Beliau sanggup hadir untuk memberikan Ceramah Motivasi kepada ibu bapa murid tahun 6.Keyakinan beliau kepada guru besar dan guru-guru sekolah ini tentang keupayaan Redong tahun ini amat tinggi berdasarkan headcount yang beliau lihat.
Kehadiran ibu bapa
juga sungguh memberangsangkan.Terutama kaum ibu.Penekanan Tuan Haji Sazali dalam ceramah beliau adalah sesungguhnya anak-anak yang dilahirkan merupakan insan yang cemerlang.Ibu bapa hendaklah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.Beliau juga menerangkan waktu-waktu yang makbul ketika berdoa seperti pada waktu hujan turun dan sebagainya.Para ibu dan bapa begitu positif dan bersemangat selepas mendengar ceramah yang diberikan.Ada juga yang bercadang agar kerap diadakan ceramah seperti ini agar dapat memberikan input yang baru kepada mereka demi kejayaan anak-anak.Selain itu, pihak sekolah dengan kerjasama unit bimbingan dan kaunseling turut menjemput Tuan Haji Rosdin Bin Mahmud untuk memberikan ceramah motivasi kepada calon-calon UPSR 2009.
Disamping itu,pihak pentadbiran juga merancang program anak angkat.Semua GPK dan guru besar mengagihkan murid-murid tahun untuk dijadikan anak angkat.Anak angkat ini dipanggil dari semasa ke semasa untuk diberikan motivasi dan menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi.Murid yang ada masalah dapat meluahkan perasaan kepada mentonya tanpa rasa takut dan malu.Berkat usaha ini menjadikan murid ini bertambah yakin dan berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya.Beberapa Fasa Klinik UPSR juga diadakan.Kerjasama guru-guru lain dalam membantu murid-murid ini memberikan impak atas kejayaan yang dicapai.Sesungguhnya keikhlasan semua guru mencurahkan ilmu tanpa rasa penat dan jemu menambahkan resepi kejayaan.
Guru mata pelajaran memainkan peranan yang amat besar dalam meningkatkan prestasi murid-murid ini.Semangat yang tinggi daripada guru dan murid menjadikan setiap perancangan dan aktiviti berjalan dengan lancar.Setiap kali selepas UPPM diadakan post mortem.Kecekapan dan kebijaksanaan guru besar dalam merencanakan analisis menambahkan keyakinan kepada guru untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan.
Ini hanyalah sebahagian kunci kejayaan.Tahun ini 2010 kita perlu meneruskan usaha dalam mengekalkan kejayaan UPSR sekolah kita.Apa yang penting, kerjasama.Bijak dalam merancang dan bekerja secara bersistematik.Mudah-mudahan segala usaha yang ikhlas akan mencapai kejayaan

No comments:
Post a Comment