SELAMAT BERINFORMASI

Sunday, February 27, 2011

Bahasa Melayu Kertas 2 Upsr

Check out this SlideShare Presentation:

Saturday, February 19, 2011

Bai'ah usaha yang murni.

Bai'ah bermaksud aku janji.Semalam aku hadir ke majlis bai'ah anjuran SMKA Segamat.Aku hadir kerana ada anakku yang akan ambil PMR tahun ini.Aku amat setuju program ini yang bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar supaya sentiasa bersedia dan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu peperiksaan.
Kita mestilah tanamkan semangat kepada anak-anak kita agar mereka sentiasa berfikiran positif. Kita tidak mahu anak kita lalai dan sibuk dengan keinginannya yang tersendiri.Kita mahu anak kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mengejar cita-cita.Di samping mengejar kejayaan kita mestilah selalu memperingatkan anak kita tentang sahsiah diri.Hidup mereka masih lagi jauh ke hadapan.Pelbagai cabaran dan dugaan yang mesti mereka tempuhi.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberikan keyakinan diri kepada anak-anak. Segalanya bermula daripada keluarga.Untuk melahirkan anak yang baik,bermula dari perkenalan ibu dan bapa lagi.Bagaimana mereka bermula?Adakah melalui percintaan yang murni dan diredhai Allah.Atau melalui cinta yang terlarang.Daripada permulaan itulah setiap anak yang dilahirkan akan digambarkan.Kata orang bijak pandai,perlakuan anak itu adalah gambaran perlakuan kita sebagai ibu bapa.Anak adalah cermin ibu bapa.
Ibu bapa memang mengharapkan yang terbaik daripada anak-anak.Jadi bai'ah ini menjadi pemangkin sebagai sasaran yang perlu diusahakan oleh anak-anak dalam mencapai kejayaan. Mereka berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana mereka janjikan,bukan sahaja kepada ibu bapa,guru bahkan juga kepada diri mereka sendiri.Untuk itu mereka akan lakukan yang terbaik bagaimana untuk mencapai hasrat hati mereka.Jiwa remaja kalau dibakar hatinya dengan betul dan terpimpin,mereka tidak akan terleka.

Agenda 5 S yang patut kita fikirkan

Ada agenda tersembunyi dalam 5 S yang kini sedang dilakukan oleh pihak tertentu dalam melemahkan sesuatu bangsa dan agama Islam.
S pertama adalah Sport - Sukan.Semua orang minat sukan.Melalui sukan setiap orang sanggup berkorban apa saja.Wang ringgit,masa dan tenaga sanggup dicurahkan.Apabila semua itu menjadi minat yang mendalam akan melemahkan semangat ketaqwaan kepada Allah.Mereka lupa dalam menunaikan hak Allah,seperti solat.Mereka menjadi leka dan alpa dalam melakukan amal ibadat kerana lebih memfokuskan sukan yang diminati.Lihat sahaja permainan bola sepak.Waktu perlawanan bermula jam 8.45 malam.Adakah pemain itu telah menunaikan solat isyak ke belum. Katakanlah waktu solat isyak itu panjang,adakah menjadi jaminan untuk seseorang itu akan menunaikan solat tersebut.Selepas bermain dah tentu akan kepenatan.Letih akibat bermain menjadikan seseorang itu akan meninggalkan solat yang wajib bagi mereka.Itu kalau pemain bola sepak.Kalau sebagai penonton umpamanya.Dah tentu mereka akan datang ke stadium lebih awal iaitu sebelum solat asar lagi kerana hendak mendapatkan tiket.Berapa kali solat yang mereka tinggalkan.Asar,kemudian maghrib dan isyak.Tentu mereka balik lewat malam dan tidur hingga kesiangan.Subuhnya entah ke mana.Bayangkanlah sehari semalam sebagai umat Islam yang meninggalkan solat 5 waktu.Apabila telah menjadi kebiasaan lama kelamaan lunturlah keimanan yang ada dalam diri seseorang Islam.Maka berjayalah usaha yang tersirat ini dalam melemahkan syariat umat Islam.
S kedua adalah smokes - merokok.Mengikut kajian ramai di kalangan perokok adalah terdiri daripada umat Islam.Hingga ada yang berjawatan mufti pun merokok.Inikan pula sebagai orang biasa.Sejak dari awal setiap anak orang Islam telah dicandukan dengan rokok.Daripada rokok akan merebak kepada dadah.Lihat sahaja di Pusat Serenti berapa ramai di kalangan anak orang Islam yang telah terjebak dengan dadah.Satu lagi kejayaan daripada pihak tertentu dalam melemahkan syariat umat Islam.
S ketiga adalah songs - nyanyian.Ramai orang sukakan nyanyian.Nyanyian merupakan hiburan.Bukan tak boleh nak nyanyi.Nyanyian yang memuji Allah dan rasulnya itu dapat mententeramkan jiwa.Tapi kini nyanyian telah melalaikan setiap anak orang Islam.Pelbagai program realiti dirancang dalam usaha menarik anak-anak orang Islam menyertainya.Kita lihatlah senario masa kini.Gelagat anak muda terutama kalangan gadis remaja dengan pakaian yang menjolok mata.Tutur kata yang tidak melambangkan budaya gadis melayu.Menjadikan mereka jauh tersesat.Jauh dari syariat Islam.Satu lagi kejayaan untuk mereka yang akan melemahkan umat Islam.
S keempat adalah screen - skrin.Tayangan berupa paparan melalui skrin televisyen,telefon bimbit,layar besar dan sebagainya.Melalui papan layar dari yang sebesar-besarnya hinggalah kepada yang sekecil-kecilnya.Dari paparan tersebut dimuntahkan tayangan filem-filem,gambar-gambar lucah,ganas dan sebagainya dan ditonton oleh anak-anak orang Islam.Ada juga yang ambil gambar sendiri yang tak cukup kain dipamerkan dan disebarkan kepada pihak lain macam mempromosi barangan gayanya.Peristiwa dirakam,dihantar kepada pihak lain dan dijadikan You Tube untuk disebar luaskan ke alam maya.Bukankah itu merosakkan.Inilah yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam menyesatkan akidah dan akhlak anak orang Islam.Tambahan pula adanya twitter,facebook dan pelbagai lagi kemudahan canggih yang menjadi tarikan dan budaya kepada anak-anak muda dewasa ini.
S kelima adalah seks.Kebanyakan minda anak Melayu mudah terpengaruh dengan budaya seks ini.Kalau sekitar tahun 60 - 70 an dahulu kita jarang mendengar cerita-cerita tentang perlakuan rogol.Tapi kini kalau kita menonton televisyen atau media massa,hampir separuh cerita memaparkan tentang seks.Filem-filem pula banyak berkisar tentang seks.Begitu juga buku-buku cerita,majalah dan sebagainya.Kalau tak ada cerita atau gambar seksi macam tak lakulah media yang dijual.
Begitulah 5 S yang saya paparkan.Ini semua adalah keluhan seorang penceramah yang membuat kajian tentang 5 perkara ini.Justeru,sebagai umat Islam yang mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dan Muhammad itu pesuruh Allah,fikir-fikirkanlah apa matlamat hidup kita.Adakah kita hanya nak hidup di dunia ini sahaja.Apakah kita tak terfikir tentang dosa dan pahala.Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara.