SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, December 19, 2010

Cuti-Cuti Sekolah


17 Disember yang lalu setelah tamat anakku periksa STPM kami sekeluarga bergerak ke Port Dickson.Aku telah merancang bersama isteriku untuk membawa anak-anak makan angin kat sana. Kata orang kalau nak bermalam kat hotel sana kenalah buat tempahan dahulu.Maka aku pun cubalah buat tempahan melalui internet.Apabila aku cuba buat dan lihat harga yang ditawarkan tibalah saat untuk buat pengesahan.Syaratnya kena ada card credit.Tapi aku tak pernah ada benda tu maka aku pun abaikan ajelah buat tempahan.Aku kata pada isteriku kita terjah ajelah kalau ada rezeki adalah tempat untuk kita bermalam.
Saat di tunggu pun tiba,tepat jam 9.05 pagi kami pun bertolaklah dari rumah.Hari tu pulak ada berita kematian ADUN Tenang Datuk Sulaiman Taha.Habis nak buat macam mana nak ziarah pun dah tak ada masa.Sebab rancangan telah diatur untuk bertolak.Kami bertolak melalui jalan chempelak dan menuju ke Tol Tangkak.Kami sampai kat R&R Air Keroh Melaka dan berhenti untuk sarapan pagi.Kami tiba kat situ dah pukul 11.00 pagi.Makan lah nasi goreng untuk mengelakkan perut terlalu lapar.Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi iaitu Port Dickson.Kami keluar Tol Port Dickson dengan bayaran tol nya RM12.60. dan menyusur arah laluan ke sana.Terkejut juga kerana jumpa lagi laluan bertol ke PD kenalah lagi bayaran RM3.20.Bayar ajelah nak wat cam na.
Perjalanan sungguh menyelesakan kerana tiada kesesakan.Agak santai aku memandu hari tu. Nak laju tak lah juga sekitar 90 - 100 km sejam.Kami terus menuju ke Glory Beach Resort dan terus membuat tempahan bilik.Aku menyewalah apartment 3 bilik dengan bayaran RM315 dan deposit RM50.Kami pun terus menuju ke bilik yang telah ditempah dan terus berehat.Tepat jam 2.00 petang aku solat jamak Zohor dan Asar kerana tak kesempatan untuk solat jumaat hari tu maklumlah kami sedang bermusafir.
Menjelang petang pula cuaca hujan dan angin ribut.Tak dapatlah kami nak bersantai di kolam.Namun atas desakan anak kecilku untuk mandi di kolam aku layanlah juga.Di kolam renang memang ramai orang yang mandi-manda.Aku nak mandi pun rasa malaslah pulak. Hampir jam 5.30 petang barulah kami keluar dari resort untuk pergi makan malam.Aku cuba juga cari tempat di mana kami pernah pergi sebulan yang lalu.Namun tak jumpa kerana kurang yakin dengan perjalanan tersebut.Kami berhentilah makan kat kedai makan ala selera timur.
Sesudah makan kami balik lah ke resort semula.Malamnya kami hanya berehat aje kat apartmen sambil menonton televisyen.Dekat luar kedengaran suara karaoke bergema.Ada function agaknya orang yang menginap di situ.
Menjelang pagi kami sekeluarga pergi bersarapan pagi.Makanlah apa yang disajikan pada pagi itu.Aku makanlah ikut keperluan perutku.Anak-anakku makanlah dengan berselera sekali. Selepas bersarapan,aku melayanlah lagi anak lelaki ku untuk bermandian di kolam.Apabila jam 9.00 kami pun naik semula ke apartmen untuk berkemas dan check-out.Kami check-out jam 10.30 pagi kerana kami merancang untuk ke Melaka iaitu Banda Hilir.Kami menyusurlah jalan tepi pantai hinggalah ke Melaka.Sampai kat Banda Hilir jalannya memang sesak dan nak parking pun susah.Setelah beli tiket parking maka aku cari tempat letak kereta yang agak jauh sedikit kerana kawasan situ dah penuh.Kami sekeluarga berjalan kakilah menuju ke tandas awam.Jam dah pukul 1.10 tanda waktu solat zohor dah masuk.Kami pun solat zohor dan asar secara jamak takdim.Setelah itu kami meneruskan perjalanan menuju ke jeti untuk menaiki bot pelancong menyusur sungai Melaka.Wah bila tanya harga boleh tahan juga dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5.Aku ada 6 dewasa dan 1 kanak2.Kiralah sendiri berapa harga yang patut aku bayar. Dah permintaan layan ajelah dan kami merasailah perjalanan menyusuri sungai.Pada aku sendiri kali ini dah kali ke2 aku naik bot ni.
Selepas itu,kami menuju ke food court untu makan tengah hari.Selera juga makan kat situ.Ada pelbagai lauk dan sayur.Setelah makan kami berjalanlah menuju ke Bukit St Paul.Waduh,semput rasanya lepas makan nak naik tangga yang tinggi.Mengah rasa perut ni.Kepala pula dah mula rasa nak pening.Tapi ku gagahi juga untuk melayan anak-anak yang ingin pergi ke situ.
Sampai atas puncak aku berehatlah maklumlah bila dah berumur ni tak boleh kuat-kuat sangat. Lutut pun dah longgar rasanya.Selepas itu kami ke kompleks dataran pahlawan nak sejukkan badan.Setelah berehat kami pun bergerak menuju ke tempat letak kereta kerana aku dah tak tahan kepala dah mula rasa sakit.Aku dah hiraukan apa kehendak anak dan isteriku.Yang penting aku dapat memandu kereta bergerak pulang dengan selamat.Kami tak berhenti kat mana-mana untuk berehat.Aku terus saja memandu hingga sampai ke rumah.Kami sampai kat rumah jam 6.30 petang.Aku terus mandi dan berehat untuk hilangkan sakit kepala.Tapi tak juga kebah.Selepas solat maghrib aku makanlah pil sakit migrain aku dan terus tidur.Lama juga aku tertidur hingga jam 10.30 barulah terjaga kerana belum solat isyak lagi.Selepas solat isyak aku baring semula.Tapi isteri berasa lapar lah pulak.Kenalah layan isteri dan anak-anak keluar cari makanan.Aku makanlah roti canai dan air teh panas.Selepas itu kami pun balik ke rumah.Aku membersihkan diri dan terus masuk tidur.

Thursday, December 9, 2010

SERONOK ATAU KECEWA

Seronok bermaksud terlalu gembira.Seronok dapat wang yang banyak.Seronok dapat menjadi juara.Seronok memenangi sesuatu acara atau pertandingan.Seronok mendapat makwe.Seronok mendapat pakwe.Seronok apabila memperoleh sesuatu benda yang diidam-idamkan.Seronok apabila berpeluang pergi melancong.Seronok apabila diberikan pangkat dan harta.Seronok apabila menjadi kaya atau jutawan.Pendek kata hati berasa seronok apabila menerima sesuatu anugerah atau pemberian daripada seseorang.Begitulah hati kita,jiwa kita akan berasa seronok,gembira tak terkata,tak boleh nak diucapkan dengan kata-kata.Muka berseri-seri,bercahaya dan ceria.
Bagi pelajar pula akan berasa seronok apabila mendapat keputusan yang memberangsangkan atau berjaya dalam sesuatu ujian dan peperiksaan.Para remaja akan berasa seronok apabila keinginan dan kehendak di jiwa dipenuhi.Rasa seronok apabila dapat berdua-duaan selalu.Rasa seronok apabila jiwa telah dicintai dan mencintai.Rasa seronok apabila mendapat lesen memandu.Rasa seronok apabila pasangan cinta direstui ibu dan bapa.Rasa seronok apabila memperoleh wang yang banyak dan boleh bergembira dengan kawan-kawan di mana sahaja. Rasa seronok apabila diri berasa telah bebas dari belenggu kesusahan dan kemiskinan.
Wah,panjang pulak cerita tentang seronok ni.Perkataan yang hanya mempunyai tiga suku kata menjadikan seseorang itu tersangatlah ceria dan gembira.Tapi lawan perkataan seronok pulak kecewa.Satu perkataan yang sangat tidak digemari oleh sesiapapun. Siapa yang hendakkan kecewa dalam profesyen yang sedang dinikmati.Siapa yang hendakkan kecewa apabila ketika sedang seronok menikmati sesuatu tiba-tiba ianya lenyap sekelip mata.
Sebab itulah sebagai manusia kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan apa yang sedang kita nikmati.Tak kiralah walau sedikit yang kita dapat kita semestinya bersyukur kerana ada orang lain yang lebih teruk penderitaan daripada kita.Justeru,setiap sesuatu yang hendak lakukan terlebih dahulu kita hendak mempunyai niat hanya untuk mencari keredhaan Allah.Bukan mencari keredhaan manusia.

Wednesday, December 8, 2010

Bukan senang nak senang

Dah lama tak menulis.Tak tau apa nak ditulis.Tak ada isu nak diberikan pandangan.Bila dah cuti sekolah ni terasa bosan juga duduk kat rumah.Kadang-kadang bila dah ujung tahun ni musim hujan.Nak gi jalan pun terasa malas lah pulak.Kalau ada jemputan kahwin pun tak banyak yang dapat jemputan.Tapi tak apa juga kalau banyak jemputan tak larat nak pulak nak tunaikannya.
Anak-anak pula ada yang pergi tusyen.Jadi kenalah hantar dia orang pergi tusyen.Dua orang pulak tu.Yang sorang nak ambil PMR dan seorang lagi baru darjah 5.Dua lagi tu tengah periksa SPM dan STPM.Justeru,segala program masa cuti untuk pergi melancong tak dapat dilaksanakan. Nantilah bila semua dah selesai barulah dirancangkan hal ini.Ada masa terluang tu pergi jugalah jengah sekolah.Buatlah apa yang patut untuk merancang program persekolah tahun depan. Berlegar lah kepala ni nak fikir nak letak nama siapa untuk pegang jawatan dalam setiap program sekolah.Dah lah tu di samping buat sendiri punya unit terpaksa juga tengok2kan yang kawan yang lain buat. Nak kena edit diorang punya.Banyak kesalahan ejaan dan nama yang tak sesuai untuk sesuatu jawatan.Nanti anak buah tak puas hati pulak.Bahkan guru besar pun tak berapa suka. Ye lah bukan senang nak puas kan hati orang.Walau pun kita ni pentadbir tapi hati anak buah perlu juga dijaga.Sesungguhnya kejayaan sesebuah sekolah adalah hasil daripada kerjasama semua pihak.Jangan ada yang rasa tak puas hati dengan tugas yang diberi ataupun terlalu banyak jawatan yang diberi kepada seseorang.Biarlah sesuatu jawatan tu sesuai dengan kemahiran atau pengetahuan yang sedia ada pada diri individu tersebut. Kalau nak merancang tu bukan boleh dibuat secara sembrono aje. Tak boleh copy past aje macam tahun2 sebelumnya.Ya kita pasti boleh lakukan dengan yang terbaik.Itu lah harapan.

Saturday, December 4, 2010

arusperjuangan: Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam

arusperjuangan: Dr Asri: Ketuanan Melayu sanggah Islam: "Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi..."

Thursday, November 25, 2010

Pengalaman baru

25 November 2010 jam 3.00 petang aku membawa anak lelaki ku ke klinik keluarga untuk berkhatan.Aku ingat doktor lelaki yang menyunatkannya.Rupa-rupanya doktor wanita.Nak wat camna terima aje lah maklumlah dia doktor.Setelah nama dipanggil aku pun bawalah anak ku ke bilik untuk persediaan menyunat.Seorang pembantu wanita bertugas menyediakan peralatan berkhatan sementara menunggu doktor memulakan tugasnya.
Tidak lama kemudian doktor pun datang dan terus memulakan proses menginjet untuk membius zakarnya.Kedengaran suara anak ku menjerit tapi tak lah kuat sangat kerana dicucuk.Aku tak berapa berani nak memerhatikan kerja menyunat yang dilakukan oleh doktor itu.Aku cuba juga bertanya atau bersembang dengan doktor tapi tak ada respon.Begitu serius sekali dia menjalankan kerjanya.Setelah selesai aku pun keluarlah dan mengambil ubat.Kemudian barulah balik ke rumah. Sampai di rumah anak ku diberikan ubat penahan sakit dan lain-lain.Tidak lama kemudian dia menangis sekuat-kuat hati kerana baru terasa kesakitan dan pedih.Aku biarkan ajelah nak buat macam mana.Sabar ajelah dengan kerenahnya yang manja tu.
Emaknya mengambil dua buah kerusi dan kayu ampai untuk buat tali gantung pada kainnya agar tak kena anunya.Kalau kena dia mengaduh kesakitan.Disebabkan lama juga dia menangis dan meraung kesakitan diberikan lagi ubat yang dibekalkan oleh klinik tadi.Kemudian barulah dia diam sambil menonton perlawanan hoki antara malaysia dengan pakistan.
Aku dan isteri pergi hantar sedikit bubur merah putih ke rumah cikgu tusyen dan saudara yang terdekat.
Menjelang maghrib barulah balik ke rumah dan dilihat anak ku tadi sudah terlena tidur keletihan.Biarlah dia merasakan kesakitan kerana inilah pengalaman untuk seorang yang bergelar lelaki.

Monday, November 22, 2010

Luahan Rasa Hati 2

Di saat rakan-rakan ku gembira kerana telah mendapat surat pertukaran alangkah gembiranya mereka.Mereka diraikan dengan penuh rasa hormat dan disayangi.Majlis diadakan walaupun sederhana.Namun di hati mereka rasa terharu dan sedih untuk meninggalkan tempat bekerja yang telah lama mereka nikmati dan mencurahkan bakti.
Pelbagai hadiah diberi untuk mereka walau hanya baru setahun dua berbakti.Rasa kasih sayang dan penghormatan yang diberi menunjukkan betapa akrabnya persahabatan antara rakan sekerja. Tambahan pula penglibatan semua rakan memberikan sokongan dan motivasi untuk mereka meneruskan perjuangan di tempat baru.
Di saat itu hati ku berdetik dan sedih mengenangkan nasib diriku.Ketika aku bertukar sekolah dahulu kerana aku dinaikkan pangkat.Perasaan gembira tu ada.Maklumlah aku dah berjanji pada diriku aku akan bertukar sekolah sekiranya aku dinaikkan pangkat.Doa ku termakbul sudah. Lantaran selepas pulang dari menunaikan fardhu haji doaku dimakbulkan.Aku menerima jawatan sebagai GPK Kokurikulum di sekolah LKTP Redong.
Aku terus melaporkan diri di sekolah itu.Aku terus sahaja ke sekolah itu pada hari pertama persekolahan tahun 2009. Hampir seminggu persekolahan berlalu,aku tak kisahkan tentang apa yang patut dilakukan oleh sekolah lamaku tentang perpindahan aku.Aku rasa tawar hati kerana cara mereka melayani aku yang telah berkhidmat di sekolah itu hampir 20 tahun lamanya.
Hinggalah satu hari aku di hubungi dengan panggilan telefon meminta aku hadir ke satu majlis meraikan perpindahan aku.
Majlis dinyatakan jam 12.30 tengah hari.Aku datang sebelum waktunya iaitu kira-kira 12.15. Ketika sampai tiada siapa yang aku lihat.Aku terus ke bilik guru untuk mengambil barangan aku yang masih ada seperti fail peribadi ku dan beberapa dokumen.Kemudian aku bertanya rakan ku bila majlis hendak dimulakan.Nampaknya terpaksalah aku menunggu hingga jam 1.3o petang.
Pengacara memulakan majlis dengan bacaan doa.Kemudian dipersilakan menjamu selera.Semua rakan-rakan meluru ke meja makan dengan mengambil makanan masing-masing secara layan diri.Aku hanya berdiam diri.Aku ni tetamu takkan lah nak ambil makanan macam mereka.Aku dijemput untuk hadir.Perasan di hati begitu sebak dengan tingkah laku rakan-rakan yang makan macam orang yang sudah seminggu tak makan.Aku seperti orang asing.Mujurlah isteriku mengambil makanan untuk aku.Kalau ikut rasa hati aku ingin pergi dari situ untuk pulang.Betapa hancur perasaan di hati ini.Majlis meraikan aku begini cara yang mereka lakukan. Aku tak mengharap majlis ini begitu grand.Tapi rasa hormat rakan pada ku tak seperti yang aku harapkan.Begini lah nasib diriku.Aku terima lah dengan redha.Mudah-mudahan ada hikmah di sebaliknya.

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010



Pagi tadi tepat jam 11.00,bermulalah satu majlis mengumumkan keputusan UPSR 2010.Bermula dengan bacaan doa yang aku sendiri bacakan agar majlis diberkati.Kemudian ucapan dari GPK 1 yang menyampaikan peratusan dan bilangan calon yang mencapai 5 A.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan guru besar yang menyatakan rasa syukur beliau atas kecemerlangan UPSR sekolah ini.Beliau menginginkan pada tahun hadapan agar daripada 11 calon yang berjaya tahun ini akan ditingkatkan kepada 12 orang untuk tahun depan.
Ucapan seterusnya daripada pengurus felda redong En Ali Bin Osman.Beliau berasa begitu gembira atas kecemerlangan ini.
Kemudian pengacara meminta cikgu Norhanizan membacakan keputusan untuk kelas 6 Bersih dan slip keputusan disampaikan oleh Pengurus Felda.Ibu bapa yang hadir mengiringi anak untuk menerima slip keputusan UPSR.Suasana yang ceria dan gembira dengan deraian air mata daripada calon-calon yang kurang berjaya.Apakan daya hanya itu sahajalah yang mampu diusahakan. Kenalah redha atas keputusan yang telah dikeluarkan.
Setelah tamat untuk 6 Bersih,cikgu Noralazmi pula membacakan keputusan untuk kelas 6 Amanah.Beliau menggantikan cikgu Mohd Giman guru kelas 6 Amanah kerana pergi kursus. Keputusan dibacakan untuk murid yang mencapai kejayaan dari 4 A ke bawah.
Seterusnya cikgu Shamsul membacakan keputusan murid yang mencapai 5 A.Begitu terharu dan sayunya wajah2 mereka dengan linangan air mata tanda gembira dan perasaan sebak serta rasa bersyukur pada wajah mereka yang telah berjaya.Begitu juga dengan para ibu dan bapa yang turut bergembira atas kejayaan anak-anak mereka.
Inilah saat yang menggembirakan di hati para guru.Rasa puas atas usaha yang dilakukan selama 8 bulan yang lalu.Sesungguhnya inilah hadiah yang paling besar iaitu kejayaan anak-anak didik dalam mencapai keputusan 5A dalam UPSR mereka.Harapan para guru agar anak didik mereka bukan sahaja berjaya dalam akademik bahkan berjaya dalam menjaga sahsiah mereka demi masa hadapan mereka.

Sunday, November 7, 2010

Trip ke Kelantan dan Terengganu

4 November 2010 jam 9.30 malam rombongan kami dari SK LKTP Redong mula bergerak menuju ke destinasi di Kelantan iaitu Rantau Panjang.Perjalanan malam yang hening menenangkan fikiran kami semua.Masing-masing begitu terkesima dengan perjalanan ini.
Kami berhenti minum di R & R Muadzam untuk menghilangkan rasa letih dan penat dalam perjalanan ini.Kemudian kami mulalah bergerak semula setelah tekak dibasahi dan perut diisi dengan sedikit makanan.
Sesekali singgah di stesen minyak untuk membuang hajat maklum dalam suasana malam yang sejuk memudahkan segala toksid dalam badan untuk dialirkan keluar.Kalau dibiarkan akan mencengkam rasa tak selesa dan boleh membawa penyakit.
Sesekali tertidur juga aku dalam perjalanan itu.Kami singgah di sebuah masjid selepas melalui Felda Chalok.Tepat jam 5.30 pagi kami singgah untuk solat Subuh.Aku mandi di pagi itu.Kalau tak mandi rasa tak selesa pulak nanti maklumlah kalau nak ke tempat penginapan dah petang.
Kami dimaklumkan keadaan di Rantau Panjang boleh pergi kerana keadaan banjir dah surut.Kami bersyukur kerana perjalanan kami direstui Allah dan sampai di Rantau Panjang jam menunjukkan pukul 8.00.Kedai-kedai baru nak mula beroperasi.Kami singgah dahulu di sebuah kedai makan untuk bersarapan pagi.
Setelah bersarapan kami mulalah bergerak di sekitar pekan ini sambil membeli-belah apa saja keperluan dan barang yang diinginkan.Suasana di sana mengingatkan aku ketika berada di Johor Bahru.Kawasan pasar yang luas dengan gerai-gerai yang banyak.Di JB suasana itu telah bertukar,tapi di Kelantan ni masih lagi cara lama.Aku belilah sedikit barang yang diminta oleh anak-anakku.Ada yang hendak patung mainan,baju dan sebagainya.Layan ajelah kehendak anak-anak ni.Dah gi jalan jauh belilah barang untuk kenangan mereka.
Selepas membeli belah,jam 1.00 tengah hari kami bertolak ke Kota Bharu.Lebih kurang setengah jam perjalanan kami pun sampai.Orang ramai telah mula keluar dari Masjid setelah selesai solat Jumaat.Kami ni musafir tak wajiblah untuk solat Jumaat.Kami pun pergilah ke masjid Al Muhammadi untuk solat Zohor dan Asar secara Jamak Takdim.Aku memimpin rakan-rakan guru dan murid-murid untuk solat ini.
Selepas solat selesai,aku menghampiri sebuah gerai menjual pakaian untuk solat.Aku belilah sehelai baju yang aku rasa menarik dan sesuai untuk aku pakai ketika bersolat.Tanpa tawar aku belilah sehelai dengan harga RM33.00.Setelah isteri dan 2 anak perempuan ku selesai solat kami semua pergilah ke Pasar Khatijah.Di sana kami menuju ke gerai makan untuk makan tengah hari. Aku memesan makanan nasi putih dan lauk serta sayur untuk kami makan sekeluarga. Manakala murid yang lain makan mengikut selera masing-masing.Selepas selesai makan kami berjalanlah di sekita pasar Khatijah melihat barangan jualan yang ada di situ.Aku tak beli apa-apa kat situ.
Kemudian kami berkumpullah untuk perjalanan ke Kuala Terengganu.Perjalanan bermula jam 3.30 petang dan kami sampai di Kuala Terengganu jam 7.00 malam.Kami berhenti di rumah penginapan Kak Dah.Setelah selesai mengagihkan kedudukan bilik masing-masing,kami semua bersiaplah diri untuk solat Maghrib dan Isyak secara Jamak Qasar.Setelah semuanya selesai,kami pun pergilah makan malam di sebuah gerai makan yang dicadangkan oleh tuan punya rumah tumpangan tersebut.Boleh tahan juga masakan makanan yang disediakan.Setelah itu aku sekeluarga pergilah merayau nak cari kain songket untuk samping.Pergilah singgah kat sebuah kedai tu.Masuklah kami sekeluarga sambil tengok banyak kain songket yang dipamerkan.Bertanyalah aku kepada yang empunya kedai tentang harga sehelai kain songket yang aku tunjukkan.Waduh mahalnya.Pada tanda harga dah RM550.Bila ditanya dia berikan harga RM350.Garu kepala juga.tapi isteri aku berminat pula dengan corak songket pada kain yang aku tunjukkan.Tuan kedai berilah contoh kain songket yang murah anggaran RM150.tapi kurang menarik perhatian isteriku.Ok lah katanya hari dah malam saya beri harga RM250.Aku apa lagi setuju ajelah.Maka dibayar ajelah isteri aku kepada tuan punya kedai itu.
Dalam perjalan menuju ke rumah tumpangan, kelihatan semua ahli rombongan sudah berada di dalam bas.Kami anak beranak berlarilah taku kena tinggal nanti.Rupa-rupanya mereka sedang menunggu kami untuk bersiar di Dataran Shahbandar.
Tiba di Dataran Shah bandar,kami bersantailah menikmati suasana pantai laut China Selatan yang berombak.Kami bergambarlah anak-beranak sambil menikmati keindahan alam pada malam itu.Selepas itu kami semua balik semula ke rumah tumpangan.Aku kepenatan dan terus tidur tanpa menghiraukan suasana ketika itu.
Jam 5.00 pagi barulah sedar dan terus mandi serta bersiap untuk solat subuh.Kami berjemaah untuk solat subuh.Sementara menunggu hari siang aku baring sebentar sambil merehatkan badan.Jam 7.00 pagi aku sekeluarga keluar sebentar mencari sarapan pagi.Adalah disebelah rumah tumpangan tu ada gerai makan.Wah apa lagi aku memesan teh panas dan nasi lemak.Isteri ku ambilkan sedikit kuih yang ada untuk di makan.Selepas sarapan naik semula ke rumah tumpangan untuk berkemas kerana jam 8.00 pagi kami semua akan bertolak ke rumah Mertua cikgu Rahmawati untuk sarapan nasi dagang.
Tunggu punya tunggu jam 9.00 barulah mula bergerak.Kami sampai di rumah tersebut dan di sambut oleh keluarga Mertu cikgu Rahmawati.Ucapan diberikan oleh bapa mertuanya dan aku kenalah balas balik ucapan tanda terima kasih kerana sudi menerima rombongan ini ke rumah beliau.Begitu berselera sekali yang hadir menikmati juadah nasi dagang dan pelbagai makanan lagi.Makanan yang tak habis di makan di bungkus untuk bekalan ketika dalam perjalanan.
Selepas bersalaman kami mula bergerak menuju ke Muzium Negeri.Kami sampai jam 10.00 pagi.Ada pameran haiwan berbisa diadakan di situ.Penat juga aku berjalanan di sekitar muzium yang luas itu.Jam 11.30 kami bergerak ke Pusat Tamadun Islam.Di sana ada yang masuk ke muzium monumen masjid.Aku tak masuk.Kalau masuk tak larat nak jalan.Aku bergerak ke Masjid Kristal melihat keunikannya.Aku bersolat sunat di dalamnya dan juga mengambil gambar untuk kenangan.
Kemudian kami singgah sekejap di Losong untuk beli keropok.Aku belilah keropok yang dah digoreng untuk dimakan.Kami tak beli keropok lekor basah kerana kami semua dah buat tempahan di tempat lain yang lebih sedap.
Selepas itu kami bergerak ke Pasar Besar Payang.Tiba di sana aku sekeluarga menuju ke masjid untuk solat Zohor dan Asar Jamak Qasar.Kemudian barulah pergi ke pasar payang.Kami makan tengah hari di sana.Kemudian berjalan di sekitarnya tapi tak beli apa-apa kerana barangannya hampir sama.
Jam 4.00 petang barulah bergerak ke Seberang Takir untuk ambil keropok yang telah ditempah.Tiba di sana memang ramai orang yang sedang menunggu giliran untuk membeli keropok.Masing-masing kena ambil nombor nak buat tempahan.Mujur kami semua telah menempah sehari sebelumnya.Kalau tidak sampai ke malamlah menunggunya.
Setelah keropok yang dibeli diagih-agihkan sesama kami yang menempah,kami meneruskan perjalanan balik ke Segamat.Memang terasa jauhnya perjalanan kami.Kami tiba di Kemaman dan berhenti untuk solat Maghrib dan Isyak Jamak Qasar.Kemudian aku sekeluarga makan di gerai makanan yang ada.Aku hanya pesan roti bakar dan air radix aje.Makan waktu malam kena kurangkan nanti perut boroi.Nak jaga kesihatan maklumlah dah berumur.
Setelah itu kami meneruskan perjalanan balik ke Redong.Singgah sebentar di Stesen Petronas Muadzam untuk membuang hajat kecil.Kami meneruskan perjalanan tanpa henti hinggalah ke Felda Redong dan sampai pada pukul 2.20 pagi.Aku sekeluarga tiba di rumah hampir jam 3.00 pagi.Setelah membersihkan diri lalu terus tidur.Terasa begitu letih dan penat.Kaki terasa kejang dan mata begitu mengantuk.Setelah solat subuh maka tidur diteruskan lagi.Hingga jam 11.00 pagi barulah bangun kerana perut dah menyanyi.Mujurlah dua anak dara aku dah bangun dan menyiapkan sarapan.Keropok lekor dah digorengnya,pakaian dah dibasuh dan diampaikan. Sejuk rasa hati melihat anak-anakku begitu.Bersyukur kepada Allah atas semuanya ini.

