SELAMAT BERINFORMASI

Wednesday, March 17, 2010

Memori Haji

Kali ini saya sambung cerita pengalaman saya bersama isteri dan jemaah haji lain sewaktu sampai di lapangan terbang Jedah.Sebaik sahaja kapal terbang mendarat kami semua turun dan diarahkan ke balai ketibaan untuk diperiksa kad kesihatan masing-masing.Setelah dicop oleh pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi barulah kami diarahkan ke kaunter pemeriksaan imigresen.Maka beraturlah kami.Aku dan isteri mempercepatkan perjalanan agar dapat mendahului yang lain.

Setelah pasport haji aku dicop aku pun terus menuju ke tempat bagasi ditempatkan.Sementara menunggu bagasi sampai aku memerhatikan keadaan sekeliling.Kebanyakan orang Arab adalah sama aje besarnya dengan orang Malaysia.Seterusnya aku memerhatikan kalau-kalau beg bagasi aku sudah sampai melalui askalator.Beg aku dan isteri aku diikat dengan reben yang halus dan pelbagai warna.Mudahlah bagi aku nak mengenalinya kerana tiada orang lain yang mempunyai beg bagasi yang sama warna dengan beg kami berdua.

Apabila beg bagasi sampai aku pun mengambilnya dan melalui satu lorong pemeriksaan.Pak Arab tu periksalah bagasi aku.Dia buka dan tengok di dalamnya.Tiba-tiba dia ambil satu botol cecair dalam satu beg plastik.Beg plastik adalah pemberian TM yang di dalamnya lengkap dengan jenis ubatan.Dia punya belek sangatlah lama.Dia tanya aku apa benda ni.Aku jawab tak tahu ajelah, sebab memang aku tak tahu.Seoranglah pegawai haji menghampiri dan memaklumkan botol itu botol kicap.Pegawai atas Arab tu suruhlah cepatkan pemeriksaan.

Aku dan isteri meneruskan perjalanan ke satu kaunter yang lain pulak.Pasport kami dicop lagi. Punyalah banyak tempat nak dicop.Dalam pada tu adalah seorang pegawai Arab tu dengan senyum berkata Malaysia,malaysia bagus.Setelah kesemua urusan diimigresen selesai aku diarahkan ke tempat menunggu.Aku pun pelik mana jemaah haji yang lain.Nampaknya aku dan isteri yang sampai dahulu.Setelah meletakkan beg di tempat tersebut,aku disambut oleh pegawai2 Tabung Haji.

Kemudian aku terus ke bilik air untuk berwudhu' dan melaksanakan solat maghrib dijamakkan dengan Isyak.Waktu tu jam sudah pukul 12.00 tengah malam waktu Saudi.Maklumlah waktu kami bertolak ketika di Senai jam 7.00 malam.Bersyukur kepada Allah kerana perjalanan kami selamat dan aku kini sudah berada di bumi Anbiya.Aku berjemaahlah dengan seorang jemaah kenalan aku haji Nasir.Untuk jemaah wanita di surau yang bersebelahan dengan surau lelaki.

Sesudah selesai solat aku pun menuju ke tempat beg yang diletakkan.Aku merehatkan diri sambil bersandar di kerusi sambil memerhatikan jemaah2 lain yang mulai tiba.Masing2 sibuk menguruskan diri masing2.Aku minumlah air kotak yang dibekalkan bersama kuih-muih untuk mengalas perut.

Setelah semua jemaah selesai bersolat,kami diminta beratur mengikut nombor yang telah ditetapkan.Kami dibawa untuk menaiki bas.Sebanyak 12 buah bas telah tersedia menunggu di mana pemandu2nya bukan orang Arab tempatan.Kesemua bagasi kami diletakkan di atas bumbung bas dan dibalut dengan kemas.Proses menaikkan bagasi yang besar menggunakan forklift.Jadi bagasi kami semua selamat dan tidak berlaku kekasaran seperti mana yang diceritakan sebelum ini.

Kami bergerak menuju ke Madinah.Kami semua berdoa semoga perjalanan kami selamat.Tiba-tiba pemandu bas menghentikan bas.Dia cuba menekan minyak dan sekejap turun dan sekejap naik.Kemudian menelefon seseorang dengan bahasa Arab.Salah seorang daripada kami mulalah menyuarakan yang pemandu tu nak minta duit lebih.Seorang daripada kami pun mulalah mengutip duit riyal seorang seriyal.Aku hulurkanlah dua riyal.Setelah diberikan duit tu wah apalagi memecutlah dia tanpa henti hinggalah ke suatu perhentian untuk solat subuh.

