SELAMAT BERINFORMASI

Saturday, May 27, 2017

Nostalgia

Ramadhan tiba lagi.Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan bertemu Ramadhan 1438 Hijrah.Alhamdulillah diberikan kesihatan dan kekuatan untuk beramal dan beribadat kepada Mu Ya Allah.
Telah 3 kali Ramadhan aku ditugaskan sebagai Imam di Masjid Al Islah,Taman Mewah Labis.Kali ini lebih mencabar kerana Imam 1 tidak sihat.Beliau solat menggunakan kerusi kerana tidak dapat bersolat secara normal.
Disamping tugas Imam 2,aku juga merupakan Setiausaha bagi Jawatankuasa Masjid ini.Tapi syukur kerana Pengerusinya seorang yang proaktif dan kreatif.Pada kali ini aku dah mula bersara dari jawatan sebagai guru.Aku bersara pada usia 56 tahun.Ramai yang mengatakan mengapa awal benar telah bersara.Aku hanya senyum aje dan kata beri peluang lah pada yang muda-muda buat kerja.
Majlis persaraan aku telah dibuat dalam dua peringkat.Kali pertama di D'songket Segamat bersama rakan PPD Segamat dan Guru Besar serta rakan guru sekolah aku.Pada peringkat ke dua diadakan di Sekolah.Kali ini bersama PIBG dan warga sekolah.Turut hadir Yang Berhormat ADUN Tenang,En Mohd Azahar Bin Ibrahim.Segalanya berjalan dengan lancar.Tahniah dan terima kasih pada semua rakan guru sekolah SK Kampung Tenang yang terdiri daripada PGB 1 nye Cg Abdul Kadir Hashim,Cg.Mohd Ali Hadoon,Cg Hjh Sadiah Mohamed,Cg Suzana Ibrahim,Cg Khairil Anuar Ibrahim,Cg,Kamarul Hairi Komeng,Cg Mohd Husaini Ramli,Cg.Norasikin Md Samingon,Cg Norhafizah Renlei,Cg Wadiawati Natrah Jaludin,Cg.Norazli Abdullah yang masih sakit turut hadir,serta PT Puan Noriah Abd Majid,En Mohd Razi Yaman,En Mohd Nuaim dan Puan Maszlin.
Tidak lupa pada pekerja pembersihan En Shahrir,Pn Sheila dan Nurul Syafiqah Suhaimi.Turut membantu pengusaha Kantin Puan Rosliza dan Puan Zubaidah.Terima kasih untu YDP PIBG ustaz Khairul Nizam Abd Manap,NYDP Puan Naneng Juniar Raihan,Puan Sabariah,Puan Fahela,Puan Noraini Khayan,En Renlei,En Halib,En Nazri,En Zaili dan semua yang terlibat menjayakan majlis ini.Tiga tahun lima bulan 15 hari aku bertugas sebagai Guru Besar sekolah ini.Alhamdulillah kejayaan 100% UPSR 2016 menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.Kerjsama erat rakan2 guru serta ibu bapa menjadikan kecemerlangan sekolah boleh dicapai.Mudah-mudahan marilah sama2 kita berdoa semoga sekolah ini terus mencapai kecemerlangan baik akademik mahupun kokurikulum dan sahsiah muridnya.

Tuesday, January 10, 2017

Nasihat ustaz: Perkara Yang Haram Ketika Mencukur Bulu Kemaluan

Nasihat ustaz: Perkara Yang Haram Ketika Mencukur Bulu Kemaluan: Perkara Yang Haram Ketika Mencukur Bulu kemaluan  -Apa yang dimaksudkan dengan mencukur bulu kemaluan ialah mencukur bulu yang tumbuh dis...