Saturday, October 23, 2010

Di penghujung tahun persekolahan

Hanya tinggal hampir sebulan lagi sekolah akan mula bercuti.Banyak program yang dirancang telah dilaksanakan.Untuk program kokurikulum ada lagi dua iaitu Karnival Sukan Rakyat dan Hari Apresiasi.Kertas kerja telah pun disiapkan dan taklimat untuk sukan rakyat telah pun dijalankan.

Hanya menunggu harinya sahaja hendak dilaksanakan.Sukan Rakyat dijangka berlangsung pada 3 November 2010.Ianya melibatkan murid dari tahun satu hingga enam.Pra sekolah juga dilibatkan sekali untuk memeriahkan hari tersebut.Dalam kesibukan guru menanda kertas peperiksaa akhir tahun aktiviti ini juga perlu dijalankan bagi menarik minat murid untuk datang ke sekolah.Maklumlah sudah menjadi budaya pulak kalau lepas periksa ada murid yang telah mula tidak datang ke sekolah.Katanya dah periksa dah tak belajar lagi.Tapi untuk mengatasi masalah ini maka pihak sekolah kenalah membuat program bagi merangsang murid untuk terus berada di sekolah.

Hari Apresiasi pula adalah hari penghargaan kepada murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.Setelah semua keputusan akhir tahun diterima,maka akan lahirlah pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.Mereka akan diberikan penghargaan kerana kecemerlangan mereka dalam pelajaran.Ibu bapa akan dijemput hadir menyaksikan anak-anak mereka menerima anugerah mengikut kategori masing-masing.

Disamping majlis anugerah diadakan juga persembahan daripada murid-murid.Guru-guru yang diberikan tugas mengendalikan persembahan mencungkil bakat-bakat murid untuk diketengahkan dan mempersembahkan bakat mereka kepada para hadirin yang hadir pada hari tersebut.Antara persembahan yang mungkin akan diadakan adalah koir,nasyid,lakonan,tarian dan sebagainya.Beginilah tugasan cikgu di sekolah yang sentiasa memikirkan bagaimana untuk melahirkan generasi yang cemerlang.

Kerjasama antara sesama guru dan pentadbiran amat penting bagi memupuk dan meningkatkan kualiti kecemerlangan sesebuah sekolah.Kebolehan dan bakat guru juga memainkan peranan dalam mewujudkan budaya cemerlang di sesebuah sekolah.Kebanyakan sekolah yang cemerlang sudah pasti ada gurunya yang cemerlang yang memainkan peranan utama dalam membangun potensi murid.

Kini akan tibalah penghujung persekolahan.Pihak pentadbiran terutamanya GPK telah mula memikir dan merancangkan program untuk tahun hadapan.Segala kekurangan dan kelemahan pada tahun ini akan cuba diperbaiki.Yang telah cemerlang perlu dimantapkan lagi.Perancangan perlu diatur dengan teliti mengikut takwim yang ditetapkan.Yang jadi masalahnya hendak meletakkan tugasan seseorang guru.Kalau kita dah mengenalinya lebih awal tak timbul masalah.Tapi yang jadi masalahnya cikgu yang bertukar.Kita tak kenal pasti siapa yang akan bertukar dan siapa pula yang akan menggantikannya.Bila dah ada yang masuk kita kenalah mempastikan apa kebolehan mereka dan bidang apa yang menjadi kekuatan dalam program yang akan kita rancangkan. Maka sebab itulah segala perancangan akan sentiasa berubah dan perlu ada plan A,plan B dan seterusnya.Inilah yang menjadi dilema kepada pihak pentadbiran sekolah dalam menyediakan takwim untuk tahun berikutnya.

Wednesday, October 13, 2010

Musim Haji tiba lagi

Terbayang ketika aku bersama isteri menunaikan haji pada tahun 2008 yang lalu,Masih terbayang di saat aku ingin berlepas ke sana.Aku hanya mengambil cuti 2 hari sebelum berlepas.Tujuan cuti sekadar untuk mempersiapkan diri dan berkemas sebelum berangkat.Sehari sebelum berlepas,aku ke sekolah untuk melihat keputusan UPSR anakku Siti Sarah.Walaupun dah diberikan petunjuk bahawa anakku itu mendapat 5 A namun perlukan kepastian juga.

Di saat guru besar mengumumkan seorang demi seorang tentang keputusan periksa hati ini hanya tenang sahaja menunggu giliran anakku mengambil slip keputusan.Apabila disebut nama anakku maka pergilah anakku mengambil slip keputusan tersebut.Dan apabila berpaling dia dengan linangan air mata menyatakan telah mendapat 5A dan hanya dia seorang sahaja wakil dari sekolah tersebut yang mendapat keputusan 5A.Alangkah bersyukurnya hati aku lalu mengambil slip tersebut dan memeluk anakku termasuk isteriku.

Selepas itu aku berurusan dengan guru besar tentang proses seterusnya dan mendapatkan tandatangan daripadanya.Kemudian kami baliklah ke rumah untuk solat zohor dan seterusnya pergi ke Segamat untuk ke Pejabat MARA mengambil borang MRSM.Petangnya kami isilah borang itu selengkapnya dan memasukkan salinan-salinan yang diperlukan.Menjelang jam 6.00 petang setelah semua bagasi haji di masukkan ke dalam kereta,kami sekeluarga pun bergeraklah ke Johor Bahru rumah adik ku di Pulai Jaya.Kami bermalam di sana dan berehat sebelum berlepas ke lapangan terbang Senai esok harinya.

Malamnya kami dikunjungi kakak ipar dan ibu mertua bagi mengucapkan selamat berangkat kepada kami menunaikan ibadah haji.Hampir jam 1.00 pagi barulah mata ini dapat dilelapkan. Esok pagi selepas solat subuh kami bersarapan yang disediakan oleh adikku.Setelah berbincang kami bertolak sebelum Jumaat.Kami singgah solat Jumaat di Masjid Senai.Abang Majis tiba dari Segamat tepat waktunya dan kami sama-sama menunaikan solat Jumaat di masjid yang sama. Selesai solat Jumaat aku terus solat Asar secara jamak qasar.

Seterusnya,kami semua terus ke airport Senai.Kelihatan begitu banyak kenderaan yang ada di situ semata-mata kerana menghantar saudara-mara menunaikan ibadah haji.Aku diiringi abang ku untuk mendaftar diri.Setelah itu aku dan isteri diberikan beg cenderahati yang pelbagai sumbangan syarikat TM.Sepatutnya selepas itu aku kenalah naik ke tempat menunggu namun atas nasihat abangku kami tunggulah berkumpul di luar sambil bertemu anak2 ku dan adik beradikku yang menghantar.Lama juga lah aku duduk di luar.Setelah hampir jam 4.00 barulah kami masuk ke air port.Ada juga kalangan yang menunggu mengalirkan air mata.Namun aku hanya bersahaja aje dan mengharapkan doa untuk keselamatan kami.Semua anak ku ku peluk tanda kasih sayang dan menasihatkan mereka menjaga diri dan adik beradik sepanjang kami berada di sana nanti.

Begitulah saat yang menggembirakan aku kerana selama ini tak terfikir pun bahawa aku begitu cepat untuk menunaikan fardhu haji.Kalau orang tua aku dulu dah berumur baru dapat pergi.Tapi aku baru menjangkau 48 tahun dah diterima Allah sebagai tetamunya di sana.

Kelebihan Rehlah

Rehlah merupakan aktiviti berkelah atau berkhemah.Ianya dilakukan secara kumpulan atau sendirian.Kebanyakan rehlah dilakukan secara berkumpulan sama ada kecil atau pun besar.Jika dilakukan secara kumpulan besar,perlulah mendapatkan persetujuan pelbagai pihak.Perlu ada jawatankuasa dan penyelarasnya.

Kita juga perlu mengatur strategi iaitu sebelum,semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Perancangan awal perlu dilakukan seperti menentukan tarikh,tempat,kewangan,mewujudkan ahli jawatankuasa pelaksana dan pihak yang perlu dihubungi untuk menjalankan aktiviti ini. Setelah dipersetujui barulah program ini dibentangkan kepada yang berkenaan.Kalau pihak sekolah yang menganjurkan perlu menulis surat kebenaran kepada guru besar.Setelah dibincangkan dari segi kewangan,keselamatan,persetujuan pihak PIBG dan ibu bapa barulah surat pemberitahuan diedarkan kepada murid yang ingin menyertainya.Ini semua dilakukan lebih awal bagi mengumpul maklumat dan data murid agar mereka bersedia dari segi kewangan, mental dan fizikal.

Taklimat awal perlu dilakukan kepada peserta sebelum memulakan aktiviti.Peserta perlu mengetahui maklumat seperti tarikh,tempat dan kos sebelum bersetuju menyertai program ini. Surat kebenaran ibu bapa perlu diisi oleh murid-murid dan ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.Sekiranya tidak dibenarkan maka murid ini tidak dibenarkan menyertai program ini. Ada juga murid yang menipu tandatangan ibu bapa kerana mereka tahu kalau minta izin ada ibu bapa yang tidak setuju penglibatan anak mereka dalam aktiviti yang dijalankan.Hal ini akan menyusahkan penganjur atau guru yang memimpin program ini.Kalau tidak berlaku apa-apa maka terlepaslah segala masalah tapi kalau berlaku sesuatu yang buruk banyak masalah akan timbul.

Jika aktiviti ini dijalankan di luar sekolah seperti di kawasan hutan,gunung atau pantai maka banyak keperluan dan syarat perlu dilakukan.Antaranya mendapatkan kebenaran dari premis berkenaan,pihak polis atau pihak keselamatan kawasan berkenaan.Perlu diberitahu tentang tarikh,jumlah peserta,tempoh masa dan senarai peserta dan mereka yang terlibat dalam program berkenaan.

Komitmen ahli jawatankuasa juga perlu tinggi.Tak boleh seperti melepaskan batuk di tangga. Perlu berada di tempat tersebut sepanjang masa.Sentiasa siap siaga dan berkorban masa demi menjayakan perkhemahan tersebut. Kita tidak boleh tinggalkan program tanpa pengganti yang lain untuk mengendalikan aktiviti.Tanggungjawab untuk melakukan program ini amat besar dan mencabar.Kadang-kadang peserta cuai atau sengaja melanggar disiplin menyebabkan program terganggu.

Kerjasama sepasukan perlulah jitu.Tidak boleh buat kerja terlalu berkira.Kita kena sentiasa membantu antara satu sama lain.Buah fikiran dan idea sentiasa diperlukan untuk memudahkan perjalanan sesuatu aktiviti.Kalau ada masalah,perlu diselesaikan dengan segera agar tidak berlanjutan.

Ini sedikit sebanyak panduan yang perlu ada jika kita ingin menganjurkan sesuatu program seperti perkhemahan atau rehlah.Terutama ketika membawa murid-murid sekolah rendah. Kita perlu bersatu tenaga dan fikiran ke arah yang lebih positif dan pro aktif dalam melahirkan generasi yang cemerlang.

Sunday, October 10, 2010

Perkhemahan di Teluk Gorek

8 Oktober 2010 satu aktiviti kokurikulum dijalankan iaitu Perkhemahan Badan Beruniform.Kali ini kami membawa seramai 83 murid tahun 6 dan tahun 5 menyertainya.Kami bertolak ke sana jam 9.00 pagi.Ramai kalangan ibu bapa / penjaga yang turut sama menghantar dan mendoakan perjalanan kami agar selamat.

Aku dan Shamsul bertolak jam 10.00 pagi.Kami melalui jalan Segamat - Muadzam - Rompin dan Endau.Manakala 2 buah bas melalui jalan Kluang - Mersing.Aku berhenti sebentar di Rompin untuk makan tengah hari.Ketika itu jam sudah menunjukkan hampir 12.00 tengah hari.Selepas makan kami meneruskan perjalanan.Sampai di Pekan Endau jam di tangan menunjukkan sudah pukul 1.00 petang.

Dari situ perjalanan kami semakin hampir ke destinasinya.Kami tiba di Teluk Gorek jam 1.30 petang.Kami terus melaporkan diri di Pejabat Urusan Teluk Gorek.Kami disajikan air dan kuih raya.Aku terus ke surau untuk solat jamak qasar zohor dan asar.Kerana tak kesempatan singgah di masjid untuk solat Jumaat.Tidak lama kemudian 2 buah bas yang membawa murid-murid pun tiba.Masing-masing begitu teruja apabila laut dan pantai yang luas terbentang.

Setelah semua barang diturunkan daripada bas,semua murid diberikan taklimat.Mereka diarahkan ke surau untuk menunaikan solat jamak qasar zohor dan asar.Selepas itu,mereka semua diarahkan mendirikan khemah masing-masing.Aku membantulah mana-mana murid yang perlukan bantuan mendirikan khemah.

Setelah semua selesai,murid-murid diminta memasukkan beg pakaian ke dalam khemah. Kemudian mereka dibenarkan berehat hinggalah ke petang.Mereka diberikan minuman petang dan makan biskut yang dibawa.Ada juga yang menghabiskan bekalan makanan tengah hari yang dibawa.

Jam 6.15 petang semua murid mandi dan bersiap diri untuk solat maghrib dan isyak secara jamak qasar.Solat itu aku yang memimpinnya.Kemudian,kami tidak dapat mengadakan bacaan yassin kerana terdapat kumpulan lain yang berkhemah bersama kami ketika itu yang menggunakan surau yang sama.Antara kumpulan yang ada seperti SM Islam Hidayah dan UKM.Semua murid diarahkan balik ke khemah sementara menunggu waktu makan.Makan malam telah kami tempah dengan pihak pengurusan Teluk Gorek.Jam 7.30 kami semua mulalah makan malam.Murid-murid begitu santai dan banyak berehat hinggalah jam 9.00 malam.