Di perhentian tersebut aku turun dari bas kerana nak buang air kecil.Kemudian aku berwuduk untuk solat subuh.Ketika hendak menuju ke tempat solat aku dihampiri seorang Arab.Dia memintaku membeli kad telefon.Aku malas nak layan.Tapi dia terus juga menggesa aku supaya membelinya.Tanpa buang masa aku belilah dengan nilai 100 riyal.Kad tu aku simpan dalam beg sandang aku.

Aku mencari-cari tempat sesuai untuk solat.Satu jemaah sedang bersolat dan diikuti dengan jemaah yang lain.Tempat tu tak lah besar sangat.Kena lah tunggu giliran.Setelah selesai jemaah tersebut solat,aku pun menyelitkan diri bersama jemaah yang lain.Kebetulan ada seorang ustaz dari Malaysia yang mengimamkan solat subuh.Imam ni pun tak adalah baca doa qunut kerana ada jemaah dari negara lain yang turut bersama solat dengan kami.Selesai salam kenalah bangun dengan segera sebab jemaah lain pun nak solat.Tak adalah nak wirid2 macam biasa.

Setelah semua jemaah dalam bas kami selesai bersolat,kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Madinah.Kata pegawai tabung haji perjalanan dari Jedah ke Madinah makan masa 8 jam. Bayangkanlah bagaimana rasanya keadaan kami.Tapi itu semua adalah dugaan bagi jemaah yang hendak menunaikan ibadah haji.Kita kena redha dan banyak mengingati Allah di sepanjang perjalanan tersebut.Kalau nak tidur pun tak berapa selesa.Kerana nak lihat keadaan bumi arab yang dipenuhi dengan batu batan dan pasir.Jalanrayanya lurus dan cantik tapi di kiri kanannya tak ada parit macam jalan raya kat Malaysia.

Sesekali pemandu bas menghentikan bas kerana ada jemaah yang hendak buang air.Maklumlah kebanyakan jemaah sudah berumur dan ada yang uzur.Cuaca agak sejuk sedikit ketika nak hampir dengan Madinah.Tiba-tiba bas membelok ke suatu tempat check point.Pegawai di situ menghitung bilangan kami.Kemudian pekerjanya menghulurkan beberapa kotak air minuman dan makanan.Bersyukur kami kepada Allah rezeki kami melimpah ruah.Makanan yang ada tak termakan dah dapat lagi makanan.

Sebelum masuk ke kota Madinah bas yang kami naiki berhenti di suatu tempat pemeriksaan. Pasport kami diperiksa dan dipastikan bahawa kami adalah jemaah haji bukan pelancong. Sementara menunggu meneruskan perjalanan aku dan isteri keluarlah bersiar-siar di tempat tersebut.Pelbagai bangsa yang ada dengan ragam dan pakaian masing-masing mengikut identiti agar mudah untuk dikenali.Kalau orang Turki pakaiannya warna kelabu baik lelaki atau perempuan.Senang nak kenal.Kalau orang Afrika pula dengan pakaian yang berwarna warninya mengikut negara.

Setelah selesai semua urusan,bas pun mula bergerak menuju ke Kota Madinah.Kami sampai hampir waktu zohor.Kami di bawa ke hotel Al Haram.Kami pun menuju ke bilik yang telah ditetapkan bersama beg yang dibawa.Manakala bagasi kami masih di bawah hotel.Setelah mempastikan tempat dan katil aku ke luar dari bilik mencari isteriku di bilik yang lain.Aku mengeluarkan kad telefon untuk dimasukkan ke dalam handphone.Aku minta bantuan pekerja hotel yang boleh bercakap melayu.Rupanya mereka orang Bangladesh dan Indonesia.Isteriku juga membeli kad pada pekerja tersebut dan memasukkan ke dalam handphone.Ketika asyik kami berurusan dengan telefon,jemaah yang lain mulai turun untuk menuju ke masjid. Nabawi.
Aku ikutlah jemaah sebilik ku dengan seorang anak muda yang turut bersama.Dia ni pernah beberapa kali tunai umrah.Jadi dialah yang jadi pemandu kami.

Alangkah kagumnya aku bila melihat masjid Nabi ni.Berduyun-duyun jemaah haji menuju ke masjid pada hal azan belum dikumandangkan.Pada hari pertama aku di Madinah kasihatan aku mula terasa.Rasa pening ada kerana tak buang air besar.Angin dah masuk kepala.Makanlah pil panadol dua biji.Aku berehatlah kat bilik.Tapi bila waktu solat gi jugalah ke masjid.

Masuk hari kedua,alhamdulillah aku sihat kembali.Aku bersama rakan sebilik kerap ke masjid setiap kali solat lima waktu.Sambil tu aku turut bersama jemaah yang lain menziarahi makam nabi.Keadaan sungguh sesak dan kenalah bersabar sambil berdoa agar dimudahkan setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan.Malamnya aku dibawa ke raudhah.Dapatlah juga aku bersolat di raudhah sambil berdoa seperti yang dihajatkan.Ada ketikanya aku pergi sendiri ke raudhah dan melakukan ibadah dengan lebih tenang dan seterusnya menziarahi makam rasulullah,abu bakar dan umar dengan perasaan pilu dan menyampaikan salam dariapada rakan2 dan saudara maraku.

Di Madinah ni kalau sarapan pagi kenalah beli sendiri.Pihak muasasah tak sediakan.Aku dan isteri carilah sarapan di bahagian bawah hotel.Minumlah teh panas dan roti.Ada juga kebab tapi tak sama macam kebab kat tempat kita.Apa yang boleh dimakan aku makan ajelah.Sesekali aku dan isteri berjalan2lah di sekitar kota Madinah sambil membeli sedikit barangan untuk dibawa pulang ke Tanah Air.

Untungnya kami kerana ada dikalangan kami yang pernah bawa orang pergi haji.Dialah yang menguruskan perjalanan kami untuk berziarah.Dia adalah Hj.Zaidi.Dia bawa kami ziarah masjid Quba,masjid Qiblatain,masjid Tujuh dan Makam Syuhada di Uhud.Seterusnya dia bawa kami ke tempat membeli kurma nabi.Aku belilah sedikit kurma dan makanan arab yang lain.

Kami di Madinah selama 8 hari.Sebelum tu kami ziarah makam Baqi' yang hampir dengan masjid Nabawi.Aku juga mencarilah kotak2 dan tali nak bungkus barang yang dibeli untuk diposkan melalui pos Malaysia.Setelah segalanya selesai,kami diarahkan untuk bersiap kerana akan berangkat ke Mekah.Semua barang dan bagasi kami dikumpulkan untuk dinaikkan ke bumbung bas.Aku bersama jemaah yang lain pergi solat Asar kat Masjid Nabawi.Solat Asar tulah yang terakhir aku ketika di Madinah.Mujurlah isteriku bersama rakan sebiliknya tunggu kat hotel.Mereka tak gi solat kat masjid takut tak sempat kerana diarahkan bersiap sedia untuk bertolak.Apabila aku selesai solat Asar,aku segera kembali semula ke hotel , tapi tak naik kerana semua barang telah diturunkan.Aku terus naik bas bersama isteriku dan jemaah yang lain.

Pergerakan bas kami agak lambat kerana terlalu banyak bas2 yang lain untuk menuju ke Mekah.Kami berhenti sebentar di Bir Ali.Tapi pegawai Tabung Haji maklumkan yang kami tak boleh turun bas untuk solat di Masjid Bir Ali kerana terlalu padat jemaah.Jadi hanya berniat haji semasa di dalam bas sahaja.Seterusnya kami semua bertahmid dan bersalawat di sepanjang perjalanan menuju ke kota Mekah.

Akhirnya kami tiba di pintu masuk kota Mekah.Bas yang hendak masuk ke kota Mekah di periksa dan dipastikan yang kami ni jemaah haji berdaftar dan beragama Islam.Setelah selesai pemeriksaan,kami meneruskan perjalanan menuju ke hotel Janadriyah tempat penginapan kami.Kami diberikan bekalan makanan dan minuman oleh pihak muasasah.Juga tanda pengenalan berupa gelang getah.Walau bagaimanapun kami dah ada tanda pengenalan sendiri pemberian Tabung Haji iaitu gelang logam di tangan yang bertulis nombor kad pengenalan dan tanda jemaah Malaysia.

Ikutilah seterusnya cerita saya dalam tulisan akan datang tentang pengalaman aku dan isteri ketika di Kota Suci Mekah di lain masa.