Monday, May 2, 2016

2016 tahun ke 3 aku menjawat jawatan Guru Besar.Amat bersyukur aku kepada Mu Ya Allah, di sepanjang aku berjawatan GB di sekolah ini banyak urusan dipermudahkan.Tahun ini aku mensasarkan UPSR sekolah ini 100% dan 3 calon cemerlang akan dilahirkan.Rakan-rakan guru begitu komited dengan amanah yang diberikan.Aku memberikan peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk berkreatif dan melahirkan idea-idea serta program peningkatan baik akademik mahupun bukan akademik.Tiada tekanan yang aku berikan.Aku memberikan sokongan dan galakan tanpa pilih kasih.Kekuatan yang ada pada mereka menjadi kekuatan kepada aku sebagai ketua mereka.Insya Allah hasil usaha meraka akan berhasil nanti.

Tuesday, September 8, 2015

ISLAM ITU INDAH: KHASIAT AYAT LAQOD JA’AKUM

ISLAM ITU INDAH: KHASIAT AYAT LAQOD JA’AKUM: Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 129 ayat. Dinamakan surah ” At-Taubah ” (Taubat) kerana pada ayat 117, disebutkan perihal golon...

Monday, June 29, 2015

Tarawih ikut-ikut

Ramadhan menjelma lagi.Bagi yang beriman memang menanti-nanti ketibaannya.Saat beginilah segala amalan yang baik digandakan pahalanya.Amalan yang wajib menjadi tujuh puluh kali ganda pahalanya manakala amalan yang sunat seperti menjadi amalan wajib dan besar pahalanya.Tapi tak semua yang sedar akan perkara ini.Hanya ibarat hangat-hangat tahi ayam.Semangatnya apabila bermula Ramadhan.Menjelang hari ke 10 mulalah surau dan masjid jemaahnya berkurangan.Yang tinggal hanya orang-orang lama yang masih menjadi amalan bertarawih sebagai rutin di bulan Ramadhan.
Sejak dahulu tiada apa-apa perbezaan amalan ini.Solatnya berterusan tanpa diselangi dengan peringatan demi mempertingkat ilmu dan iman.Rasa penat dan panas ketika solat hanya keluhan dan kipas-kipas diperbanyakkan.Bagi surau atau masjid yang mampu menyediakan pendingin hawa alangkah nyamannya ketika bersolat.
Keselesaan beribadat tidak diusahakan.Wang surau atau masjid yang didermakan oleh jemaah tidak diimpakkan untuk kemaslahatan jemaah.Lebih bersungguh untuk dimasukkan ke dalam akaun untuk dibanggakan jumlah banyaknya simpanan.Apalah idea mereka seperti ini.Beriya-iya takut untuk membelanjakan wang tersebut.Bukankah sumbangan derma itu untuk digunakan bagi kemudahan dan keselesaan jemaah juga..
Bagaimana pula dengan pembesar suara.Alangkah elok dibugarkan pendawaiannya.Belilah yang mahal dan canggih agar dapat digunakan sepenuhnya untuk melaungkan azan dan ketika bersolat jemaah.
Ada juga dikalangan jemaah yang menjadikan solat tarawih sekadar mengisi masa.Orang buat lapan rakaat dia pun buat lapan rakaat.Selepas itu tidak diakhirkan dengan solat witir.Kalau dah balik rumah entah buat atau tidak.Bersangka baik juga lah nak buat macam mana.Jika kita ni orang awam seeloknya perlu kita isi masa dengan menadah kitab dan berguru.Agar setiap perkara berkaitan dengan agama Islam dapat dipertingkatkan dan difahami sepenuhnya.Bukan hanya sekadar menjadi adat dalam pengamalan.
Namun begitu,agak sukar juga untuk mencari tenaga pengajar yang benar-benar ikhlas dalam menyampaikan ilmu.Setiap apa yang hendak diprogramkan perlukan sumber kewangan.Tenaga pengajar perlu diberikan upah dan adakalanya mengikut gred untuk membayar.Tiada yang sekadar sukarela dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu agama.