Aktiviti malam itu adalah dinamika games. 4 jenis permainan dijalankan seperti Human Knot,spider web,dan lain-lain lagi.Semua murid mesti menjalani ke empat2 jenis permainan tersebut untuk menguji dan melihat kerjasama mereka dalam kumpulan.Selepas itu mereka minum malam dan tidur.

Malam itu aku tidur jam 11.00 di calet bersama cikgu burn.Cikgu yang lain tidur di khemah dan aku dah hiraukan mereka lagi kerana aku dah mengantuk.Tidurlah aku dalan chalet yang berhawa dingin.Masuk ke pagi aku dah kesejukan,kain selimut dah ditarik kawan sebelah.Aku bangun buang air,dan ambil baju sejuk lalu memakainya.Barulah rasa lega dan boleh tidur semula.Keesokan pagi selepas solat subuh aku bersama yang lain untuk senaman pagi.Aku tak meneruskannya kerana nak tolong cikgu perempuan buat sarapan pagi.Keperluan barang didapur diangkat ke bangsal dapur untuk di masak.

Setelah siap,aku pergi joging kejap kat pantai.Tapi tak lama kerana terasa badan ini dah berat.Kaki terasa ngilu dan berhentilah berlari lalu berjalan aje.Kemudian,bila tengok sarapan dah siap pergilah sarapan makan mi hoon goreng hasil masakan cikgu Puziah,cikgu Zainon,Cikgu Najmiah dan yang lain-lain.

Pagi itu adalah taklimat tentang penggunaan kayak.Taklimat disampaikan oleh puan Alis dari Pusat KK JPN Johor.Kemudian semua peserta ke laut untuk menjalani latihan mengimbang badan di air menggunakan baju keselamatan (BA) Aku pun turut sama dengan mereka semua.Terasa seronok juga bermandi manda di laut sambil memerhatikan keselamatan peserta2.Aku pun turut sama bermain kayak dengan cikgu Rosdi.

Setelah itu kami semua bersiap untuk menjamu selera makan tengah hari yang disediakan oleh pihak Chalet.Memang rasa puas hatilah masakan yang disediakan.Semua peserta dan guru2 makan bersama di dewan makan.Selepas itu semua peserta bersiap sedia untuk solat Zohor dan Asar secara jamak qasar.Kemudian mereka diberikan kelonggaran berehat di khemah masing-masing.

Petangnya diadakan aktiviti merentas hutan dan pantai.Kami berjalanlah di sekitar luar khemah sambil menikmatik keindahan hutan hujan.Keadaan ketika itu lembab sedikit kerana baru sahaja lepas hujan.Perjalanan diketuai cikgu Noralazmi.Aku hanya mengiringi mereka semua sambil mengambil gambar.

Tiba di kawasan pantai kami semua merasai cara menangkap kepah.Tapi tak dapat kerana bukan musim agaknya.Adalah beberapa murid yang dapat menangkap ketam,kerang itu pun tak banyak.Tapi kalau tapak sulaiman memang banyak.Kemudian peserta diberikan peluang bermain galah panjang.Ada juga yang bermain istana pasir sebagai aktiviti sampingan.Menjelang Maghrib semua bersiap sedia untuk bersolat secara jamak qasar dengan Isyak.

Menjelang malam,kami menjamu selera makan nasi goreng.Beberapa orang guru membakar ikan yang telah diperap.Ikan yang dibakar adalah ikan siakap,sotong dan ikan cencaru.Kami makan begitu selera sekali.Orang yang paling gembira adalah mantan guru besar kami dahulu.Dia ini memang gemar makan ikan bakar.Dia datang bersama isteri dan seorang anak perempuannya.Dia diberikan sebuah khemah untuk dia tidur di situ.Selepas makan semua peserta dikehendaki mempersembahkan persembahan mengikut kumpulan masing-masing.Walaupun kurang menarik namun layan ajelah persembahan budak-budak ni.Rasa mengantuk mula mencengkam.Aku masuk ke chalet membersihkan diri.Nak tidur tak sedap hati pulak lalu keluar tengok budak-budak.Ada yang bersiap nak tidur ada juga tengok cikgu memancing.Makanan malam tu memang banyak,aku pelawalah budak2 tu makan sosej dan ikan bakar.Apa lagi makanlah mereka sepuas-puas hatinya.

Kemudian mata dah tahan lagi terus masuk bilik lalu tidor.Entah berapa kali terjaga bila lihat rakan baru balik memancing sedang mandi malam.Nak buka mata pun malas lalu terlelap hingga jam 4.30 pagi.Selepas mandi merayaplah kejap kat khemah budak-budak.Macam2 gaya mereka tidur.Nak dikejut awal sangat,maklumlah entah pukul berapa mereka mula tidur agaknya.Jam 5.30 pagi aku ke surau.Terdapat beberapa pelajar SM Islam Hidayah sedang tidur.

Masuk waktu subuh aku pun azanlah.Selepas solat sunat,budak2 tadi bangun dan solat subuh berjemaah bersama.Budak2 sekolah aku belum bangun lagi.Selepas solat barulah kelihatan budak2 aku tiba.Aku suruhlah mereka solat berjemaah sendiri.Ramai yang terlewat bangun hari tu.Sarapan pagi kami telah tempah dengan pihak chalet.Maka kami semua bersarapanlah pagi tu di dewan makan.Nasi lemak sarapan hari tu.Sungguh berselera sekali.Selepas makan apalagi proses membuang dilakukan.Perut dah memulas cabutlah ke tandas.

Aktiviti pagi tu senaman pagi.Selepas itu murid diberi peluang mandi laut.Begitu gembira sekali mereka apabila berpeluang mandi laut.Aku dan rakan yang mulalah meruntuhkan khemah satu persatu.Jam 9.15 pagi baru murid dipanggil meruntuhkan khemah masing2 dan mengemas barang2 mereka.Dua bas telah tiba,kami kerahkanlah beberapa murid mengangkut barang2 keperluan untuk dimasukkan ke dalam bas.

Setelah siap,aku pun bersiap diri untuk mandi dan berkemas.Selepas itu diadakan sessi bergambar di hadapan banner bersama rakan termasuk guru besar dan isterinya.Semua murid telah menaiki bas dan bersiap untuk memulakan perjalanan.Aku dan cikgu Shamsul kena lah lewat sedikit kerana nak menguruskan pembayaran.Cikgu Rahmawati dan suami juga terpaksa tunggu kerana dia bendahari.Tunggu punya tunggu tauke chalet gi pasar.Hinggalah jam 12.00 tengah hari barulah tauke tu balik.Setelah dibuat pembayaran aku diberikan cenderahati sebuah bingkai pemandangan telok gorek daripada cikgu Rosle tuan punya Chalet tersebut.Kami berasa begitu bersyukur dan berbangga sekali atas penghargaan yang diberi.Setelah itu bertolak kami balik ke Segamat melalu jalan Mersing Kluang.Kami melalui bandar mersing dan terus ikut jalan felda Nitar.

Jam 2.30 berhenti makan kat restoran Mamak di Kluang.Selepas makan meneruskan perjalana ke Air Hitam dan berhenti di Masjid Air Hitam.Kami telefonlah cikgu Sharil tentang lokasi bas mereka.Mereka berada di masjis Yong Peng.Kami meneruskan perjalanan dan ternampak beberapa orang budak di hadapan masjis Yong Peng yang sedang menaiki bas.Kami sampai ke Felda Redong jam 5.00 petang.Aku ambil kereta aku dan balik ke rumah di Labis kerana ada tugasan pula nak hantar anakku Sarah dan Nabila ke SMKA pulak.Selepas mereka dihantar aku ke rumah abang Majid kerana nak raikan pertunangan anak nya Farah.Aku tiba dah jam 6.30 petang.Tak lama kemudian adik pula tiba dan kami makanlah nasi berlaukkan gulai daging salai masak lemak cili api.Wah sungguh berselera sekali makan hari tu.Selepas solat maghrib aku pun baliklah ke rumah.


Sunday, October 3, 2010

Diari Hujung Minggu

1 Oktober yang lalu aku,isteri dan anak lelakiku ke SMKA Segamat jam 5.00 petang.Tujuan ke sana kerana menyertai program solat Hajat dan restu bagi calon-calon PMR,SPM dan STPM.Anak ku menduduki STPM.

Kami tiba jam 6 petang.Di dapati telah ramai orang yang hadir kerana majlis bermula jam 2.30 petang.Aku tak dapat ikuti program masa tu kerana keletihan dan rasanya tak perlu hadir kerana petang tu merupakan majlis reunion pelajar SMKA bersama adik-adik mereka yang menduduki peperiksaan.Mereka memberikan motivasi kepada adik-adik mereka yang masih belajar dan akan menduduki peperiksaan yang akan menjelang tiba.

Kami ke dewan untuk mendaftarkan diri dan anakku mengambil makanan lalu kami makan bersama-sama.Ramai juga yang hadir telah menikmati juadah yang disediakan.Kemudian aku berehat di luar dewan sementara menunggu masuk waktu maghrib.Kami semua solat maghrib di dewan tersebut dan di imamkan oleh ustaz Ismail.

Selepas solat maghrib,kami semua menunaikan pula solat hajat dan diikuti bacaan yassiin dan tahlil.Kemudian terus solat Isyak.Selepas solat Isyak,diadakan pula majlis ucapan yang dimulakan oleh wakil pelajar.Ini diikuti oleh ucapan GPK 1 Tuan Haji Zainal Abidin.Seterusnya ucapan YDP PIBG.

Majlis berikutnya adalah penyampaian keputusan peperiksaan percubaan dan alatan peperiksaan.Setelah semuanya selesai,kami pun pulang ke rumah.Kami singgah sebentar di kedai makan mamak kat Taman Tenang dan minum air panas untuk menyegarkan badan yang keletihan.Tiba di rumah hampir jam 11.00 malam.

Keesokan harinya 2 Oktober kami kena pergi ke MRSM Batu Pahat.Kami bertolak jam 8.00 pagi.Tiba di Yong Peng berhenti kat Kedai Makan Zainab untuk bersarapan.Kemudian barulah bertolak ke MRSM.Tiba di sana hampir jam 9.45 pagi.Setelah mendaftarkan diri kami diarahkan ke surau kerana majlis bermula jam 10.00 pagi.Setelah berwudhu' aku masuk ke surau dan didapati telah ramai orang yang ada di situ.Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari pengacara majlis dan meneruskan solat Dhuha dan seterusnya solat hajat.Majlis di pimpin oleh Dr.Khairul Azmi.Setelah selesai solat,majlis bacaan yassin dimulakan dan diakhiri dengan tahli dan doa.

Seterusnya majlis ceramah oleh Dr Khairul Azmi di bawah tajuk Hai Ya Alal Falah.Maksudnya marilah menujuk kejayaan.Ceramah disampaikan amat menarik dan memberikan motivasi kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan.Kemudian, diadakan majlis salam ukhuwah.Kami bersalaman sesama jemaah dan para calon peperiksaan sebagai tanda restu kepada calon-calon peperiksaan.

Seterusnya,kami dijemput makan di dewan makan.Kami telah diberikan dua keping kupon dan aku memberikan kepada anakku untuk mengambil makanan.Kami pun makanlah bersama-sama.Setelah itu, kami pun bertolak pulang.Aku berhenti sebentar di Masjid Parit Yaani kerana bersolat Zohor.Kami meneruskan perjalanan ke Felda Chempelak Barat kerana menghadiri jemputan kahwin rakan sekolah ustazah Norhafizah.Kami sampai di sana hampir jam 3.00 petang.

Setibanya di sana majlis persandingan sedang berlangsung.Aku terus masuk ke dalam rumah kerana hendak menyerahkan hadiah yang dibawa.Kelihatan beberapa rakan guru sekolah ku pun ada iaitu Cikgu Burn,Cikgu Badrol dan cikgu Najmiah sekeluarga.Kami pun ke balai untuk menikmati jamuan.Ketika makan tibalah pula rakan yang lain iaitu cikgu Rosdi sekeluarga,Hj Amer sekeluarga,cik Nurhasnimah,Cik Siti Norain dan Puan Asiah sekeluarga.Setelah makan kami meminta diri untuk pulang.Aku bertemulah dengan abang pengantin dan bersalaman.Kami diberikan sebungkus bekas makanan.

Kami pun pulang ke rumah untuk mandi dan berehat sebentar menjelang waktu Asar.Jam 5.00 petang kami pergi pula ke Felda Maokil kerana jemputan rumah Terbuka Cikgu Haslinda.Tiba di sana jam 5.30 petang.Kelihatan ustaz Yahya telah ada di situ iaitu bapa mertua Cikgu Haslinda. Kami terus dipelawa makan.Aku mengambil roti jala sedikit kerana perut ni dah kenyang.Makan lah sedikit demi tidak menghampakan harapan tuan rumah.

Hampir jam 6.30 petang barulah kami bertolak pulang.Malamnya tiada aktiviti.Kami hanya berehat sambil menonton televisyen dan tidor awal malam tu kerana kepenatan.

Hari Ahad,orang rumah ajak gi Segamat.Nak beli beg tangan katanya.Pergilah temankan dia.Sebelum tu singgah dulu kat kedai makan di hadapan hospital lama.Setelah makan barulah gi kedai jual beg tangan.Lama juga tunggu orang rumah nak beli beg tangan ni.Sabar ajelah.Mata memang ngantuk ni maklumlah dah jam 12.00 tengah hari.Setelah berkenan dia pun belilah. Kemudian aku ke kedai gunting rambut.Aku dan anak lelaki ku pun berguntinglah kat kedai gunting india.

Lepas tu orang rumah ajak pula gi Giant nak buat terapi mata.Sebab tengok iklan di TV ada promosi Permata Hijrah.Maka pergilah kat Giant.Tiba di sana teruslah buat terapi mata.Lepas tu orang rumah gilah masuk Giant nak beli keperluan sarapan pagi.Kemudian baliklah ke rumah.
Sampai di rumah hampir jam 2.00 petang.Setelah solat zohor,aku berehatlah.Tapi tak leh tidur kerana kepala aku berdenyut-denyut kesakitan.Makan sebiji panadol dan ubat migrain.Tak juga kebah.Jam 3.30 petang aku ke klinik Rajoo.

Setelah diperiksan tiada pula tekanan darah tinggi.Tapi kenapa kepala aku ni sakit semacam.Mungkin kesan dari terapi mata yang aku lakukan di Giant tadi.Setelah ubat diberi dengan harga RM35.00 aku balik ke rumah lalu memakannya.Kemudian tidurlah sekejap untuk merehatkan diri.Jam 5.30 petang barulah terbangun untuk solat Asar.Setelah solat Asar,aku mengurus kain baju yang belum dibasuh di mesin basuh.

Ketika sedang berehat baring,terdengar panggilan telefon.Rupanya kawan lama telah berada di hadapan rumah hendak beraya.Kawan lama ku cikgu Luawi bersama isterinya datang ke rumah ku.Lama juga kami bersembang sambil minum dan makan kuih raya yang ada.Hampir jam 6.40 petang barulah beliau pulang.Aku bersiap untuk mandi kerana waktu maghrib hampir tiba.

Setelah solat maghrib, aku memantau pula anakku mengaji.Anak ku ini telah khatam kali pertama dan ini kali kedua dia mengulangi bacaannya.Kini dah 16 juzuk dia baca.Setelah itu aku baring sebentar sementara menunggu waktu Isyak.Kepala ni dah kurang sedikit sakitnya.Orang rumah pula mengadu sakit kepala.Dia kata dah makan dua biji panadol.Sabar ajelah nak buat macam mana.Setelah solat Isyak,kami bersiap pula nak gi Felda Redong kerana ada rumah terbuka pulak di sana.Di pertengahan jalan ada panggilan suruh ke rumah Asiah dulu.Tiba di sana dah ramai juga rakan yang telah hadir.Rupanya menunggu aku nak mulakan marhaban.

Setelah marhaban dan doa,kami semua makanlah apa yang dihidangkan.Kemudian kami bertolah ke rumah cikgu Shamsul.Maklumlah rumah bujang.Kami masuk dan bermarhaban di rumahnya.Setelah selesai kami semua dijemput ke rumah cikgu Nasarudin pula.Di rumahnya juga kami semua bermarhaban dan buat doa selamat sempena hari lahir cikgu Nasarudin.

Selepas itu kami pun menjamu seleralah apa yang disediakan.Aku hanya makan 4 cucuk sate aje. Maklumlah perut dah kenyang.Nak juga jaga badan ni.Nanti datang pula penyakit.Setelah selesai aku pun minta izin untuk pulang ke rumah. Kami sampai di rumah jam 10.15 malam.Aku berehatlah seketika sambil melayari FB.Jam 10.40 barulah aku masuk tidur.

Begitulah keadaan diriku sepanjang hujung minggu ini.

Thursday, September 30, 2010

Rumah Terbuka

Rumah Terbuka itu ungkapan yang digunakan orang sekarang dalam menyerikan sambutan hari raya aidil fitri.Biasanya hanya dibuka untuk orang terdekat,rakan sekerja,jiran terdekat dan saudara-mara.Kebanyakan dibuat pada hari minggu.Ada juga yang mengadakannya pada hari bekerja.

Tujuannya memang baik untuk menjamu makan para tetamu yang dijemput.Sebabnya tidak semua orang dapat menziarahi banyak rumah pada hari raya.Maklumlah pada 1 Syawal masing-masing sibuk dengan meraikan bersama ahli keluarga terdekat.Jadi demi untuk memeriahkan suasana hari raya inilah maka diadakan majlis rumah terbuka.

Pelbagai juadah disediakan oleh tuan rumah untuk para tetamu yang hadir.Kalau tuan rumah itu berpangkat besar maka ramailah anak buah yang datang.Maklumlah nak jaga hati bos.Kalau yang empunya majlis setakat orang biasa maka yang hadirnya pun biasa-biasa aje.

Sekarang ni tak susah nak adakan rumah terbuka.Kalau tak sempat masak atau menyediakan makanan,tempah aje.Yang penting wangnya ada untuk dibayar.Ada yang mengadakan rumah terbuka hingga menyediakan khemah kerana ramai tetamu yang dijemput.Ada yang hanya sekadar di dalam rumah aje.Yang penting rumah terbuka mesti dibuat,nanti ada rakan akan berkata-kata.

Oleh itu,sekiranya kita berhajat untuk mengadakan rumah terbuka,kita perlu merancangkan harinya,berapa ramai tetamu yang kita jemput,jenis juadah yang inginkan kita sajikan.Apakah tidak menjadi bebanan kepada diri kita nanti.Yang penting niat kita bukan untuk menjadi popular di kalangan rakan kerana besarnya majlis kita tu.Banyaknya makanan dan minuman yang kita sediakan.Ramainya tetamu yang hadir ke majlis yang kita adakan.

Ingat majlis yang kita adakan itu bukan tujuan bersedekah kerana tetamu yang hadir tidak layak menerima sedekah.Anggaplah kita belanja rakan kita makan sedap.Sekali sekala kita kena belanja orang lain makan sedap-sedap.Kita berharap majlis ini dapat merapat dan mengeratkan hubungan kita dengan orang di sekeliling kita.

Satu perkara lagi,kadang-kadang kita lupa nak jemput jiran kita yang belum Islam datang ke rumah terbuka kita.Sepatutnya,kita pelawalah mereka untuk sama-sama menikmati juadah yang kita sajikan.Tidaklah mereka beranggapan yang bukan-bukan.Banyak hikmah yang akan kita peroleh kalau kita berbaik pada semua komuniti di sekeliling kita.

Apa yang penting niat kita hendak mencari keredhaan Allah.Buatlah majlis yang sederhana tetapi meriah.Tidak menyakitkan hati orang lain dan berbangga diri kerana gahnya majlis yang kita adakan.

Tuesday, September 28, 2010

Hari Raya Aidil Fitri

Selepas tamat bulan ramadhan,syawal pun menjelma.Hari Raya Aidil Fitri disambut dengan gembira.Tanda kesyukuran kita kepada Allah yang maha Esa,setelah kita semua menunaikan perintah Allah iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.

Berpuasa dalam erti kata bukan sahaja menahan lapar dan dahaga,tetapi juga menahan nafsu deria kita seperti mata,telinga dan lidah kita.Kita disuruh memperbanyakkan ibadah di bulan ini, dengan membaca quran,bersalawat,berzikir serta bersolat sunat tarawih.

Alhamdulillah,setelah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikuti sunnah Rasul di dalam bulan ramadhan,kita juga kenalah mengikut sunnah apabila syawal menjelma.Di pagi hari raya kita di suruh mandi sunat hari raya.Selain itu,kita disuruh untuk makan sarapan di pagi syawal sebelum pergi ke masjid menunaikan solat aidil fitri.Solat aidil fitri disempurnakan sebanyak dua rakaat dan diikuti khutbah hari raya.Kemudian kita disuruh bersalaman dan bermaafan sesama muslim sama ada kita kenal atau tidak.

Selepas itu,kita disunatkan menziarahi ibu bapa,adik beradik,saudara terdekat dan sesama jiran tetangga.Kita juga digalakkan untuk menziarahi kubur bagi keluarga kita yang telah meninggalkan kita untuk selamanya.Kita hendaklah bersedekah dengan membaca tahlil dan berdoa agar roh-roh mereka dirahmati dan diberkati disisi Allah.

Biasanya sudah menjadi kebiasaan masyarakat di Johor ni,hari rayanya bukan sehari bahkan hampir sebulan.Ada yang kata kalau puasa sebulan raya pun sebulan.Budaya marhaban telah menjadi kelaziman.Program diatur dengan teliti mengikut komuniti setempat.Ada yang dilakukan selepas raya pertama iaitu 2 syawal.Ada juga yang menjalankan program ini seminggu selepas hari raya.Ini semua berdasarkan atas persetujuan dan permuafakatan antara sesama mereka.Yang penting program berjalan lancar.

Satu perkara yang kurang menarik dalam program ini adalah sikap suka berlumba menyediakan juadah atau makanan untuk tetamu yang hadir.Sekiranya satu malam tu ada lima rumah,maka sudah tentu masing-masing menyediakan makanan yang banyak.Maklumlah nanti makanan tak cukup ada yang tak merasa.Atau nanti malu pulak dikatakan kedekut.Ini lah sikap orang kita. Ada pula yang ingin menunjukkan kehebatan juadah yang disediakan.Makanan mesti sedap dan banyak.Keinginan diri untuk dipuji dan glamour menyebabkan hal ini berlaku.

Dalam hal ini kita perlu membersihkan hati kita.Tujuan diadakan program ini kita perlu jelaskan sebaik-baiknya.Banyak kebaikan yang kita peroleh.Kita dapat berziarah ke rumah kawan kita dan berkenalan antara satu sama lain.Selain itu,dapat pula melatih individu untuk berucap bagi menyampaikan salam hari raya dan mohon kemaafan sekurang-kurangnya.Juga bagi yang berilmu dapat menyampaikan tazkirah atau peringatan kepada yang hadir.Kita juga dapat tahu tentang kedudukan rumah-rumah jiran kita.Kita dapat mengenali hati budi jiran-jiran kita.

Oleh itu,hari raya ini kita sambutlah dengan penuh gembira dan bersyukur kepada Allah.Bukan disambut dengan bersedih dan linangan air mata.Kita perlu bersikap positif.Yang dah pergi tu kita sedekahkan fatihah kepada mereka.Yang hidup perlu meneruskan kehidupan mereka.Kita juga akan kembali apabila sampai masanya nanti.Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.Gunakan masa lapangmu sebelum datang masa sempit.Lakukan kebaikan semasa hidup sebelum datang ajalmu.Bekerjalah semasa kamu sihat sebelum datang kesakitan.Penuhilah masa mudamu sebelum usiamu menjadi tua.Perbanyakkanlah bersedekah dengan hartamu sebelum datang ketika kamu kesempitan atau kesusahan.

Friday, September 17, 2010

Terasa Kehilangan

Telah lama aku tidak menulis dalam blog.Ketika hendak menulis.idea hilang entah ke mana.Tutup balik dan biarkan masa berlalu.Kini cuba juga hendak menulis.Kisah kali ini hanya rutin kehidupan ku bersama masyarakat.

Terasa diri ini banyak kekurangannya.Namun,demi kebolehan dan ilmu yang ada ini masih ada orang yang memerlukan khidmatnya.Di sepanjang Ramadhan yang lalu,aku kebanyakan solat sunat Tarawih aku lakukan di Surau Al Islah,Taman Mewah,Labis.Imam yang ditugaskan pula sedang dirawat di hospital.Maka bilallah yang ambil alih tugasnya.Manakala tugas bilal dilakukan oleh bilal ke 2.Aku hanya bilal ke 3.Kadang-kadang aku kenalah juga menjalankan tugasku.Bukan sahaja bilal tarawih tetapi juga bilal untuk solat Jumaat.

Solat hari raya hari tu aku kena bertugas sebagai bilal.Imam meminta aku memberikan taklimat tentang solat Hari Raya.Maka kenalah aku menyampaikannya kepada jemaah.Ini bukan kali pertama aku menyampaikan taklimat tersebut,hari raya tahun lepas pun aku kena sampaikan juga.Cara penyampaian hendaklah jelas dan difahami.Disebabkan telah menjadi biasa,perasaan gementar dan gugup telah hilang bahkan lebih berkeyakinan lagi.Ini semua adalah dengan rahmat yang Allah berikan.Sering aku berdoa agar setiap segala urusan ku dunia dan akhirat agar dipermudahkan.

Bilal yang sepatutnya ada telah balik kampung kerana beliau masih mempunyai orang tua yang perlu dijenguk.Sedangkan aku telah tiada kedua-dua orang tua.Begitu juga dengan isteriku yang telah kehilangan ibunya bulan Mac yang lalu.Maka pada tahun ini isteriku begitu terasa akan kehilangan orang yang tersayang.Untuk tahun ini aku selepas solat Hari Raya,kami sekeluarga bertolak ke Johor Bahru.Kami menziarahi tanah perkuburan ibu dan ayah isteriku.Seorang di Perkuburan Mahmodiah dan seorang lagi di perkuburan Bukit Aliff.

Kedua-dua makam tadi kami sekeluarga menziarahinya dengan bertahlil dan berdoa agar roh-roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehan.Walaupun ketika itu hujan rintik-rintik namun kecekalan dan semangat kami sekeluarga telah mengizinkan kami menziarahi makam tersebut.

Hari kedua raya,kami balik ke kampung aku.Kami juga menziarahi kubur ibu dan ayah ku pula. Ayah ku telah lama kembali ke rahmatullah sejak 1988 lagi.Saat beliau pergi meninggalkan ku, aku tiada di sisi.Ketika itu aku berada di Johor Bahru kerana ikuti Kursus Perguruan di Maktab PerguruanTemenggong Ibrahim.Hari meninggalnya hari Jumaat pagi.Berita ku terima dari anggota polis jam 8.40 pagi.Aku bergegas pulang dan diiringi seorang rakanku.Aku menaiki teksi dari JB hingga ke Segamat dan terus ke kampung.Sampai di rumah,kakak ku beritahu jenazah sudah dibawa ke kubur.Aku terus menunggang motosikal menuju ke kubur.Sampai di sana,orang ramai telah mula pulang.Aku terus ke kubur sambil berdoa dan sedekahkan fatihah untuk aruah ayahku.Semoga rohnya bersama dengan orang-orang yang soleh.Air mataku bergenang namun tidak mengalir.Memang sukar aku untuk menangis.