Tuesday, March 16, 2010

Dilema GPK

Tulisan kali ini nak menceritakan tentang hati seseorang.Manusia dikurniakan hati yang unik. Sukar kita nak mentafsir atau membaca isi hati seseorang.Justeru, kita tak boleh nak menilai seseorang itu sama ada mempunyai hati yang bersih atau sebaliknya.Kita tak tahu yang tersurat dan tersirat.

Suatu hari selepas aku mengajar kelas santapan pagi,aku ke kantin untuk ikuti perkembangan darihal pertandingan bola sepak.Namun,aku terkejut bila diberitahu guru besar tak benarkan cikgu pergi ke pertandingan tersebut lebih dua orang.Aku tergamam seketika.Dalam hati kan semalam beria-ia benar guru besar bercerita tentang perancangan bola sepak untuk sekolah kepada cikgu berkenaan.Aku hanya dengar saja dari dalam bilik.Aku tak campur perbualan mereka kerana itu lebih baik bila seorang guru besar berminat tentang strategi pembangunan sukan permainan.

Lantaran itu,dalam hati begitu bergejolak nak tau apa sebab tak benarkan cikgu keluar bawa budak pergi pertandingan bola sepak.Tiba di pejabat aku diberikan satu soalan cepu emas.Apa sebab nak pergi sampai tiga orang.Agaknya mereka dah rancang awal supaya kita lepaskan mereka pergi sesuka hati mereka.Begitulah luahan hati dari guru besar.Aku hanya mendiamkan diri.Katanya sepatutnya mereka beritahu berapa orang yang perlu keluar.Lain kali kita kena prihatin akan masalah ini.Cuba tanya apa masalah mereka perlu keluar sampai tiga orang.Membazir tenaga katanya.

Aku maklumkan bilangan murid yang perlu dibawa dan cikgu sorang lagi tak ada kenderaan.Keluar masuklah guru besar kejap ke biliknya.Aku hanya tunggu aje.Sambil tu coplah borang senarai nama pemain bola sepak yang akan pergi yang diberikan oleh cikgu Sharil.Dalam keadaan serba salah terpaksalah guru besar tandatangan borang tersebut sambil berkata kalau tak beri nanti marah pulak ya.Dalam hati ya Allah lembutkanlah hati guru besar aku ni.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Aku terus ke kantin dan beri lampu hijau kerana dapat kebenaran untuk keluar.

Setelah siap semua murid berkumpul untuk diambil gambar.Kemudian aku memberikan kata semangat kepada semua pemain agar bermain bersungguh-sungguh.Hasrat awal agar dapat pasukan sekolah dapat masuk separuh akhir pun jadilah.Aku memimpin bacaan doa agar mereka semua selamat dan beroleh kejayaan.

Kenapa sukar sangat nak lepaskan cikgu keluar bawa budak pergi menyertai sesuatu pertandingan.Masa pertandingan bola jaring sebelumnya pun tiga orang guru perempuan juga keluar.Tak ada sebarang masalah pun.Aku pun tak tahu mengapa ada double standard.Atau ada yang menjadi batu penghalangnya untuk mencelarukan keadaan.Beginilah dilema yang GPK alami. Kena jadi pengantara antara dua pihak.Salah pertimbangan akan timbul pulak masalah.

Kalau dulu aku jadi guru biasa,aku direct jumpa bos berikan kata putus.Benarkan atau tidak. Kalau tak bagi, tak payah hantar pasukan.Biar bos hantar sendiri lebih selamat.Kita tak penat he..he..he...Itu dulu tapi kini kena tanggunglah tugas di batu jemala patik.

Namun begitu setiap sesuatu masalah yang timbul ada hikmahnya.Pasukan bola sepak sekolah ini menjadi naib johan.Sesuatu yang tidak dijangkakan.Tahniah kepada cikgu Giman,cikgu Badrol dan cikgu Sharil yang membimbing pasukan bola sepak sekolah ini.Semoga pada tahun hadapan kita semua dapat meneruskan momentum kejayaan sama ada bidang akademik maupun kokurikulum.

Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN

[Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."


BARISAN KESEPULUH

[Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS

[Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."


BARISAN KEDUA BELAS

[Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Amin........jadilah kita orang yang Barisan kedua belas....kesipmpulannya Barisan Nasional tak termasuk daripada 12 barisan yang telah disebutkan. Oleh yang demikian fikir-fikirkan

Monday, March 15, 2010

Kecemerlangan Sukan

Tajuknya sungguh gah didengar.Begitu bersungguh pihak tertentu menguar-uarkannya.Baik peringkat kementerian,jabatan mau pun ppd.Pihak sekolah juga begitu teruja untuk melahirkan pelajar-pelajar yang aktif dalam bidang sukan.Terdapat dua ungkapan iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan.

