Ramadhan menjelma lagi.Bagi yang beriman memang menanti-nanti ketibaannya.Saat beginilah segala amalan yang baik digandakan pahalanya.Amalan yang wajib menjadi tujuh puluh kali ganda pahalanya manakala amalan yang sunat seperti menjadi amalan wajib dan besar pahalanya.Tapi tak semua yang sedar akan perkara ini.Hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam.Semangatnya apabila bermula Ramadhan.Menjelang hari ke 10 mulalah surau dan masjid jemaahnya berkurangan.Yang tinggal hanya orang-orang lama yang masih menjadi amalan bertarawih sebagai rutin di bulan Ramadhan.
Sejak dahulu tiada apa-apa perbezaan amalan ini.Solatnya berterusan tanpa diselangi dengan peringatan demi mempertingkat ilmu dan iman.Rasa penat dan panas ketika solat hanya keluhan dan kipas-kipas diperbanyakkan.Bagi surau atau masjid yang mampu menyediakan pendingin hawa alangkah nyamannya ketika bersolat.
Keselesaan beribadat tidak diusahakan.Wang surau atau masjid yang didermakan oleh jemaah tidak diimpakkan untuk kemaslahatan jemaah.Lebih bersungguh untuk dimasukkan ke dalam akaun untuk dibanggakan jumlah banyaknya simpanan.Apalah idea mereka seperti ini.Beriya-iya takut untuk membelanjakan wang tersebut.Bukankah sumbangan derma itu untuk digunakan bagi kemudahan dan keselesaan jemaah juga..
Bagaimana pula dengan pembesar suara.Alangkah elok dibugarkan pendawaiannya.Belilah yang mahal dan canggih agar dapat digunakan sepenuhnya untuk melaungkan azan dan ketika bersolat jemaah.
Ada juga dikalangan jemaah yang menjadikan solat tarawih sekadar mengisi masa.Orang buat lapan rakaat dia pun buat lapan rakaat.Selepas itu tidak diakhirkan dengan solat witir.Kalau dah balik rumah entah buat atau tidak.Bersangka baik juga lah nak buat macam mana.Jika kita ni orang awam seeloknya perlu kita isi masa dengan menadah kitab dan berguru.Agar setiap perkara berkaitan dengan agama Islam dapat dipertingkatkan dan difahami sepenuhnya.Bukan hanya sekadar menjadi adat dalam pengamalan.
Namun begitu,agak sukar juga untuk mencari tenaga pengajar yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu.Setiap apa yang hendak diprogramkan perlukan sumber kewangan.Tenaga pengajar perlu diberikan upah dan adakalanya mengikut gred untuk membayar.Tiada yang sekadar sukarela dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu agama.