Ibu ku pula meninggal pada 6 Disember 2006.Lama juga beliau menanggung derita sakit batuk yang berpanjangan.Banyak kali juga beliau masuk ke hospital,baik hospital Segamat maupun hospital Kuala Lumpur.Saat kematiannya,suatu petang aku diminta olehnya membawanya ke klinik kerana beliau tidak tahan menanggung sakit.Atas nasihat abang iparku,aku diminta jangan melayani permintaannya kerana telah ada tanda-tanda akhir hayatnya.Aku akur dengan nasihat abang iparku itu.Hinggalah menjelang malamnya semua kami adik beradik telah berkumpul di saat ibu ku sedang nazak.Kami membacakan Yassin dan Al Waqiah agar roh ibu ku mudah dikeluarkan.Begitu juga abangku yang meminta nasihat orang bijak pandai dengan membacakan Yasin tujuh kali seorang diri pada madu lebah.Selepas itu diberikan kepada ibu ku yang telah tidak dapat bersuara dan berkata-kata.Selepas disuapkan sesudu madu,barulah kelihatan dada ibu ku berombak dan terus menghembuskan nafas yang terakhir dengan disaksikan anak-anak dan cucu-cucu sambil membaca kalimah Laila haillah.Kami redha pemergianmu ibu.Semoga roh ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Wednesday, August 4, 2010

Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar

Hari Rabu 4 Ogos 2010 aku bersama rakan-rakan guru SK LKTP Redong ke Hotel Villa di Segamat.Kami ke situ sempena mengadakan majlis meraikan perpisahan mantan guru besar yang telah berpindah ke SK Labis.

Jam 2.30 petang aku tiba di hotel dan menunggu tetamu yang diraikan.Lima minit kemudian barulah muncul tetamu yang diraikan bersama isteri.Kami masuk ke dalam lobi hotel untuk bersembang-sembang sementara menunggu rakan-rakan yang lain tiba.Setelah semuanya siap sedia majlis pun bermula dengan ucapan aluan dari pengacara majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh cikgu Sharil.Selepas itu ditayangkan memori lama tetamu yang diraikan sepanjang bertugas di sekolah ini.Kemudian jamuan makan dimulakan.Aku makan ala kadar sahaja nak jaga kesihatan.Makanan memang mewah.Pelbagai juadah disediakan dengan lauk-pauk dan sayur-mayur.Disertakan dengan pemanis mulut berupa bubur kacang,salad dan rojak.

Tibalah majlis ucapan yang dimulakan oleh Pengerusi Kebiru.Beliau mengalu-alukan kehadiran tetamu dan ucapan terima kasih terhingga kerana semua staf dapat hadir bagi meraikan tetamu tersebut.Setelah itu tetamu yang diraikan menyampaikan ucapan.Pada mulanya begitu semangat namun perasaan sebak di dada menyelubungi beliau.Deraian air mata dan suara yang serak basah menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan ucapannya.Bukan semua orang dapat mengawal perasaan di saat sebegitu.Kami semua memahami beliau.

Selepas itu,diadakan majlis menyampaikan cenderahati kepada rakan guru yang menyambut hari lahir sepanjang bulan Jun - Oktober.Kemudian barulah majlis penyampaian hadiah kepada tetamu yang diraikan.Banyak juga hadiah yang diperoleh sama ada dari rakan guru atau pun dari pihak pentadbiran Felda.Rasa terharu beliau apabila menerima hadiah dari rakan-rakan dan pekerja sekolah.Timbul rasa kasih sayang dan betapa jasa beliau amat dihargai sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.Semua yang hadir bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan.Semoga persahabatan akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.

Monday, August 2, 2010

Kisah kejayaan ku

Semasa sekolah rendah pernah aku aktif dalam permainan bola sepak dan sepak takraw.Aku pernah mengambil bahagian dalam pertandingan sepak takraw mewakili rumah sukan.Aku menjadi pemainnya.Pernah juga bermain bola sepak.Tapi sekolah rendah ku tiada padang.Hanya kawasan kecil yang dipenuhi tanah berbatu gerewel.Bermain pun hanya berkaki ayam.Bolanya pun bola getah.Itu kalau di sekolah.Kalau di luar waktu sekolah kami bermain dalam kawasan kebun getah.Habis cawan dan sudu getah orang rosak.Kalau kena marah berhentilah main kat situ.Bila dah reda main semula.Maklum zaman kanak-kanak bukan reti serik kena marah.

Aku juga berminat dengan permainan catur.Pernah juga mewakili sekolah ke peringkat zon.Aku sekadar menyertai sahaja kerana tidak ramai murid lain yang pandai bermain catur.Aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan nyanyian bahasa inggeris.Ketika itu aku darjah enam.Cikgu Rasib memilihku daripada ramai rakan sekelas aku.Mungkin aku ada suara yang baik juga agaknya.Itu pun tak lah menang kerana peserta dari sekolah lain lebih berbakat berbanding dengan aku ni.

Semsa tingkatan tiga aku digelar pakar sejarah.Aku cukup hafap tentang tokoh-tokoh sejarah dan pencipta-pencipta alatan.Kalau cikgu soal belum habis soalan aku dah jawab.Aku mendapat keputusan cemerlang dalam SRP dengan agregate 1 mata pelajaran sejarah.Keseluruhan keputusan SRP aku amat membanggakan keluarga.Aku diberikan hadiah sebuah basikal atas permintaan aku.Ketika tingkatan empat aku ke sekolah berbasikal sejauh 7 batu.Pada mulanya memanglah seronok.Maklumlah dapat basikal baru,sesuatu yang tak difikirkan semasa itu.

Aku juga mendapat biasiswa dato' Onn hasil kejayaan SRP aku.Wang biasiswa aku gunakan untuk membeli peralatan persekolahan aku.Ayahku tidak memberikan aku wang lagi.Aku kena menguruskan kewangan aku sendiri.Ayah kena tanggung adik beradikku yang lain.Jadi dapatlah aku meringankan bebanan orang tua aku.Syukur aku kepada Allah dalam usia semuda itu sudah merasakan tanggungjawab terhadap diri sendiri dan keluarga.

Kalau di sekolah menengah aku hanya aktif dalam tingkatan lima.Aku menyertai kuiz sejarah hingga ke peringkat negeri.Pertandingan diadakan di SM Sains Kluang.Kami hanya mendapat sagu hati aje.Maklumlah kami berpasukan.Kalau tak dapat jawab kuranglah markah kumpulan. Aku juga aktif dalam pasukan PBSM.Aku pernah menyertai perbarisan semasa sukan olahraga sekolah.Kalau bidang sukan aku taklah berapa kuat dan berbakat.Tapi kalau hanya sekadar bermain semuanya boleh.

Keputusan SPM aku hanya mendapat gred 2.Aku cuba juga memohon maktab perguruan ketika itu.Tapi hanya sekadar pergi temuduga dan tidak berjaya.Aku meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam di STS.Tamat periksa aku mohon masuk ke Pusat Latiha Kemahiran di Bukit Senyum,Johor Bahru.Aku mengambil jurusan Mekanik Radio dan TV.Di situ aku belajar mengenali komponen elektronik selama 2 tahun.

Pengalaman menarik aku di PLK aku ditugaskan sebagai juruteknik PA sistem.Aku bertugas di Pusat Pemulihan Akhlak untuk meraikan sesuatu majlis.Aku mengendali peralatan pembesar suara bersama beberapa orang rakan.Begitu juga di Rumah anak-anak yatim dan kanak-kanak spastik.Pernah aku diminta membacakan doa dalam suatu majlis di Pusat kanak-kanak spastik.Ketika itu ustaz yang ditugaskan membaca doa tidak dapat datang.Aku dipinta untuk tampil membacakan doa agar majlis dapat dimulakan.

Semasa di Pusat Latihan Belia aku aktif dalam permainan bola tampar.Kami pernah menentang pasukan2 yang handal.Latihannya cukup meletihkan.Tapi seronok apabila bermain.Pengalaman ini amat menarik dan aku gunakan untuk melatih anak-anak murid bagi pasukan sekolah.Aku pernah menjadi pengerusi teknik bola tampar zon chaah-bekok.Pernah juga sekolah ku mendapat naib johan dalam pertandingan peringkat zon.

Kini ketika usia sudah meningkat,bidang sukan telah mula menjauhkan diri.Ada juga hati nak bergiat dalam sukan tapi kekangan masa dan kesempatan menyebabkan aku tak aktif dalam sukan.Cuba-cuba juga nak melatih budak-budak sekolah tapi apakan daya seperti dinyatakan.Ada hati juga nak ceburi bidang bowling.Tapi jauh sangat tempatnya.Kini untuk kesihatan diri aku hanya bersenam ringan dan berjoging.Itu pun hanya hari minggu sahaja.

Suara Rasa Dari Hati

Memang tak dapat dilupakan akan kenangan lama.Rasa hati begitu marah akan seseorang.Namun kita terimalah dengan redha.Mungkin itu sudah ditakdirkan.Mungkin ada hikmah disebaliknya. Ramai kawan mengucapkan tahniah kerana menerima seorang guru besar baru di sekolahku.Guru besar yang pernah aku berada di bawah kepimpinannya.Sifatnya yang sukar diramal,kadangkala bersifat peramah,kadangkala bersifat sebaliknya.Kalau dulu aku hanya seorang guru biasa yang mempunyai perantaraan antara GPK dengan GB.Kini aku seorang GPK yang perlu sentiasa berpadu tenaga dengan GB demi kemajuan dalam pentadbiran sekolah.

Sebagai GPK aku kenalah bersikap terbuka dan proaktif dalam menjalankan tanggungjawab aku. Aku perlu komitmen dalam menjalankan tugas.Aku perlu berlapang dada dalam menerima apa sahaja arahan dan tugasan.Demi menaikkan imej sekolah aku perlu mendahului dan mengambil berat akan segala permasalahan dalaman dan luaran.Setiap aktiviti perlu dilaksanakan dengan teliti dan cermat.Ramai kawan aku rasa begitu prejudis terhadap aku bagaimana ketika berhadapan dengan guru besar ini yang terkenal dengan sikapnya yang tak menentu.Segalanya aku berserah kepada Allah.Aku bertugas bukan kerana dia.Dia hanya pemudahcara.Akulah yang akan mengolahnya demi membentuk imejnya yang pernah tercalar dan menusuk hati mereka-mereka yang pernah dilukai.

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Jasa Mu Di Kenang

14 Julai 2010 aku ke majlis jasa mu di kenang di Felda Redong.Majlis meraikan Puan Khadijah Binti Halim iaitu Pegawai Pembangunan dan Sosial Felda Redong.Majlis di adakan di Dewan Serbaguna Felda Redong.Majlis bermula jam 9.00 malam.Aku mewakili pentadbiran sekolah kerana guru besar tidak dapat hadir.

Majlis bermula dengan bacaan doa dan jamuan makan.Kemudian diteruskan dengan majlis ucapan serta diselangselikan dengan persembahan.Antara persembahan yang dipentaskan adalah tarian zapin,deklamasi sajak dan nasyid.Majlis kemuncak adalah ucapan yang diraikan serta ucapan pengurus Felda.

Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada yang diraikan daripada semua blok dalam felda redong,badan-badan dan pertubuhan dalam felda serta hadiah daripada individu-individu menghargai jasa yang diraikan.Akhir sekali semua yang berselawat beramai-ramai bagi mengiringi yang diraikan untuk pulang ke rumah.

Aku meninggalkan majlis jam 11.45 malam dan terus pulang ke rumah.Tiba di rumah jam 12.05 pagi. Aku terus menyucikan diri dan masuk tidur kerana terlalu mengantuk.

Monday, June 21, 2010

Larangan,dilarang,terlarang,melarang

Kata akarnya larang.Boleh ditambah dengan imbuhan akan menjadi; melarang,dilarang,terlarang, dan larangan.Boleh dibina ayat setiap satu akan membawa maksud yang sama iaitu menghalang melakukan sesuatu.Contohnya,Emak melarang adik bermain pisau.Pelbagai larangan dikenakan kepada pelajar yang menuntut di IPT.Kita dilarang menghampiri zina.Janganlah melakukan perbuatan yang terlarang nanti buruk akibatnya.

Orang Melayu sejak dahulu lagi terkenal dengan pantang larangnya.Anak dara tidak boleh menyanyi ketika memasak di dapur nanti dapat suami orang tua.Anak dara tidak boleh duduk di depan pintu nanti digelar andartu.Anak-anak tidak boleh duduk di atas bantal nanti buntutnya bisul.Anak-anak tidak digalakkan makan leher ayam,nanti bila bersanding terlentok kepalanya. Dan banyak lagi pantang larang yang masih diikuti dan menjadi budaya dalam masyarakat Melayu. Kenapa hal ini terjadi dan mengapa ia dijadikan pegangan pula.

Dalam Islam banyak larangan yang berupa mencegah.Kita digalakkan melakukan amal kebajikan dan dilarang melakukan kemungkaran.Kita ditegah dahulu melakukan perbuatan mungkar kerana banyak hikmah yang akan kita peroleh.Contohnya kita dilarang menghampiri zina.Maksud hampiri zina tu banyak.Kita dilarang berjalan berpasangan yang bukan muhrim. Kalau dah berjalan berdua maka sudah tentu ada makhluk ketiga yang akan meracuni dan membisikkan kepada pasangan untuk melakukan kemungkaran seperti berpegangan tangan, bersentuhan atau apa-apa lagi yang boleh menaikkan nafsu syahwat seseorang. Sebagai lelaki begitu mudah teransang sekiranya si perempuan memberikan senyuman.Apalagi kalau terus bersentuhan tangan.Pada mulanya hanya ungkapan kata-kata yang lembut lunak dan seterusnya akan menjadikan ianya tertarik dan menggelorakan nafsu.

Sebab itulah kita dilarang menghampiri zina.Memang pada dasarnya ikut kata akal takkan berlaku apa-apa.Sekarangkan zaman moden.Muda hanya sekali.Bila lagi nak enjoy.Nanti bila dah tua barulah taubat.Kita kan masih muda dan lambat lagi nak mati.Masa muda nilah kita nak bersukaria.Nanti kalau dah kahwin kita tak ada masa.Kita sibuk dengan suami dan anak-anak. Begitulah fahaman yang ditanam oleh pendidikan barat kepada generasi kini.Itulah sekular namanya,yang mengasingkan antara agama dengan kehidupan.

