kan lah satu kaedah yang sistematik agar di peringkat sekolah dapat menyediakan ruang dan masa untuk meningkatkan sukan kepada murid sebagaimana yang diuar-uarkan.

No comments:

Post a Comment