Di peringkat sekolah sudah tentu peranan utamanya adalah GPK Kokurikulum dan Setiausaha Sukan.Mereka inilah yang akan dipertanggungjawabkan untuk kecemerlangan sukan sekolah. Bagai nak ghak memikir,merancang dan menjadi pelaksana dalam menjayakan aktiviti sukan dan permainan di sekolah.

Perancangan yang teliti dan jadual yang diatur akan hanya menjadi dokumentasi di atas kertas saja kalau tak dipraktikkan.Bagaimana nak dilaksanakan kalau orang nombor satu di sekolah pun tak berapa minat nak melahirkan murid yang cemerlang dalam sukan.Hal ini berlaku kerana kalau peringkat PPD dan JPN pun dua kali lima aje.Mereka lebih berfokus kepada kecemerlangan akademik.

Kalau memantau sekolah aspek itu sahaja yang akan diberikan tumpuan.Mana headcount,mana fail2 akademik,mana program kecemerlangan akademik,mana kajian tindakan.Tapi jarang dipertanyakan mana murid yang berpotensi dalam sukan,yang berbakat sebagai atlit untuk diketengahkan.Apa kemudahan yang kurang dan mana peruntukan untuk meningkatkan mutu sukan.Aspek itulah yang akan ditanyakan.Perlu kemaskini dan terkini.

Bagaimana nak lahir murid yang cemerlang dalam sukan.Sukan permainan hanya sekadar nak memenuhkan aktiviti dan program sekolah.Pihak JPN dan PPD melalui unit Sukan dan Kokurikulum merancang dan mengatur jadual untuk diturunkan ke sekolah dan dilaksanakan. Tapi apa pihak sekolah boleh lakukan.Hanya sekadar ikut arahan dan buat apa yang patut dibuat.Bila ada sesuatu pertandingan barulah muridnya dilatih.Itu pun seminggu sekali iaitu hari Sabtu.Mana cukup latihan.Kalau ada inisiatif jurulatih(cikgu juga) buatlah latihan pada hari Ahad. Nak berehat pun tak dapat.Mana ada intensif.Keluar duit sendiri adalah.Dahlah tenaga dan masa dikorbankan,sampai duit kocek pun kena keluar nak beri minum murid yang buat latihan.

Ada juga yang buat semua ni bukan kerana ingin dipuji atau nak dapat cemerlang, tapi mereka buat kerana minat dan sanggup berkorban demi menaikkan imej sukan sekolah tersebut.Nak buat latihan waktu pagi pada hari sekolah dah tentu guru besar tak benarkan.Nanti ganggu p & P katanya.Tapi suruh buat latihan petang.Tak terfikirke ganggu P & P sekolah agama pulak. Sukankan bermusim.Kalau nak cemerlang perlukan latihan yang sistematik dan berterusan.Kalau sekadar nak menyertai aje lebih baik tak payah terlibat.Duduk aje kat sekolah belajarlah sepanjang masa.Cukup waktu belajar balik rumah relax puas.Kita tak payah susah2 berpanas,berpeluh2 melatih budak2.Tak payah turun padang buat garisan ke, buat gelanggang ke.

Begitulah dilema yang dihadapi oleh guru-guru di sekolah.Orang atas pandai pulak cadang itu dan ini.Kata mereka bukan semua murid cemerlang dalam akademik.Masalahnya nak lahirkan murid cemerlang dalam sukan bukannya mudah.Perlukan masa yang panjang nak mahirkan mereka dalam sukan.Sepertimana dalam UPSR kita ada program klinik jawab soalan.Tapi dalam sukan tak ada pulak klinik nak mahirkan tendang bola.Sebab tulah bila budak2 ni main kat padang terjerit2lah jurulatih mereka nak ajar itu dan ini.Suruh sepak le,kejarle,tangkap le dan macam2 lagi.

Apa boleh buat kita hanya ikut perintah.Kalau tak ikut nanti banyak masalah akan timbul. Oleh itu fikir2kan lah satu kaedah yang sistematik agar di peringkat sekolah dapat menyediakan ruang dan masa untuk meningkatkan sukan kepada murid sebagaimana yang diuar-uarkan.