Bila dilahirkan barulah nak panggil ustaz minta azankan anak.Nak ajar anak baca quran hantar kat ustaz juga.Kan bagus anak itu diajar oleh ibu dan bapanya.Tapi kalau kedua-dua ibu dan bapa tak reti baca quran nak buat macam mana.Apakah ia akan berterusan hingga ke generasi seterusnya.Perlu diingat bila kita meninggalkan dunia ini hanya 3 perkara yang kita bawa iaitu ilmu yang bermanfaat,sedekah jariah yang dihulurkan dengan ikhlas dan doa dari anak yang soleh.

Kalau pada masa remaja telah melakukan zina,bagaimana kita nak melahirkan generasi yang baik menurut Islam.Kita kena fikir-fikirkan sebelum hendak melakukan sesuatu yang dilarang oleh syariat.Kita kena banyak bersabar dan ingatkan Allah.Sesungguhnya siksaan Allah itu amat pedih dan dahsyat.

Sunday, June 20, 2010

Rewang

Satu perkataan dalam bahasa Jawa.Bermaksud melakukan kerja secara bergotong-royong untuk majlis khenduri,terutamanya khenduri kahwin.Biasanya rewang ini dilakukan pada petang sebelum majlis berlangsung keesokan harinya.
Antara kerja-kerja yang dilakukan semasa rewang adalah memotong daging,ayam,mengupas bawang merah dan putih,memilih antah beras dan banyak lagi.Kerja-kerja memotong daging dan ayam biasanya dilakukan oleh kaum lelaki.Masing-masing membawa pisau atau parang kecil yang tajam khas untuk memotong daging dan ayam.Kalau ada menyembelih lembu atau kambing maka kerja-kerjanya sudah tentu banyak.Kerja melapah dan memotong perlu dilakukan secara beramai- ramai.Manakala tulang-tulangnya dipotong dan dimasak sup.Biasanya proses ini memakan masa yang agak lama.
Setelah ayam dipotong,kerja membasuhnya pula perlu dilakukan.Cara basuhan perlulah teliti dan bersih.Agar tiada kekotoran lain yang melekat pada daging ayam.Kemudian ayam itu dibubuh kunyit dan garam dan digaul.Seterusnya proses menggoreng dijalankan.Kerja menggoreng perlu dilakukan dengan teliti agar ayam yang digoreng itu tidak hancur.Tujuan digoreng adalah supaya apabila ayam itu dibuat lauk seperti masak kicap atau sambal, ayamnya tidak hancur.Kebanyakan orang menggunakan ayam tua.Ayam tua ni macam ayam kampunglah.Ia tidak mudah hancur dan tahan lama.Kalau tak pandai masak dagingnya liat dan sukar untuk dimakan.
Biasanya tukang masak akan memasak lauk pada sebelah pagi.Agaknya sudah menjadi petua dan peraturan tukang masak agar ilmu masaknya tak diketahui orang lain.Biasanya sebelum subuh mereka telah mula memasak.Bahan-bahan memasak telah disediakan oleh kaum wanita. Antara bahan masakan seperti rempah-ratus,bawang merah,bawang putih,minyak kelapa, dan sebagainya lagi mengikut citarasa tukang masak dan atas permintaan tuan rumah.
Segala periuk belanga dan kuali sudah pasti telah tersedia.Kalau tak cukup perlu dicari atau disewa.Tempat memasak atau tungku besi sudah pasti lengkap tersedia.Kalau dulu orang buat tungku gunakan batang kelapa.Manakala bahan bakarnya adalah kayu api.Sebab tulah orang dulu kalau nak buat majlis kahwin,sebulan sebelumnya telah bersiap mengumpulkan kayu api. Kayu dibelah dan dikeringkan agar mudah apabila memasak.Biasanya kayu getah atau kayu rambutan.
Kerja-kerja rewang ni tak akan habis sehinggalah majlis khenduri selesai.Selagi majlis berjalan, tukang masak sentiasa bersedia takut-takut lauk tak cukup atau nasi yang dimasak kehabisan. Sebab itulah tuan rumah perlu bersedia dan berpakat dengan taukeh kedai runcit agar mudah baginya berhubung untuk mendapatkan bekalan bahan mentah seperti beras,rempah dan sebagainya.Sudah menjadi rutin dalam jadual jemputan kahwin,majlis pasti berakhir jam 5.00 petang.Lebih kurang jam 4.00 petang tukang masak akan berhenti memasak nasi.Masing-masing sibuk pula membungkus lauk dan nasi untuk pembantu tukang masak.Setelah dipastikan semua mereka mendapatkan bahagian,barulah tukang masak akan menyerahkan segala lauk-pauk dan nasi yang selebihnya kepada tuan rumah.Tujuannya adalah agar tuan rumah dapat mengambil semua itu untuk dijamu kepada ahli keluarga atau saudara-mara yang datang melewati waktu.Jadi tidaklah terputus makanan untuk tetamu yang datang.
Selesai kerja-kerja memasak,proses mencuci periuk dan belanga perlu dijalankan.Kalau periuk tu hitam kena api,perlu diputihkan seperti periuk asal berwarna putih.Kerja-kerja ini bukanlah senang kerana proses menyental perlu dilakukan dengan teliti.Kalau masak gunakan gas, sudah pasti periuk tidak menjadi hitam.Maka tidaklah menyusahkan apabila membersihkannya nanti. Begitulah apa yang dikatakan rewang.Memang penat dan letih.Tetapi sekiranya dilakukan secara bersama dan bertolak ansur ianya menjadi ringan dan cepat.Ingat kerja bertangguh tak menjadi. Inilah suasana yang ada pada masyarakat melayu hingga kini.

Friday, June 18, 2010

Aku ke Nasuha Herba

Hari Khamis 17/6/10 yang lalu aku bersama isteriku pergi ke Nasuha Herb.Kami bertolak jam 11.00 pagi dan tiba pada jam 12.00 tengah hari.Kami ke sana dengan tujuan untuk buat rawatan diri dengan mandi sauna dan berurut.Apabila sampai kami menuju ke pejabat Nasuha.Aku ambil satu pamplet dan membaca informasinya.Kemudia aku bertanyalah kepada pegawai yang bertugas tentang hasrat kami ini.
Setelah itu kami ke dewan makan dan duduklah di situ sebelum dipanggil.Kami diberikan minuman herba seorang satu cawan.Aku minumlah air herba itu.Bagi aku kalau minum air herba atau air akar kayu sudah biasa.Tak adalah rasa pahit atau tak suka minum.Apabila selesai kami dipanggil untuk dibawa ke bilik sauna.Kami diberikan penerangan tentang cara dan kesudahannya.
Sampai di bilik sauna,kami pun masuk dan menukar pakaian.Sementara itu asap herba telah mula berfungsi.Setelah menukar pakaian kami pun duduklah dalam suasana yang agak berwap dan berbau herba.Aku menghirup udara di situ yang disirnakan wap herba.Suhunya memang sesuailah dan kalau nak lebih panas kenalah berdiri sedikit.Lebih kurang 10 minit badan mulalah mengeluarkan peluh.Dari muka hingga ke kaki berpeluh.Setelah 45 minit proses pengwapan berhenti.Kami pun mandilah dengan shower yang sedia ada.Selepas itu kami keluar dari bilik itu dan menuju ke bilik urutan.Aku ke bilik urutan lelaki dan isteriku ke bilik urutan wanita.Proses urutan mengambil masa 1 jam.Setelah seluruh badan diurut kami diminta menunggu di dewan makan.Kami diberikan seorang secawan air herba.Minumlah kami sehingga habis.Jam telah menunjukkan pukul 3.15 petang.
Setelah itu kami pun bertolak pulang.Kami singgah di masjid Pekan Pagoh untuk solat Zohor. Selepas itu kami ke gerai makan untuk mengisi perut yang kosong.Kira-kira jam 4.00 barulah kami bertolak ke Labis dan sampai di rumah jam 5.20 petang.
Begitulah pengalaman pertama aku untuk mandi sauna dan berurut di Nasuha Herba.Aku amat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan.Kami bercadang akan datang lagi bagi membuat rawatan badan seterusnya.Kepada kawan-kawan yang berminat silalah ke Nasuha Herb untuk membuat rawatan.Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.Di NasuhaHerb pelbagai perkhidmatan disediakan.Nak tahu sila melawat ke situ. Bukan nak promosi sekadar menyatakan pandangan.

Thursday, June 17, 2010

Jemputan Kahwin 12/6/10

Hari Sabtu aku menerima 3 jemputan kahwin.Rumah pertama adalah rumah Ustaz Hidzir di Kg Bukit Larang,Telok Mas,Melaka.Jemputan ini aku terima ketika aku membawa isteri berubat dengannya seminggu yang lalu.Aku sekeluarga bertolak jam 9.15 pagi.Kami berhenti di Sagil untuk bersarapan pagi.
Kami tiba di rumah ustaz Hidzir jam 11.30 pagi.Ketika ini tetamu telah mula tiba dan menjamu selera.Kami disambut dengan mesra oleh tuan rumah.Kedengaran alunan nasyid memuji nama Allah didendangkan.Aku nampak beberapa anak muda sedang mengalunkan irama nasyid.Tuan rumah menjelas ada dua kumpulan iaitu dari Duyong dan satu lagi dari Pahang.Kami terus menuju ke khemah untuk menjamu selera.Selesai menjamu selera aku meminta izin tuan rumah untuk balik kerana ada dua lagi jemputan sedang menanti.
Kami bertolak jam 12.00 tengah hari.Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam setengah.Aku melalui jalan Muar - Segamat.Berhenti sekejap kat UiTM ambil Akmal.Kemudian terus menuju ke rumah Cikgu Wahab Gedong di Segamat Baru.Aku sampai kedengaran paluan kompang dan pengantin sedang diarak.Aku mengambil nasi dan lauk dan mencari tempat duduk.Memang ramai orang ketika itu.Syukur masih ada tempat duduk untuk makan.Sesudah makan aku mendapatkan tuan rumah.Dengan senyuman tuan rumah mengucapkan terima kasih atas kehadiran aku ke majlis perkahwinan anaknya.
Kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Felda Redong kerana menerima jemputan kahwin anak pengurus Felda Redong.Ketika sampat kami disambut oleh Pak Ya(suami hjh Rahmah) dan Hj Surian.Kami menuju ke khemah untuk makan.Makanlah aku sedikit nasi dan meratah ayam goreng.Nak cari bubur macam tak ada.Kemudian sesudah makan kami bersalaman dengan tuan punya majlis.Dengan senyuman yang lebar beliau mengucapkan terima kasih kerana kehadiran kami ke majlis perkahwinan anaknya.Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Felda Redong.Ketika kami sampai jam sudah pukul 3.30 petang.
Seterusnya kami terus balik ke rumah.Betapa letihnya hari itu.Selepas mandi aku berehat.Aku telah jamak/qasar Zohor dan Asar ketika perjalanan tadi.Nasib baik hari esoknya tiada jemputan kalau tidak amat meletihkan.

Tuesday, June 15, 2010

Sepanjang Cuti Minggu Pertama

Hari Isnin aku ke sekolah kerana bertugas.Disamping itu aku ada kelas tambahan tahun 6.Aku tiba jam 7.45 pagi.Setelah membuka pintu pejabat aku masuk ke bilik aku.Laktop dibuka dan aku mencetak set soalan UPSR.Kemudian aku potostat mengikut bilangan murid kelas aku.Jam 8.25 aku meminta tolong Saleh buka pintu Makmal Komputer.Semua murid 6 Amanah aku arahkan ke Makmal Komputer.
Aku meminta muridku membuat latihtubi soalan melalui zoom a.Semua soalan yang murid ku buat aku pantau agar mereka membuat latihan secara berfokus dan serius.Aku minta mereka mencatat perkataan baru yang mereka sendiri tidak tahu maksudnya.Kelas berjalan dengan lancar dan komputer pun berfungsi dengan baik.Seramai 17 orang yang hadir.9 orang lagi tidak diketahui mengapa mereka tidak hadir.
Jam 10.00 pagi semua murid berehat dan mereka pergi ke kedai untuk membeli makanan.Kantin sekolah tidak dibuka.Aku berehatlah di bilik PPKK.Sambil bersembang apa-apa aje.Kemudian tepat jam 10.30 pagi semua murid kembali meneruskan latihan mereka.Aku memberikan sedikit tip kelemahan murid yang disasarkan.Tujuannya agar mereka fokus kepada latihan topikal yang mereka lemah.
Jam 11.00 pagi kelas tamat.Semua murid pulang ke rumah masing-masing.Aku ke pejabat sambil menyiapkan tugasan dan kemaskini fail kokurikulum.Jam 12.30 aku balik ke rumah.
Petangnya aku bersama isteri ke MRSM Batu Pahat kerana mengambil anakku Nursaiful Hadi dari sekolahnya.Dia bersama Homeroom membuat lawatan ke PD selepas Kem SPM.Jam 4.15 barulah dia sampai kat sekolahnya.Jam 4.30 petang barulah aku bertolak balik ke Labis.
Esoknya hari Selasa,aku datang lagi ke sekolah untuk bertugas.Kali ini tiada kelas tambahan.Jadi aku menyiapkan proses kemaskini fail kokurikulum.Terutama data murid dalam penyertaan kokurikulum.Aku berharap rakan-rakan guru yang lain dapat menyiapkan tugasan yang aku berikan kepada mereka.Hinggalah jam 12.15 tengah hari barulah aku balik ke rumah.
Hari Rabu aku tidak bertugas kerana hari itu aku pereksa PTK.Kali ini kena pereksa dekat SMK Seri Bali.Sekolah baru kat Chaah.Wah, tersergam indah sekolah itu.Dengan dewan yang indah dan serba baru menyegarkan suasana peperiksaan.Aku kena hantar isteri aku lebih awal kerana dia pereksa bermula jam 9.00 pagi.Jadi selepas hantar aku keluar semula dan pergilah ke masjid Chaah.Setelah solat Dhuha aku pun pergi ke medan selera untuk minum menghilangkan dahaga sambil menunggu masa untuk giliran aku ambil pereksa jam 11.00 nanti.
Pereksa PTK tamat jam 12.00 tengah hari.Aku dan isteri balik ke Labis.Ada pula saudara aku tumpang balik.Jadi kenalah hantar dia kat rumah dia.Selepas itu aku ke gerai makan untuk makan tengah hari.Kemudian barulah balik ke rumah.
Hari Khamis aku ke sekolah lagi.Kali ini ada lagi kelas tambahan tahun 6.Kali ini aku tak bawa anak muridku ke Makmal Komputer.Aku ajar mereka di balai bacaan.Aku telah menyediakan set soalan kefahaman.Aku mahu mereka berusaha menjawab dengan teliti.Jam 10.00 mereka berehat sebentar.Selepas itu barulah aku berbincang tentang jawapan dari set soalan tersebut. Setelah dianalisa daripada 20 orang yang hadir hanya 4 orang dapat Gred B manakala yang lain mendapat Gred A.Markah tertinggi adalah 98.Namun aku belum berpuas hati lagi dengan pencapaian seperti ini.Jika waktu begini mereka boleh mendapat keputusan yang baik, tapi apabila waktu pereksa sebenar mengapa mereka tidak mencapainya.Kelas berakhir jam 11.00 pagi.
Aku terus ke pejabat menghadap laktop.Aku membaca berita daripada internet yang ada.Sambil tu aku buka laman PPD Segamat kalau-kalau ada berita terkini.Aku bertanya Saleh jika ada surat-surat untuk diambil tindakan.Hari ni GB ada kat sekolah.Aku malas nak bertanya apa-apa pada beliau.Jam 12.30 aku pun balik.Tamatlah tugasan aku sebagai GPK mengikut giliran tugas yang diamanahkan untuk cuti persekolah an ini.Minggu depan giliran GPK yang lain pula.

