Semalam aku ambil cuti rehat.Sekolah ku ambil cuti peristiwa sempena Deepavali.Banyak urusan yang perlu aku selesaikan.Bermula dengan bersarapan pagi bersama isteri tersayang di Airina Kedai Makan.Kemudian kami bergerak ke Agro Bank untuk membayar bil elekterik.Bil-bil yang lain telah dijelaskan awal.Hanya bil Astro yang belum sampai.
Kemudian,kami bergerak ke kedai komputer.Komputer isteriku mula meragam.Ada terlalu banyak virus.Tak pernah nak clearkan.Tau nya buka dan buat kerja.Apabila dah meragam mulalah merayu dan merengek.Layan ajelah nak buat macam mana.Setelah dihantar ke kedai kami bergerak pula ke Maybank. Aku nak masukkan sekeping cek yang baru aku dapat.Besar juga jumlahnya.Tak sangka pula seorang pengawal bank ajar ku cara nak masukkan cek gunakan mesin.Ya lah bukan semua cikgu tu tahu semua perkarakan.Sebelum tu,isteriku poskan sepucuk surat di pejabat pos.Sudah lama surat tu perlu diposkan tapi disebabkan kesibukan masing-masing maka surat tu tergendala.Tapi dah diposkan ok lah tu.
Kami pun baliklah ke rumah.Perut ku dah mula meragam.Nak buang air le besar lah tu.Setelah segalanya selesai kami keluar semula.Aku perlu hantar kereta Avanza ke kedai kereta kerana bearing tayarnya dah mula rosak.Dua hari sebelum tu,pam minyaknya rosak,minyak tak naik dan injen tak boleh berfungsi.Kena baiki dan kosnya RM430.00.
Ini bearingnya pula rosak.Dah lama sebenarnya rosak.Selagi boleh jalan lanyak aje le.Mekanik tu dah beritahu ada bunyi dengung dan aku berjanji akan hantar.Pada mulanya dianggarkan RM100 lebih aje.
Selepas hantar kereta Avanza,kami bergerak dengan kereta viva ke kedai basuh kereta.Maklumlah dah lama tak mandi.Comot pulak tu.
Menjelang tengah hari selepas makan dan solat zohor,hujan turun dengan lebatnya.Kami dah janji dengan anak ke tiga ku untuk ke Segamat beli songkok.Dia nak pakai masa konvo nanti.Dalam perjalanan dia beritahu resdongnya mula tak selesa.Aku bawanya ke 1 Segamat untuk dapat rawatan.Sampai di sana, kebetulan ada kenalan kedai tu.Anakku mendapat rawatan resdong.Aku pula ambil kesempatan berurut dengan tauke kedai tu.(lelaki lah).Sejam lebih juga aku diurut.Kemudian,kami bergerak ke Jalan Aji untuk membeli songkok.Selepas itu,aku ke masjid India untuk solat Asar.
Jam hampir 6.00 petang,kami bergerak ke kedai makan dekat Pejabat Peladang Segamat.Makan nasi lemak kukus ayam goreng.Dalam perjalanan balik ke Labis,terima pula mesej,kereta dah siap dibaiki.
Selepas solat maghrib kereta yang dibaiki tiba di rumah.Aku hantar kembali mekanik ke kedainya dan bayar lah kosnya.Waduh terkejut beruk RM625.00.Nak buat macam mana bayar aje le.Nasib baik ada duit.
Kemudian,kami ke kedai komputer untuk ambil laktop yang telah diformat.Bayarannya RM50.00.
Begitulah kisahnya hari semalam.