Salam sejahtera semuanya.Hampir sebulan cuti sekolah 2012 berlalu.Walaupun sekolah bercuti namun aku tidak merasakan yang aku sedang bercuti.Memang benar cuti sekolah kerana semua murid tidak hadir ke sekolah untuk belajar.Justeru,guru pun tidak menjalankan kewajipan biasanya iaitu mengajar.Namun,sebagai PK 1 aku sentiasa hadir ke sekolah.Tujuannya adalah untuk merancang dan mengatur perjalanan sekolah pada tahun hadapan.Bersama guru besar dan rakan PK yang lain kami berbincang dan mengatur gerak langkah untuk kecemerlangan sekolah.Persiapan untuk memulakan mesyuarat awal tahun hadapan telah diatur dan dirancang.Apa yang perlu disampaikan dan apa yang perlu berlaku semasa mesyuarat awal dijalankan.Namun dalam blog tidak perlulah saya telitikan perkaranya.
Tahun ini UPSR SK Felda Redong ada peningkatan.Kalau 2011 calon 5A nya 3 orang tapi kali bertambah kepada 5 orang.GPS nya hampir mencapai sasaran iaitu 1.93.Sasarannya 1.92.Peratus keseluruhan lulus semua mata pelajaran adalah 83.33% berbanding 70.08% 2011.Alhamdulillah syukur kepada Mu Ya Allah kerana mengurniakan nikmat ini.
Anakku juga adalah calon UPSR tahun ini.Alhamdulillah,walau capai 4A1B rasa bersyukur tetap ada.Ini semua kerana usaha dan doa yang dilakukan sepanjang masa.Atas petunjuk dari Mu anakku menerima cadangan dan keinginan aku dan isteriku untuk masuk ke Madrasah Arabiah Kluang.Walaupun anakku menjalani ujian saringan yang ketat,berkat doa dia telah lulus dan diterima masuk ke situ.Dia juga bersetuju masuk ke sekolah itu bukan atas paksaan kami.In Sya Allah semoga Allah memberkati usaha murni kami agar anakku menjadi hamba Mu Ya Allah.Mempelajari ilmu Mu dan anak yang soleh.Amin.