Jemputan Kahwin 30/5/10

Hari ni ada dua jemputan kahwin.Aku,isteri dan anak lelakiku ke rumah En.Misran Mohamad. Beliau ni memang kenalan lama semasa aku berkhidmat di Maokil.Aku bertembung dengannya ketika di pasar lambak Labis.Beliau menjemput kami sekeluarga ke rumah sempena majlis perkahwinan anak perempuannya.Aku ni jenis tak berkira sangat.Tak perlu nak kad jemputan. Sesungguhnya jemput secara lisan tu lebih baik dan afdal.
Kami ke rumah beliau di Felda Maokil 4.Kelihatan beberapa deretan khemah didirikan.Para jemputan telah mula berkunjung.Setelah bersalaman dengan penyambut tetamu aku pun teruslah mengambil makanan.Ketika sedang melangkah menuju ke meja aku disapa oleh En Saleh.Beliau pula menjemput aku sekeluarga ke majlis perkahwinan anak perempuannya.Aku ucapkan terima kasih kepada beliau yang masih mengingati aku kerana boleh dikatakan semua anaknya pernah aku mengajar mereka.
Ketika sedang makan aku memerhatikan suasana majlis perkahwinan yang diadakan.Majlis diserikan dengan nyanyian dan kugiran.Aku nak kata apa.Apakah begini yang diajarkan oleh agama Islam kita.Adakah para ulama ke ustaz ke tak nak menegur perkara2 begini. Bagaimanakah kita nak melahirkan generasi Islam sekiranya bila nak bermulanya sesuatu perkahwinan itu dicampurkan dengan pelbagai bida'ah dan maksiat.
Hanya hatiku aja yang berkata tanda selemah-lemah iman.
Selesai makan kami terus berjumpa tuan rumah nak ucapkan terima kasih atas jemputan diberi. Kemudian kami bergerak menuju ke rumah En Jawahir pula.Masih dalam Felda Maokil.Ketika sampai para jemputan sedang berpusu-pusu masuk ke khemah.Maklumlah waktu makan tu.Jam dah pukul 1.30. Aku ambil sedikit nasi dan lauk.Cubalah beberapa suap,tapi tak leh masuk kerana perut dah kenyang.Begini bila dah berumur,nak makan pun kena berjaga-jaga dan berhati-hati.Tak macam masa muda dulu.Tolak batu dan kayu habis kena sepah.
Di rumah ni juga ada gak bunyi-bunyian berbentuk karaoke.Terlalu kuat bunyinya.Sampai nak bercakap pun kena kuat.Tak leh nak berbual langsung.Bingit telinga dibuatnya.Lepas makan apa lagi cepatlah jumpa tuan rumah,bersalam kaut dan diberikanlah ole-ole.
Oh ya lupa pula anak Jawahir ni namanya Siti Zaleha.Bekas anak murid aku juga.Semoga beliau dan pasangannya diberkati dan dirahmati Allah dan berbahagia hingga ke akhir hayat.Amin.
Habis jemputan apa lagi baliklah ke rumah.Merehatkan diri selepas kekenyangan.Lepas solat zohor,mata pun dah kuyu apa lagi tidurlah hingga ke petang.Beginilah suasananya majlis perkahwinan dewasa kini.

Jemputan Kahwin 5/6/10

Hari ni aku ke Felda Maokil lagi.Aku menerima jemputan kahwin anak En Yunos Bin Samian.Juga bekas anak murid aku sekolah rendah dulu.Pasangannya juga bekas anak murid aku juga.Wah mereka agaknya dah bercinta sejak dibangku sekolah lagi agaknya.Yang lelaki namanya Faizal dan yang perempuan Nur Azrin.Aku tiba jam 12.15 tengah hari.Jemputan memanglah ramai maklumlah majlis sulung.
Setiba di rumah pengantin kami disambut oleh penyambut tetamu dan terus menuju ke khemah untuk makan jamuan yang ada.Aku ambil sedikit nasi dan lauk dan makanlah sekadarnya saja. Setelah makan aku bersembanglah dengan kawan lama ku cikgu md noor.Selepas tu aku pun terus jumpa bapa pengantin dan ucapkan terima kasih atas jemputan tersebut.Semoga pasangan mempelai diberkati dan dirahmati Allah dan bahagia hingga ke akhir hayat.Setelah bersalaman kami pun meneruskan perjalanan.Sebeum tu jumpa jugalah pasangan pengantin kat rumah sebelah.Masih ingat lagi mereka pada aku.
Kali ni aku ke rumah satu lagi kat Maokil juga.Rumah En Mohd Saleh Bin Nudin.Beliau ni memang kenal benar dengan aku.Aku terserempak beliau ketika majlis kahwin di rumah En Misran.Kali ni anak perempuan beliau yang kerja kat Pasaraya Ku di Labis.Aku pernah bersua dengan anak beliau ni.Tapi buat-buat tak kenal aje.Pernah gak terjumpa dia dengan bf dia kat kedai makan.Begitulah budaya orang sekarang.
Ketika sampai kami disambut penyambut tetamu.Aku terus mengambil makanan dan minuman.Aku makanlah ala kadar aje.Nak jaga badan dan kesihatan.Terdapat juga kugiran dan dendangan lagu2 dangdut.Ku perhatikan yang nyanyi tu macam aku kenal.Begitu pemain gitar.Masa kat sekolah dulu tak macam tu.Zaman dah berubah,dunia dah maju.
Selepas makan kami bersalaman dengan bapa pengantin dan ucapkan terima kasih atas jemputan yang diberi.Aku menegur kakak pengantin bila lagi nak dirikan rumah tangga.Jawapannya entahlah dia hanya tersenyum aje.Maklumlah dia ni agak lanjut juga umur.Sebayanya ada dah menimang anak.Aku doakan semoga dia bertemu jodohnya.Insya Allah.

Jemputan Kahwin 29/5/10

Banyak jemputan kahwin aku terima.Pada 29/5/10 terdapat 3 majlis yang aku hadiri.Pertama aku sekeluarga ke Kg Sermin rumah kak Semah.Perkahwinan cucunya.Di sana aku bertemu dengan sepupuku dari Pahang.Yang masih ingat nama Abang Medan,Abang Don, Abang Haji suami kak natrah,jumpa jugalah kak ridah dan kak satira.Selepas makan cepatlah balik ke Labis.
Di Masjid Tenang Stesen berhenti untuk solat Zohor.Kemudian teruskan perjalanan ke Labis, di rumah Omar Bin Haron.Kami makan ala kadar aje nak save perut kerana ada satu lagi jemputan. Setelah bersalaman kami meneruskan perjalanan ke Felda Maokil.Wah senak juga perut ni.Lepas ni nak makan ke tak nak.
Anak-anak ku juga telah kekenyangan.Sampai di Maokil terus tuju rumah anak murid orang rumah aku yang kini menjadi rakan sekolahnya.Ketika sampai aku terus jumpa bapa pengantin nak bagi hadiah perkahwinan.Tengok pengantin kat dalam rumah sedang bergambar.Kami terus ke balai untuk makan.Aku ambillah bubur dan air.Maklumlah perut dah tak leh isi lagi.Mengah juga dibuatnya.Syukur kita kerana negara kita dilimpahkan rezeki.Teringat kat Gaza tu sedih lah juga dia orang kena quarantin dah dua tahun.Segala bekalan makanan dan minuman disekat oleh tentera Zionis.Hanya doa aje yang dapat dipohonkan agar Allah memberikan musibah kepada Yahudi ni.
Selepas makan jumpalah lagi bapa dan mak pengantin.Bersalaman dan ucapan terima kasih semoga anak mereka diberkati dan dirahmati Allah hingga akhir hayat.Salam kaut buat juga dah jadi budaya sekarang.Susah nak diubah.Anggaplah wang yang diberi itu berupa hadiah tanda penghargaan atas jemputan itu.
Beginilah keadaannya majlis perkahwinan masa kini.Makanan begitu banyak dan sebelum balik diberkan lagi ole-ole.Aku tak tahulah macam mana nanti kalau majlis perkahwinan anak aku pula.Pernah juga terdengar bila mengadakan majlis perkahwinan menjangkau hingga RM20,000.
Entahlah aku pun tak tahu nak buat macam mana.Islam mempermudahkan umatnya dalam serba serbi.Tapi umatnyalah yang suka menyusahkan diri masing-masing.

Thursday, May 20, 2010

Saya yang menurut perintah

Kali ni nak tulis tentang tajuk di atas.Sebagai kakitangan kerajaan kita kena akur dengan ungkapan tersebut.Apabila menulis surat pasti akan tertulis ungkapan saya yang menurut perintah.Begitu setianya kakitangan kerajaan tentang perkara tersebut.

Yang pasti apakah ianya benar-benar dituruti atau hanya sekadar ungkapan sahaja.Ramai yang akan membebel apabila sesuatu arahan dikeluarkan oleh ketua jabatan masing-masing.Arahan yang diberikan itu sama ada relevan atau tidak mestilah dituruti.Sudah pasti kalau hendak puaskan hati ketua segala arahan mestilah patuh.Justeru, timbullah budaya ampu atau bodek. Kalau melawan sudah pasti akan dicap derhaka atau ingkar perintah.

Setiap arahan atau perintah akan digazetkan.Di failkan atau dijadikan pekeliling.Kita semua mestilah patuh dan tidak boleh berkata tidak terhadap arahan atau perintah yang dikeluarkan. Baru-baru ini pihak PPD telah mengeluarkan arahan supaya kakitangan guru diwajibkan hadir ke majlis tilawah peringkat negeri.Maka mengeluhlah para guru.Ada yang buat tak kisah saja arahan tersebut.Ada pula yang pergi hanya sekadar daftar nama.Nak pastikan kalau ramai orang bolehlah kita balik awal.Yang penting nama dah didaftarkan.PPD tak boleh ambil tindakan.Begitulah apabila sesuatu yang tidak disukai dipaksakan juga.

Wednesday, May 19, 2010

UPPM 2

Minggu depan 25 Mei 2010,pelajar tahun enam akan hadapi UPPM kali ke 2.Peperiksaan akan berjalan selama 3 hari iaitu 25,26 dan 27 Mei.Pelbagai usaha dan ikhtiar telah,sedang dan akan dilaksanakan agar calon UPSR tahun ini mendapat kejayaan.

UPPM 1 telah berlalu.Analisis item telah dilakukan.Segala kelemahan dan kekurangan telah diusahakan untuk memperbaikinya.Setiap sekolah dengan cara masing-masing mengatasi masalah yang dihadapi.Cikgu-cikgu tahun enam bertungkus-lumus siang dan malam mengadakan kelas tambahan.Hari Sabtu pun diusahakan juga.Pengorbanan masa dan tenaga guru begitu jelas sekali. Bagitu juga dengan murid tahun enam.Mereka tak sempat nak bermain,nak berehat dan sebagainya bagi memenuhi program yang diadakan oleh pihak sekolah

Program Motivasi,program aku janji dan solat hajat bulanan diteruskan sebagai usaha meningkatkan potensi diri dan sahsiah murid.Ketabahan dan kesabaran murid dalam menghadapi ujian dan cabaran menjadikan murid itu matang dalam kehidupan.Betapa susahnya untuk mencapai kejayaan.Tiada kejayaan tanpa pengorbanan.Wang ringgit juga dikorbankan dengan membeli pelbagai set soalan dan bahan rujukan.Begitu juga ada ibu bapa yang menghantar anak menyertai program kecemerlangan UPSR anjuran pihak swasta seperti Berita Harian dan lain-lain.Selain itu,anak-anak ini juga dihantar mengikuti tusyen tambahan berbayar pada hari minggu.Begitulah pengorbanan dan usaha yang gigih dilakukan untuk kejayaan anak-anak kita.

Kita akan lihat hasilnya nanti selepas mereka menduduki UPPM2.Apakah usaha kita telah mencukupi atau sebaliknya.Pelbagai janji dan ganjaran diusahakan untuk mereka apabila mereka berjaya terutama selepas keputusan UPSR 2010 nanti.Apa yang penting kerjasama ibu bapa dan guru perlu dipertingkatkan.Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka ketika di rumah.Perlukan perhatian dan kasih sayang.Sentiasa berdoa dan menghalalkan segalanya untuk anak-anak mereka.Biar hati anak-anak kita bersih dan tidak terhalang daripada segala dugaan dan cabaran.